Lirik lagu Fitrah - Aftermath

Sejarah telah membuktikan bahawa kejatuhan sesebuah masyarakat dan empayar bermula dari kerosakan akhlak dan rapuhnya nilai moral masyarakatnya. Jangan kita ulangi lagi kesilapan ini. Biarkan segalanya tinggal hanya sebagai sejarah untuk kita pelajari agar ia tidak menjadi hakikat kemusnahan di masa kini.

Ayuh kita UBAH! Ayuh kita kembali kepada #FITRAH

Kerana setiap dari kita layak menerima peluang kedua.



LIRIK LAGU FITRAH


Sejarah ini

Bukan retorika

Benarkan yang tertulis

Dihukum karna dosa yang terhina

Bukti dari ilahi


Sang Utusan dihina tak dihirau

Bertahun tiada erti

Diperintahkan tuk berlalu pergi

Bersama yang sejati


(PRE-CHORUS)

Tinggalkan tinggalkan

Jangan pernah menoleh kembali

Setelah kau sampaikan

Pada yang membisu

Biarkan biarkan

Zulmat nafsu tiada erti

Tiada masa untuk ditangisi


(CHORUS)

Oh, Fajar kelam

Tak bisa melihat dunia

Yang tenggelam

Naluri akal menghilang


Terang Bintang

Tak mungkin

akan terpadam

tanpa ada cahaya


Jangan biar dosa itu kekal disini

sejarah mungkin ulang kembali

Tak mampu ku hadapi


(VERSE 2)

Nada kejahilan dihembus nafsi

Noda berulang lagi

Siulan kebebasan meragut diri

Berentakan kewarasan yang hakiki


Agama terus dipersenda

Fitrah cinta selingkuh dusta

Kerana perbuatan songsangmu itu musnah dunia

Ini bukan

Ini bukan mimpi

Ini yang terjadi

Jangan dibiarkan jangan teruskan

Pohon ampunan s’gala dosa kepadaNya


(BRIDGE)

Pulang Kembali padanya

Bersaksi pada kebenaran yang menghukumya

Jiwa


Jangan kau lupa Jangan kau alpa

Kisah mereka

Ada cerita

Cinta direka sama mereka

Ditipu oleh nafsu yang palsu

Yang kudus kini pula anggap tipu

An-nafs sudah rakus

Bagai dubuk haus

Menanti merapus

Akan mula hapus

Azab Al-Muntaqim, bakal dikirim Perdaya oleh Syaitan ni Rajim





0 yang menasihati:

Post a Comment

Untuk kesudian membaca dan memberi berkata-kata - saya berterima kasih.








Anem Arnamee 2024 © TERIMA KASIH ♥



click to te top