Belanjawan 2024: Bonus kakitangan awam dan pesara

Semalam 13 Oktober bersamaan Hari Jumaat telah dibentangkan Belanjawan 2024 oleh Yang Amat Berhormat Perdana Menteri kita - Anwar Ibrahim.

Berikut adalah sebahagian Infografik: Berkenaan STR dan bonus kakitangan kerajaan dan pesara, rebat elektrik dan STR. 









📌 Pemberian STR akan memanfaat 9 juta penerima atau 60% daripada penduduk dewasa Malaysia. 

📌Peruntukan STR meningkat sebanyak 2 bilion ringgit atau 25% iaitu drpd RM 8 bilion kpd RM 10 bilion

📌 Kadar maksimum STR juga meningkat daripada RM3,100 kepada RM3,700.

📌Kadar minimum STR iaitu untuk golongan belia juga meningkat daripada RM350 kepada RM500

📌 Bayaran pertama STR untuk isi rumah biasanya maksimum RM300. Untuk STR 2024, bayaran pertama STR dinaikkan kepada RM 500 akan disalurkan sebelum Ramadan.

📌 Manfaat SARA kepada 700 ribu penerima STR yang akan menerima RM100 sebulan untuk tempoh 12 bulan

📌 Permohonan baharu STR akan dibuka seawal November 2023 & permohonan akan dibuka sepanjang tahun berbanding stahun sekali sebelum ini. 

📌 Bayaran pertama sehingga RM500 akan dibuat pada Februari 2024

✅ KWSP

📌 Had caruman padanan Kerajaan di bawah program i-Saraan KWSP ditingkatkan kpd RM500 setahun terhad kpd RM5,000 seumur hidup

📌 Bagi i-Suri KWSP pula ditingkatkan kpd RM300 setahun terhad kpd RM3,000 seumur hidup

📌 Skim Keselamatan Sosial Suri Rumah akan diteruskane dngan peruntukan 50 juta ringgit memanfaatkan lebih 400 ribu suri rumah wanita yang berdaftar di bawah eKasih. 

📌 Program i-Sayang KWSP akan diperluas untuk turut membolehkan isteri memindahkan 2% caruman KWSP syer pekerja kepada suami

📌 Akaun Fleksibel KWSP akan diperkenalkane sebagai akaun baharu yang boleh diakses ahli pada bila-bila masa

✅ PTPTN 

📌 Kerajaan bersetuju untuk memberikan diskaun bayaran balik pinjaman PTPTN bermula 14 Oktober 2023 sehingga 31 Mac 2024 dengan kadar berikut:

1. Diskaun 10% atas baki hutang untuk penyelesaian penuh pinjaman

2. Diskaun 10% untuk bayaran sekurang-kurangnya 50 peratus daripada baki hutang dalam sekali bayaran

3. Diskaun 15% untuk bayaran secara potongan gajit aau debit terus berjadual

✅ Yuran Pengajian IPT

📌Yuran bagi pendaftaran masuk ke Universiti Awam dihadkan untuk tidak melebihi RM1,500

📌Tiada sekatan pendaftaran subjek bagi setiap semester bagi pelajar yang tidak mampu membayar yuran pengajian

✅ Duti Eksais Minuman Bergula 

📌Dinaikkan daripada 40 sen kepada 50 sen seliter

✅ Sumbangan Khas Komuniti Islam

📌Kerajaan bersetuju utk memberikan sumbangan khas ditambah menjadi RM700 yg akan disalurkan terus kepada lebih 70 ribu guru takmir, guru KAFA, imam, bilal, siak, noja & marbut di peringkat komuniti.


✅ Bonus Kakitangan Awam & Pesara �

📌 Bayaran Insentif Awal Kajian Sistem Saraan Perkhidmatan Awam sebanyak: ��

📌 RM2,000 kepada semua penjawat awam gred 56 dan ke bawah termasuk lantikan kontrak �

📌 RM1,000 kepada semua Jawatan Utama Sektor Awam melibatkan semua termasuk polis, bomba, tentera, angkatan bersenjata dan seluruh anggota beruniform�

📌 Bayaran Insentif RM1,000 turut dipanjangkan kepada semua pesara Kerajaan termasuk veteran berpencen serta veteran tidak berpencen�

📌 Bayaran ini akan dibuat secara sekali gus pada akhir Februari 2024 bagi meringankan beban persediaan persekolahan anakanak serta persiapan menjelang bulan Ramadan dan Syawal.


Pautan:

Infografik: Twitter SinarHarian

Antara sumber: https://mysumber.com/bajet-2024.html





0 yang menasihati:

Post a Comment

Untuk kesudian membaca dan memberi berkata-kata - saya berterima kasih.








Anem Arnamee 2025 © TERIMA KASIH ♥



click to te top