Ada yang menyatakan, jika kita ingin tidur di dalam kereta, pastikan kita membuka tingkap sedikit, insyaAllah selamat. Di sini kami ingin membetulkan tanggapan yang kurang tepat ini.
Keracunan karbon monoksida tidak memerlukan kuantiti yang banyak. Kadar yang rendah sudah cukup untuk membuatkan kita tidak sedarkan diri.
Fast Fact
✅ Keracunan Karbon Monoksia merupakan punca utama kematian akibat keracunan
✅ Gas beracun karbon monoksida terhasil dari pembakaran bahan bakar tanpa oksigen yang mencukupi.
✅ Gas ini TIDAK mempunyai sebarang warna dan bau, oleh itu ia di kenali sebagai “ Pembunuh Senyap”
✅ Sentiasa berwaspada dan jangan ambil mudah,
Keracunan karbon monoksida adalah punca UTAMA kecederaan dan kematian akibat keracunan di seluruh dunia.
Karbon monoksida terbentuk hasil daripada pembakaran bahan organik tanpa bekalan oksigen yang mencukupi. Ianya boleh di hasilkan dari pembakaran dieasel/petrol kenderaan, penggunaan gas untuk alat pemanas dan semasa memasak.
Bagaimanakan Karbon Monoksida Menyebabkan Kematian Semasa Mangsa Sedang Tidur Di Dalam Kenderaan?
Pembakaran bahan bakar di dalam engin kenderaan menghasilkan banyak gas sampingan yang dikeluarkan sebagai asap ekzos. Asap ekzos ini mengandungi gas yang merbahaya seperti karbon monoksida, hidrokarbon, dan nitrogen oksida.
Ketika memandu, sistem ekzos yang baik akan membebaskan gas gas beracun ini ke persekitaran dengan lancar dan selamat. Masalah timbul apabila sistem ini bocor dan lebih diburukkan lagi apabila kenderaan tidak bergerak.
Tanpa di sedari, gas yang tidak mempunyai bau dan rasa ini akan masuk menerusi saluran pernafasan dan memasuki saluran darah.
Gas beracun ini akan bercampur dengan hemoglobin (bahagian sel darah merah yang membawa oksigen ), lalu membentuk membentuk carboxyhaemoglobin. Apabila ini berlaku, darah tidak lagi mampu membawa oksigen, dan kekurangan oksigen menyebabkan sel dan tisu badan gagal dan mati!.
Apakah gejala keracunan CO?
Gejala awal bagi keracunan gas karbon monoksida yang paling biasa adalah sakit kepala, pening, kelemahan, perut, sakit muntah, sakit dada, dan kekeliruan.
Tetapi sekiranya gas ini di hidu semasa anda sedang tidur, anda tidak akan menyedari sebarang perubahan ini dan akhirnya menyebabkan kematian.
Tips Pencegahan Keracunan Karbon Monoksida.
✅ Elakkan memanaskan enjin dengan asap ekzos dibebaskan di dalam kawasan rumah. Asap ekzos yang memenuhi ruang rumah mengandungi gas karbon monoksida dan boleh menyebabkan keracunan terutama kepada kanak kanak kecil.
✅ Jangan tidur ataupun sekadar berehat sebentar di dalam kenderaan dengan enjin terpasang. Anda mungkin terlena dan tidak bangun selamanya.
✅ Pastikan sistem ekzos anda di periksa dan di selenggara secara berkala. Ingat, kebocoran kecil boleh menyebabkan kematian.
Sumber: Facebook
0 yang menasihati:
Post a Comment
Untuk kesudian membaca dan memberi berkata-kata - saya berterima kasih.