Azeem Fahmi, Shereen cipta sejarah di Sukan Asia Hangzhou 2022

Atlet olagraga dan pecut negara - Azeem Fahmi dan Shereen Samson Vallabouy mencipta sejarah dan sensasi tersendiri di temasya Sukan Asia Hangzhou 2022 kali ini. Mereka berdua mendapat pingat gangsa untuk acara masing-masing. 

Shereen adalah wanita keempat dalam sejarah negara memenangi pingat dalam Sukan Asia 400M. Beliau telah memecahkan rekod yang dipegang selama 45 tahun! 

2023 - 🥉Shereen

1978 - 🥇Saik Oik Cum

1974 - 🥉Junaidah Aman

1966 - 🥇Mary Rajamani

Ia meneruskan legasi ibunya, Josephine Mary yang sedang menghidap kanser (moga diberi kekuatan dan kesembuhan), yang memenangi pingat gangsa acara 800m di Sukan Asia 1986.

Ibunya pasti berbangga dengan anak kelahiran Perak ini!

***

Manakala pelari pecut negara Azeem Fahmi, anak kelahiran Teluk Intan yang mendapat latihan di Amerika Syarikat inu pula berjaya memecahkan rekod 41 tahun acara 100m Sukan Asia dengan catatan 10. 11 saat ini. 

2022 - 🥉Azeem Fahmi

1982 - 🥇Rabuan Pit

1962 - 🥈Mani Jegathesan

1966 - 🥇Mani Jegathesan

Memandangkan usia Azeem Fahmi baru 19 tahun dan kelayakan olimpik pula dibawah catatan bawah 10 saat, insya-Allah tidak mustahil Olimpik akan disertainya kelak. 

Moga berjaya untuk keduanya dan semua atlet Malaysia! Malaysia boleh! 🇲🇾



Sumber:

@MSNMALAYSIA

@BazlyAzmi

@HelloBWjr26

@ASTROARENA




0 yang menasihati:

Post a Comment

Untuk kesudian membaca dan memberi berkata-kata - saya berterima kasih.








Anem Arnamee 2024 © TERIMA KASIH ♥



click to te top