Apa itu gejala tiroid? (Bengkak leher)

Tiroid merupakan kelenjar yang berbentuk rama-rama yang terletak di leher. kelenjar tiroid menghasilkan hormon tiroid - iaitu Hormon yang mengawal metabolisme dan fungsi tubuh badan manusia. 


Apabila hormon yang dihasilkan terlalu banyak , ia dikenali sebagai Hipertiroidisme. Masalah ini dapat dikesan dengan mudah dengan menjalankan ujian darah dan ada rawatan untuk masalah ini. 

Jika tidak di rawat ia menyebabkan

‼️Masalah jantung akibat degupan jantung yang terlalu laju dan tidak terkawal.

‼️ Masalah mata boleh berlaku bagi penyakit Grave di mana bola mata akan terbonjol, merah 

 ‼️ Thyroid storm”- keadaan yg amat serius dan boleh meragut nyawa di mana terdapat gejala-gejala seperti demam panas, denyutan jantung yang laju dan keadaan tidak sedarkan diri.

Dapatkan pemeriksaan jika anda ada gejala (tidak semestinya semua gejala). 

Kadang kadang, agak mudah untuk doktor mengesan pesakit yang mengalami masalah hormon thyroid ini dengan hanya melihat pandangan mata pesakit, keadaan pesakit yang kurus dan situasi pesakit yang nampak resah gelisah. 

Hormon thyroid berkaitan dengan metabolisma tubuh. Peningkatan hormon ini menyebabkan metabolisma tubuh meningkat mendadak menyebabkan pesakit hilang berat badan, berdebar debar, mengeletar tangan dan berpeluh peluh. 

Ia juga menyebabkan tisu dan otot berkumpul dibelakang mata lalu mengakibatkan bebola mata terjojol keluar dari soket.

Ujian darah untuk mengetahui paras hormon thyroid diperlukan untuk mengesahkan diganosis ini.

Jangan ambil mudah, komplikasi penyakit ini boleh mengakibatkan serangan jantung, lemah jantung dKadang kadang, agak mudah untuk doktor mengesan pesakit yang mengalami masalah hormon thyroid ini dengan hanya melihat pandangan mata pesakit, keadaan pesakit yang kurus dan situasi pesakit yang nampak resah gelisah. 


Hormon thyroid berkaitan dengan metabolisma tubuh. Peningkatan hormon ini menyebabkan metabolisma tubuh meningkat mendadak menyebabkan pesakit hilang berat badan, berdebar debar, mengeletar tangan dan berpeluh peluh. 

Ia juga menyebabkan tisu dan otot berkumpul dibelakang mata lalu mengakibatkan bebola mata terjojol keluar dari soket.

Ujian darah untuk mengetahui paras hormon thyroid diperlukan untuk mengesahkan diganosis ini.

Jangan ambil mudah, komplikasi penyakit ini boleh mengakibatkan serangan jantung, lemah jantung dan strok





0 yang menasihati:

Post a Comment

Untuk kesudian membaca dan memberi berkata-kata - saya berterima kasih.








Anem Arnamee 2024 © TERIMA KASIH ♥



click to te top