Tragedi pesawat terhempas di sekitar kawasan perumahan Elmina, Seksyen U16, Shah Alam menggemparkan negara.
Menurut Ketua Polis Selangor, Datuk Hussein Omar Khan, pesawat ringan Beechcraft 390 (Premier 1) berlepas dari Langkawi, sudah diberi kebenaran oleh Menara Kawalan, Lapangan Terbang Sultan Abdul Aziz Shah, Subang untuk mendarat pada jam 2.40 petang.
Namun, pesawat malang itu terhempas dua minit sebelum dijadualkan mendarat.
Sejak 1977, terdapat beberapa insiden dilaporkan berlaku membabitkan pesawat jenis Beechcraft Model 390 (Premier 1) iaitu model pesawat ringan yang sama terhempas dan meragut 10 nyawa di Shah Alam, Selangor pada 17 Ogos 2023.
Mangsa yang terlibat:
Juruterbang
1. Shahrul Kamal Roslan
2. Heikal Aras Abdul Azim
Penumpang
1. Kharil Azwan Jamaludin
2. Shaharul Amir Omar
3. Mohamad Naim Fawwaz Mohamed Muaidi
4. Datuk Seri Johari Harun
5. Muhammad Taufiq Mohd Zaki
6. Idris Abdol Talib @ Ramali
Orang awam
1. Sharipuddin Shaari (pemandu e-hailing grab)
2. Muhamad Hafiz Muhamad Salleh (rider Foodpanda)
Innalillahi wa inna ilaihi rojiun.
Takziah buat keluarga mangsa korban kapal terbang terhempas di Elmina, Shah Alam.
Moga keluarga mereka tabah dan diberi kekuatan
Sumber berita:
Gambar:
Utama:
Senarai mangsa:
.
0 yang menasihati:
Post a Comment
Untuk kesudian membaca dan memberi berkata-kata - saya berterima kasih.