Tema Dan Logo Sambutan Hari Kemerdekaan 2023

'𝐓𝐞𝐤𝐚𝐝 𝐏𝐞𝐫𝐩𝐚𝐝𝐮𝐚𝐧 𝐏𝐞𝐧𝐮𝐡𝐢 𝐇𝐚𝐫𝐚𝐩𝐚𝐧’ dipilih sebagai tema Hari Kebangsaan dan Hari Malaysia 2023 (HKHM2023). 

Tema ini mendasari TEKAD pemimpin bersama rakyat bagi memastikan Malaysia sebagai sebuah negara bangsa yang mempunyai semangat PERPADUAN yang tinggi, bersatu-padu, aman dan sejahtera.

HARAPAN Malaysia MADANI adalah PERPADUAN sebagai kunci utama bagi memastikan rakyat mengecapi segala bentuk kemajuan serta kemodenan yang berteraskan kemampanan budaya bangsa, berdaya cipta, keyakinan, kesejahteraan, hormat-menghormati dan ihsan.

Logo tahun ini menjadikan logo Malaysia MADANI sebagai logo rasmi HKHM 2023 kerana reka bentuk logo yang berteraskan Malaysia Madani dan menghasilkan corak simbolik ‘tangan yang sedang diangkat, untuk melafazkan ikrar rukun negara’.

Logo ini juga mengandungi warna-warna asas Jalur Gemilang yang bertepatan dengan maksud tema yang dipilih pada tahun ini.

Maklumat lanjut berkaitan tema, logo dan aktiviti Bulan Kebangsaan 2023, sila layari laman sesawang www.merdeka360.my.

 

Tan Sri Dato' Seri Mohd Zuki Ali, Ketua Setiausaha Negara

PMO Malaysia


*****

Sumber: Merdeka360

Untuk pelbagai muat turun untuk logo dan kit merdeka - http://merdeka360.my/web/logo-hari-kebangsaan-dan-hari-malaysia-2023/


Sumber lain - 

https://ecentral.my/tema-logo-hari-kebangsaan-2023/

0 yang menasihati:

Post a Comment

Untuk kesudian membaca dan memberi berkata-kata - saya berterima kasih.








Anem Arnamee 2024 © TERIMA KASIH ♥



click to te top