Lirik lagu Selamat Tinggal Dunia - Suhaimi Saad

Pada 15 November, kita dikejutkan dengan pemergian Suhaimi Saad yang lebih dikenali sebagai bekas anggota kumpulan inteam dan juga merupakan suami kepada Ina Naim akibat jangkitan kuman pada paru-paru. Beliau meninggalkan isteri dan 4 orang cahaya mata iaitu Ehmad Hadie Elfardie, 15, Salman Elkhoyri, 13, Phyrosh Elfadwah, 11, dan Nur Layla Elghufrony, 9.

Beliau juga dikenali sebagai seorang yang suka berpesan-pesan dengan kebaikan di kalangan pengikutnya. Al-Fatihah. Moga beliau ditempatkan di kalangan orang yang beriman. Takziah buat keluarga. 



Lirik lagu Selamat Tinggal Dunia - Suhaimi Saad


Selamat tinggal pada dunia

Sejahteralah aku disamping-Nya

Selamat tinggal pada semua

Semoga berjumpa di sana


Kenangan dan harapan

Jangan dipersiakan

Bakarlah setanggi jiruskan bidara

Pasakkan nisan rindu

Dipusaraku


Dan cukuplah kematian

Jadi satu pengajaran

Bukan tangisan

Bukan ratapan

Darimu yang ku harapkan


Tapi lafaz keikhlasan

Doa tulus berpanjangan

Semaikan taqwa

Leraikan dosa dosa

Yang merantai jiwa


Tapi seluruh indra

Perlu insaf dan sedar

Semaikan taqwa

Leraikan dosa dosa

Yang merantai jiwa


Duhai insan

Dengarlah sedarlah

Kembali segera

Pada RedhaNya

Mohonlah keampunanNya

Kematianku ini

Suatu tanda

Hidupmu hanya sementara...


***


Sumber: liriknasyid.com

0 yang menasihati:

Post a Comment

Untuk kesudian membaca dan memberi berkata-kata - saya berterima kasih.








Anem Arnamee 2024 © TERIMA KASIH ♥



click to te top