Showing posts with label Hari Kebangsaan. Show all posts
Showing posts with label Hari Kebangsaan. Show all posts

 



1953

Bulan 5 aku dilahirkan

Di sebuah negeri yang diberi nama

Negeri Sembilan


Selepas itu aku dibesarkan

Di negeri Kelantan

Aku belajar di sekolah orang putih

Dekat dengan Pasir Putih


Saya anak Malaysia

Saya anak Malaysia

Saya anak Malaysia

Saya anak Malaysia


Lepas sekolah aku merayau

Negeri mat saleh aku merantau

Tempat orang indah sekali

Tapi Malaysia tetap di hati


Saya anak Malaysia

Saya anak Malaysia

Saya anak Malaysia

Saya anak Malaysia


Sampai masa aku pun balik

Makweku tengok dia pelik

Dia kata nak jadi apa?

Aku kata itu Tuhan punya kuasa


Lemah-lembut, sopan-santun

Sudah menjadi darah dagingku

Walaupun aku nampaknya kutu

Aku hormat orang tuaku


Saya anak Malaysia

Saya anak Malaysia

Saya anak Malaysia

Jagalah kedaulatan Jalur Gemilang. Cara pasang bendera Malaysia dengan betul:



Sumber:

https://x.com/kitaraoff/



 


Jemput semua ke Dataran Putrajaya pada 31 Ogos 2024 bermula 7.00 pagi untuk bersama-sama menyambut Sambutan Hari Kebangsaan ke-67 tahun ini. Nikmati pelbagai persembahan dan pertunjukan menarik, kibarkan Jalur Gemilang dengan bangga, raikan detik bersejarah ini dengan penuh semangat patriotik. Jumpa anda di sana‼️



PENJELASAN LOGO

Logo Malaysia MADANI dijadikan sebagai logo rasmi HKHM pada tahun ini kerana reka bentuk logo ini yang berteraskan Malaysia Madani dan Menghasilkan corak simbolik tangan yang sedang diangkat, untuk melafazkan ikar Rukun Negara’.

Logo ini mengandungi warna-warna asas Jalur Gemilang yang bertepatan dengan maksud tema yang dipilih pada tahun ini.

PENJELASAN TEMA

Malaysia MADANI merupakan tunjang kepada kemakmuran dan kemajuan negara Malaysia melalui dukungan enam (6) nilai teras utama.

Jiwa Merdeka adalah penzahiran kepada kebebasan rakyat Malaysia daripada sebarang elemen negatif dalam menginterpretasikan semangat patriotisme dan cinta negara melalui pelbagai cara meliputi aspek pemikiran, integrasi sosial

dan ekonomi seterusnya membentuk satu kesatuan rakyat yang kukuh, harmoni dan progresif.

Malaysia MADANI: Jiwa Merdeka merupakan perlambangan kesepaduan secara holistik negara yang maju dan progresif

menaungi rakyat yang berbilang kaum, bersatu hati dan teguh jati dirinya.

Untuk muat turun logo dan media berkaitan hari kebangsaan dan kemerdekaan ke-67 ini: https://www.merdeka360.my/web/media/



Anda semua dijemput hadir ke Dataran Putrajaya 31 Ogos ini. 


 


Sempena hari kebanggsaan yang bakal tiba, beberapa negeri juga membuat sambutan hari kebangsaan di negeri masing-masing. 


1. Jadi mari kita lihat penutupan jalan setiap negeri yang terlibat. 

Penutupan jalan di Kota Kinabalu, Sabah untuk sambutan hari kebangsaan.



2. Penutupan jalan di Melaka, sempena sambutan hari kebangsaan.

๐Ÿ“Lokasi terlibat : Jalan Kota / Jalan Bendahara (Little India) / Jalan Munsyi Abdullah / Jalan Hang Tuah


3. Penutupan jalan di Kuantan, Pahang sempena sambutan hari kebangsaan. 





4. Penutupan jalan di Mukah, Sarawak sempena sambutan hari kebangsaan. 


5. Penutupan jalan di Johor Bahru sempena sambutan hari kebangsaan. 

Antaranya adalah seperti berikut :-

1. Jln Gertak Merah

2. Jln Skudai Pantai Lido - Hadapan HSA

3. Jln Thompson 

4. Jln Sungai Chat 

5. Susur turun daripada Jalan Lingkaran Dalam ke Jalan Sg Chat

Orang Awam boleh menggunakan Altenatif lain untuk memudahkan perjalanan ke destinasi yang dituju sambil dipandu arah oleh anggota trafik yang berada di lokasi antaranya:-

1. Jalan Tun Abd Razak (Dari Arah Skudai)

2. Jalan Lingkaran Dalam (Dari Arah Skudai)


6. Penutupan Jalan di Ipoh, Perak sempena sambutan hari kebangsaan. 




7. Penutupan jalan di Kuala Terengganu sempena sambutan hari kebangsaan. 



8. Penutupan jalan di Negeri Sembilan. 

9.  Penutupan Jalan di Pulau Pinang (belum jumpa lagi) 


10. Penutupan jalan di Kedah





'๐“๐ž๐ค๐š๐ ๐๐ž๐ซ๐ฉ๐š๐๐ฎ๐š๐ง ๐๐ž๐ง๐ฎ๐ก๐ข ๐‡๐š๐ซ๐š๐ฉ๐š๐ง’ dipilih sebagai tema Hari Kebangsaan dan Hari Malaysia 2023 (HKHM2023). 

Tema ini mendasari TEKAD pemimpin bersama rakyat bagi memastikan Malaysia sebagai sebuah negara bangsa yang mempunyai semangat PERPADUAN yang tinggi, bersatu-padu, aman dan sejahtera.

HARAPAN Malaysia MADANI adalah PERPADUAN sebagai kunci utama bagi memastikan rakyat mengecapi segala bentuk kemajuan serta kemodenan yang berteraskan kemampanan budaya bangsa, berdaya cipta, keyakinan, kesejahteraan, hormat-menghormati dan ihsan.

Logo tahun ini menjadikan logo Malaysia MADANI sebagai logo rasmi HKHM 2023 kerana reka bentuk logo yang berteraskan Malaysia Madani dan menghasilkan corak simbolik ‘tangan yang sedang diangkat, untuk melafazkan ikrar rukun negara’.

Logo ini juga mengandungi warna-warna asas Jalur Gemilang yang bertepatan dengan maksud tema yang dipilih pada tahun ini.

Maklumat lanjut berkaitan tema, logo dan aktiviti Bulan Kebangsaan 2023, sila layari laman sesawang www.merdeka360.my.

 

Tan Sri Dato' Seri Mohd Zuki Ali, Ketua Setiausaha Negara

PMO Malaysia


*****

Sumber: Merdeka360

Untuk pelbagai muat turun untuk logo dan kit merdeka - http://merdeka360.my/web/logo-hari-kebangsaan-dan-hari-malaysia-2023/


Sumber lain - 

https://ecentral.my/tema-logo-hari-kebangsaan-2023/








Anem Arnamee 2026 © TERIMA KASIH ♥



click to te top