Permohonan pengawas peperiksaan SPM bukan guru

📝 TAWARAN SUKARELAWAN SEBAGAI PENGAWAS PEPERIKSAAN (SPM) TAHUN 2023



Sijil Pelajaran Malaysia (SPM) Tahun

2023 mulai 30 Januari hingga 7 Mac 2024. Nanti rujuk jadual peperiksaan berkenaan dengan kementerian. 

📆 Tempoh Permohonan 12 September 2023 sehingga 31 Oktober 2023

******






Seperti yang telah diumumkan Menteri Pendidikan, YB Fadhlina Sidek, usaha untuk memelihara kebajikan guru sentiasa menjadi perhatian Kementerian Pendidikan Malaysia (KPM). 

Justeru, buat pertama kalinya pelantikan pengawas peperiksaan awam bermula dengan peperiksaan Sijil Pelajaran Malaysia (SPM) tahun 2023 telah dibuka kepada orang awam. 

Orang ramai yang berminat dan memenuhi syarat ditetapkan adalah dijemput untuk memohon sebagai sukarelawan pengawas peperiksaan SPM tahun 2023. 

Untuk borang Permohonan pengawas Peperiksaan SPM bukan guru 2023 

Permohonan boleh dikemukakan kepada Pengarah Pendidikan Negeri, Jabatan Pendidikan Negeri (JPN) melalui pautan:

 https://bit.ly/44KmnxL

Sebarang pertanyaan lanjut, sila hubungi JPN masing-masing atau emel kepada Lembaga Peperiksaan di khidmatbantu.lp@moe.gov.my



Sumber asal post: Facebook KPM


.


0 yang menasihati:

Post a Comment

Untuk kesudian membaca dan memberi berkata-kata - saya berterima kasih.








Anem Arnamee 2024 © TERIMA KASIH ♥



click to te top