Qabil Ambak cipta sejarah sukan ekuestrian - raih emas pertama Sukan Asia

Qabil Ambak, 41, berjaya mencipta sejarah meraih pingat emas pertama Malaysia (acara dressage individu) dalam sukan ekuestrian Sukan Asia Hangzhou 2022 kali ini.

Ini adalah pingat emas pertama Malaysia dalam sukan ekustrian di pentas Sukan Asia sejak acara itu mula dipertandingkan pada edisi 1986 di Seoul, Korea Selatan.

Hampir tarik diri kerana tidak cukup dana, dan kudanya demam akibat travelling dari Jerman, ternyata usaha gigih selama 25 tahun saudara Qabil berhasil dan kejayaan ini pastinya akan mendorong atlet lain untuk berusaha dengan lebih kuat selepas ini.

*Berkemungkinan juga ini mungkin kejohanan terakhir buat Rosenstolz (kudanya) atas faktor umur yang sudah tua.

Tahniah saudara Qabil Ambak dan kudanya! Kita mencipta sejarah dan peroleh emas kali ini. Alhamdulillah. 


Sumber berita:

@Bernama

@anwaribrahim

@ASTROARENA

@MSNMalaysia



0 yang menasihati:

Post a Comment

Untuk kesudian membaca dan memberi berkata-kata - saya berterima kasih.








Anem Arnamee 2024 © TERIMA KASIH ♥



click to te top