Showing posts with label nasyid baru. Show all posts
Showing posts with label nasyid baru. Show all posts

 



Tika kaki menjejak dataran Safa

Terimbau kisah keagungan cinta

Kesetiaan isteri terhadap suaminya

Ketaatan hamba kepada Tuhan-Nya


Tika mendaki perbukitan Marwah

Ku teguk secangkir air menghilang dahaga

Dinginnya meresap ke relung jiwa

Melengkapkan saie tujuh pusingannya


Zamzam lambang kesetiaan Hajar

Rela ditinggalkan di gurun terhampar

Zamzam lambang ketaatan Ibrahim

Akur perintah Ar-Rahman Ar-Rahim


Tika mendaki perbukitan Marwah

Ku teguk secangkir air menghilang dahaga

Dinginnya meresap ke relung jiwa

Melengkapkan saie tujuh pusingannya


Zamzam tidakkan pernah kering airnya

Sumber mata air terpancar dari syurga

Zamzam cemburu di benak wanita

Bukan perasaan yang direka-reka

Zamzam lambang kesetiaan Hajar

Rela ditinggalkan di gurun terhampar

Zamzam lambang ketaatan Ibrahim

Akur perintah Ar-Rahman Ar-Rahim


Zamzam tidakkan pernah kering airnya

Sumber mata air terpancar dari syurga

Zamzam cemburu di benak wanita

Bukan perasaan yang direka-reka


Sebening Zamzam

Menyingkap sejarah silam

Sebening Zamzam

Hikmah yang tersimpan


Zamzam lambang kesetiaan Hajar

Rela ditinggalkan di gurun terhampar

Zamzam lambang ketaatan Ibrahim

Akur perintah Ar-Rahman Ar-Rahim









Tika sujud ku berdoa

Agar diperteguhkan ku dengannya

Dia cinta

Cahaya di mata

Ikat erat hatiku dengannya


Cinta di hati selamanya

Tak akan pudar sampai bila

Izinku menjadi teman dia 

Kekal hingga di syurga


Dia bidadari dihatiku

Akan ku jaga dan bimbing selalu

Tuhan pimpinlah daku ke jalan Mu

Membawanya menuju syurga Mu


Cintaku bukan hanya di mata

Cinta ingin ku bawa ke syurga

Ku cinta nya kerna Dia

Dia Tuhan pemilik segala


Cinta jujurkanlah

Indah nuraninya

Tuhan Kau berkati

Berkati pertemuannya










LAGU MENGGAMIT RINDU


Ku layangkan sebuah kenangan

Menatap wajah-wajah yang ditinggal pergi

Rindu itu teramat dalam

Jauh ke lubuk hati

Terlalu menghimpit


Masa yang telah berlalu

Tinggal dalam ingatanku

Meniti masa terindah

Saat yang paling kurindu

Kau yang mengajarkan erti kehidupan


Walau jalan ku lalui

Tanpamu ada di sisi

Namun kasih yang tercurah

Takkan luntur sampai mati


Walau jalan kulalui

Rasa pudar tak berseri

Namun kau tetap di hati ini


Belum puas kurasakan sayang

Masih ada yang tersimpan tak termiliki

Doaku padamu tuhan

Semoga kau tenang di negeri abadi











Kasih sejati

Yang tiada terganti

Bagai sang suria menerangi bumi

Selalu aku terfikir

Apa akan terjadi

Ketika tiba hari tuanya nanti


Mengenangkan wajahnya

Semakin hari semakin tua

Kedut-kedut tua mula menebal di raut wajahnya

Rambut yang hitam dahulu

Kini sudah mula memutih

Maka mengalirlah air mataku Melihat dirinya



CHORUS

Sungguh tak terbalas

Segala jasa mereka

Memberi segala-gala tanpa mengharap balasan

Ku mohon padaMu Tuhan

Kasihanilah mereka

Haramkan wajah mereka dari api neraka


Kerna kasih dan sayang mereka

Kita bisa hidup dengan sempurna Sungguh tak sanggup aku menanti

Bila tiba hari tiadanya nanti


Aku rasa sedih

Aku rasa sayu

Melihat wajahnya

Melihat senyumnya

Ku mohon padaMu Tuhan

Panjangkan umurnya

Ampunkan dosanya

Kurniakan dia Syurga









PERINDU WAHYU TUHAN


Izinkan aku

Mengutip sisa-sisa kebodohan

Dapat kutitip sebagai pesanan

Bimbang aku kan kegelinciran


Izinkan aku

Tuk menguis cintaMu sedalamnya

Agar nikmat mencintaMu kurasa

Agar dapat kuhidu harum syurga


Di hadapanku ada yang menggoyah

Yang bisa membuat aku rebah


Maha Cinta

Biar pesonaku padaMu lebih dulu

Sebelum ada yang datang mengetuk pintu Biar jasad dan firasat aku terpandu


Maha Cinta

Jangan Kau butakanku dengan perasaan Sehingga buntu tak tahu memilih jalan Pudar ketulusan hati seorang insan

Perindu wahyu Tuhan









Lirik Lagu - "Hijrah Demi Ilahi"


