Anak Panda Yi Yi dan Sheng Yi dihantar pulang Ke China

Gambar FB Zoo Negara Malaysia

Setelah 4 tahun, anak panda Yi Yi dan Sheng Yi akan dikembalikan ke China pada 29 Ogos selaras dengan perjanjian pemuliharaan panda gergasi antarabangsa, kata NRECC.

Kementerian Sumber Asli, Alam Sekitar dan Perubahan Iklim (NRECC) dalam kenyataan hari ini memaklumkan sebelum ini cadangan penghantaran Yi Yi tertangguh disebabkan penutupan pintu masuk ke China akibat penularan pandemik COVID-19.

Menurutnya Liang Liang dan pasangannya Xing Xing dipinjamkan oleh China kepada Malaysia pada 21 Mei 2014 sempena sambutan ulang tahun ke-40 hubungan diplomatik antara Malaysia dan republik itu.

"Tempoh pinjaman adalah selama 10 tahun bermula daripada tarikh ketibaan pasangan panda gergasi berkenaan di Malaysia dan melalui hasil kejayaan konservasi ex-situ Malaysia, panda gergasi Liang Liang telah melahirkan tiga ekor anak betina iaitu Nuan Nuan, Yi Yi dan Sheng Yi.

“ Yi Yi yang kini berumur 5 tahun sepatutnya dihantar pulang pada tahun 2020 namun terpaksa ditangguhkan susulan penularan pandemik COVID-19."

Timbalan Menteri Sumber Asli, Alam Sekitar dan Perubahan Iklim, Datuk Seri Huang Tiong Sii berkata penghantaran pulang kedua dua anak panda betina itu adalah untuk tujuan konservasi yang membolehkan ia bergaul dan membiak dengan panda gergasi lain. 

“ Yi Yi yang bermaksud persahabatan, dan Sheng Yi yang bermaksud keamanan dan persahabatan menjadi nama pilihan bagi kedua-dua anak Giant Panda Liang Liang (Feng Yi)  dan Xing Xing (Fu Wa) itu." 

Anak panda gergasi pertama, Nuan Nuan telah dihantar pulang ke China pada tahun 2017, manakala Yi Yi dan Sheng Yi akan dihantar pulang pada 29 Ogos ini (Selasa)," menurut kenyataan itu.

Yiyi lahir pada 14 Januari 2018, manakala Sheng Yi lahir pada 30 May 2021. 

Setem 2015 (The Star

Terima kasih untuk memori yang menghiburkan. Moga sentiasa sihat dan jumpa lagi daripada kami di Malaysia. 🐼


Sumber berita:

- Facebook Zoo Negara Malaysia 

- https://www.astroawani.com/berita-malaysia/penghantaran-pulang-anak-panda-gergasi-dilaksanakan-mengikut-perjanjian-chinamalaysia-nrecc-434456

- https://www.buletintv3.my/nasional/dua-anak-panda-gergasi-yi-yi-dan-sheng-yi-balik-kampung/

0 yang menasihati:

Post a Comment

Untuk kesudian membaca dan memberi berkata-kata - saya berterima kasih.








Anem Arnamee 2024 © TERIMA KASIH ♥



click to te top