Salam. Hai. Saya Anem Arnamee. Terima kasih sudi datang, membaca mahupun berkongsi artikel blog ini. Maaf jika ada kekurangan & teguran amat dialu-alukan. Moga yang baik-baik selalu untuk kalian semua. Insya-Allah.

- Jika anda mahu sebarang kolaborasi/pengiklanan (review/ruang iklan) di blog ini boleh rujuk page ini.
- Jika ada pertanyaan lain, boleh mesej di facebook ANEM ARNAMEE atau e-melkan ke arnamee (at) gmail.com.

Biodata Amir Ahnaf (Kahar Projek High Council) & Biodata Mierul Aiman (Hero Remaja)

 

Amir Ahnaf (Kahar) & Mierul Aiman (Fakhri)

Kedua-dua hero remaja ini meledak melalui drama Projek High Council di Astro. Buktinya mereka berdua siap tercalon dalam top 5 kategori BBNU lelaki popular. Tahniah dan moga maju jaya diucapkan. Jom lihat biodata ringkas mereka.



Biodata Amir Ahnaf -

Nama: Muhammad Amir Ahnaf Bin Mohd

Khairudin

Umur: 23 (2023)

Tarikh Lahir: 17 Februari 2000

Asal: Terengganu

Ketinggian: 178cm

Instagram: @amir.ahnaff

Menarik Tentang Amir:

Anak kelahiran Kuala Terengganu ini telah menamatkan pengajian dari Universiti Pelajaran Sultan Idris (UPSI) dalam jurusan Diploma Reka Bentuk & Pembangunan Permainan atau Games Development. Amir merupakan anak sulung daripada orang beradik dan berbakat dalam bidang muzik sejak usia kecil lagi. Kini, Amir turut giat mencipta lagu sendiri. Semangat kental Amir yang tidak putus asa untuk mencuba uji bakat pencarian Hero Remaja sehingga empat kali sejak tahun 2020 nampaknya membuahkan hasil.



Biodata Mierul Aiman -

Nama: Muhammad Amirul Aiman Bin Norazman

Umur: 25 (2023)

Tarikh Lahir: 14 Julai 1998

Asal: Putrajaya

Ketinggian: 178cm

Instagram: @mierulaiman

Menarik Tentang Mierul:

Pelajar jurusan Kejuruteraan Mekanikal di Universiti Selangor (UNISEL) Bestari Jaya ini merupakan model utama dalam acara pentas peragaan fesyen tempatan. Sebagai seorang model, Mierul mempunyai misi untuk pergi lebih jauh dalam dunia lakonan apabila aktif menambah ilmu serta skil dengan menyertai kelab-kelab lakonan. Baginya, mengasah bakat perlu bermula daripada inisiatif sendiri. Di samping itu, Mierul juga tidak asing dalam aktiviti lasak dan dia aktif bermain sukan ragbi sejak tahun 2011 lagi.

0 yang menasihati:

Post a Comment

Untuk kesudian membaca dan memberi berkata-kata - saya berterima kasih.








Anem Arnamee © TERIMA KASIH ♥



click to te top