Finalis Anugerah Carta Nasyid 114 TVAlhijrah


TV AlHijrah buat julung kalinya akan menerbit dan menyiar secara langsung Anugerah Carta 114, pada hari Sabtu ini, 13 Januari 2023, tepat jam 9 malam, dibawakan dari Studio Penyiaran Digital TV AlHijrah.

Anugerah Carta 114 merupakan sebuah platform pengiktirafan yang memberikan penghormatan kepada bakat penggiat seni  terbaik dalam industri nasyid dan lagu ketuhanan Malaysia.

Menurut Zulkarnaen (Pengurus Kanan Jabatan Pengurusan Kandungan TV AlHijrah), undian penonton telah memuktamadkan sebelum ini:


Artis Solo Polihan

Shidee Khayran - Hadirmu


Artis Kumpulan Pilihan

 InTeam dengan lagu Selimut Putih


Kategori Lirik Terbaik

Ustaz Tiga Beradik - Si Bujur Sireh




Muzik Video Terbaik

Fitri Haris - Hanya Kamu


Susunan Muzik Terbaik

One Path & Nazrey Johani - Laila Majnun



Lagu Pilihan Peminat Lagu 

Darwish - Linangan Laduni 




“Kemuncak pada Sabtu ini, kesemua juara enam kategori ini akan berentap membuat persembahan terbaik bagi memenangi tiga kategori anugerah utama. Juara Anugerah Carta 114 akan membawa pulang wang tunai bernilai RM 20,000 berserta trofi.

“Bagi pemenang vokal terbaik dan pemenang persembahan terbaik pula, masing-masing bakal membawa pulang wang tunai berjumlah RM10,000 beserta trofi. Manakala pemenang Anugerah Khas Carta 114 akan membawa pulang RM5,000 dan trofi.

“Kami berusaha untuk pastikan AC114 menjadi acara tahunan di TV AlHijrah. Ini adalah permulaan. Ini juga merupakan cara stesen kami menghargai penonton dan pemuzik nasyid yang banyak membantu dalam memacu pertumbuhan industri muzik nasyid tempatan.

“Kesemua finalis akan diadili juri professional iaitu Farihin Abdul Fatah selaku ketua juri dan dibantu Amran Omar dan Lah Ahmad. Semestinya, mereka mencari juara yang berbakat, berilmu, versatil dan relevan,” ujarnya. 


Keputusan akhir:

Persembahan Terbaik - Ustaz 3 Beradik (Si Bujur Sireh) 

Vokal terbaik - Syah Inteam & Fuad Ko (Selimut Kasih) 

Lagu Terbaik (Juara Carta) - Selimut Kasih (Syam Inteam ft Fuad Ko) 


Tahniah semua! 


Sumber: https://kelkatutv.com/enam-finalis-anugerah-carta-114-tv-alhijrah-berentap-merebut-gelaran-juara/#google_vignette





0 yang menasihati:

Post a Comment

Untuk kesudian membaca dan memberi berkata-kata - saya berterima kasih.








Anem Arnamee 2024 © TERIMA KASIH ♥



click to te top