Ujian kemahsyuran para asatizah (ustaz ustazah)

UJIAN KEMASYHURAN

1. Para asatizah mengajar/ berceramah, sebahagiannya makin popular, ramai peminat.

2. Apabila ramai peminat dan banyak jemputan kebiasaannya akan bertambah pihak yang akan buat rakaman dan juga LIVE. Maka bermulalah ujian kemasyhuran yang ramai tidak menyedarinya.

3. Kuliah2 dirakam atau disiar secara langsung, maka penceramah terlibat akan berada dalam dilema iaitu sama ada akan recycle isu, lawak dan bahan2 dalam ceramah.

4. Ada selebriti yang menggunakan masa perjalanan ke tempat program utk mendengar ceramah ustaz lain melalui YouTube etc, kemudian apabila dia berceramah maka sebiji dan seketul akan keluar modal / cerita yang sama.

5. Tidak ramai penceramah seperti Datuk Shamsuri Ahmad yang memang buat banyak "homework" sebelum berkuliah / ceramah.

6. Tidak ramai asatizah yang mengambil tanggungjawab memperbetulkan semula atau memberi penjelasan semula setiap kali mereka tersilap fakta ketika menyampaikan kuliah.

7. Lebih malang, apabila terkenal, ramai pengikut yang taksub akan pertahankan kesilapan ustaz mereka.

8. Saya merasakan bahawa kesilapan-kesilapan yang berlaku melalui cerita-cerita pelik tapi palsu dalam kuliah adalah berpunca dari "tekanan" untuk kekal "popular".

9. Sepatutnya penceramah terlibat bertanya kepada diri sendiri. Kenapa berceramah? Jika berceramah dengan tujuan untuk mengajar agama, maka penting mengutamakan fakta yang benar dan tepat. Tetapi jika keutamaan adalah untuk kekal popular maka di sini lah punca kenapa penceramah terlibat akan berterusan tidak peduli tentang ketepatan dan kesahihan kandungan ceramahnya.


Ahmad Jailani Abdul Ghani

23/6/22


Sumber:

https://m.facebook.com/story.php?story_fbid=pfbid02eZwKkTYN7Np4nGk2Yt2fMDmFv2E8Vu5DnptipkW7xCfKMCJYquRfHJxSaqaf1v9Bl&id=725494683&mibextid=Nif5oz

0 yang menasihati:

Post a Comment

Untuk kesudian membaca dan memberi berkata-kata - saya berterima kasih.








Anem Arnamee 2024 © TERIMA KASIH ♥



click to te top