Selamat datang teman Senyumlah semanisnya Sambutlah keikhlasan

Teguhkan ukhwah kita


Oh... indahnya

Wasilah yang terbina


Bertemu demi Allah

Berpisah demi Allah

Mengikut Rasulullah

Sesuci Quran Sunnah


Satu ikatan

Bahagia selamanya


Bermula kita dengan kasih

Bawa hati bersih

Dan mengalirkannya dengan jernih


Bagai permata bersinar

Umpama kuntuman yang mekar

Seperti udara yang segar

Dan mendamaikan


Hijrah insan yang berani

Fitrah memanggil jalan suci

Hijrah insan yang sejati Ke jalan llahi








CINTA SAMPAI SYURGA


Hazar:

Cinta, biarlah sampai ke syurga

Biar di uji dengan nestapa 

Namun cinta takkan pudar


Che Li:

Gerimis membasahi di pipi ini

Tangisan yang tak dapat dilihat

namun tetapkan terasa kerana kehilanganmu


Zaidi:

Biar berdetik waktu tetap teguh cintaku Takkan terpadam api rindu

Bersemi kasih kekal selamanya


Hazar:

Gerimis membasahi di pipi ini

Tangisan yang tak dapat dilihat

namun tetapkan terasa kerana kehilangannya mu


Alif:

Biar berdetik waktu tetap teguh cintaku

Takkan terpadam api rindu

Bersemi kasih kekal selamanya


Zaidi:

Biar terseksa rindu yang mencengkam di dada

Takkan terpadam api cinta

Bersemi kasih kekal selamanya


Alif:

Cinta aku genggam ke hujung nyawa

Biar derita nestapa kerana manisnya

Akan ku bawa ke syurga


Zaidi:

Biar berdetik waktu kan tetap teguh cinta aku

Takkan terpadam api rindu

Bersemi kasih kekal selamanya


Che Li:

Biar terseksa rindu yang mencengkam di dada

Takkan terpadam api cinta

Bersemi kasih kekal selamanya


Alif:

Pastinya kan ku bawa ke syurga







اِنَّ صَلاَتِي وَنُسُكِي وَمَحْيَايَ وَمَمَاتِي ِﷲِ رَبِّ الْعَالَمِينَ


Sebalik wajah yang dilihat

Kau saja mengerti apa yang tersirat

Setiap langkah kutahu adanya hadirmu


Sebalik suara yang dilontar

Namamu menjadi halwa yang didengar

Kau jawapannya di segala tanda tanyaku


Ya Allah kutaburkan doaku

Ya Allah kuberserah padaMu

Ya Allah kupohon redhaMu

Ya Allah hanya kepadamu


Ya Rabbi

Ya Rabbi

Ya Rahman

Ya Rahim


Ya Rabbi 

Ya Rabbi

Ya Awal

Ya Akhir


Ya Rabbi

Ya Rabbi 

Wamahyayawamamati

Lillahi rabbila'lamin


Lau haula wal quwwata illa billahi a'zim


Aku manusia yang bergelar hamba

Dan belas kasihnya sering diri damba

Aku kini akui

Kaulah satu cinta hakiki


Ya Allah kutaburkan doaku

Ya Allah kuberserah padaMu

Ya Allah kupohon redhaMu

Ya Allah hanya kepadamu


Ya Rabbi

Ya Rabbi

Ya Rahman

Ya Rahim


Ya Rabbi 

Ya Rabbi

Ya Awal

Ya Akhir


Ya Rabbi

Ya Rabbi 

Mayawamamati

Lillahi rabbila'lamin


Hanya kupinta kepadamu

Untuk Kau besarkan sabarku

Niat bersama perilaku

Semata-mata kerana-Mu


Ku Berserah Pada Engkaulah Ya Robbku


Ya Rabbi

Ya Rabbi


Ya Awal

Ya Akhir


Ya Rabbi

Ya Rabbi


Wamahyayawamamati

Lillahi rabbila'lamin











MATEEN - Teratas 


Mata melihat, jiwa merasa

Akal berfikir realitinya

Engkau dan aku jauh berbeza

Tapi magisnya, saling mencinta

Dia yang memberi segalanya

Melepasi bayangan kita


Subhanallah walhamdulillah

Allahu Akbar Allahu Akbar

Subhanallah walhamdulillah

Allahu Akbar Allahu Akbar


Aku tiada nama dan harta Juga lagu yang mengungguli carta

Tapi aku pasti Dia tetap bersama

Selama hati mengingati-Nya

Dia yang memberi segalanya

Melepasi bayangan imaginasi kita


Subhanallah walhamdulillah

Allahu Akbar Allahu Akbar

Subhanallah walhamdulillah

Allahu Akbar Allahu Akbar


Terlalu banyak Kau beri

Hanya aku yang kurang mensyukuri


Subhanallah walhamdulillah

Allahu Akbar Allahu Akbar

Subhanallah walhamdulillah 

Allahu Akbar Allahu Akbar





 


(RIDWAN)

Benarkah dikhabar akan cinta itu buta? Kerana saujana ku melihat kan sinarnya Benarkah perasaan cinta kan membakar diri? Kerana dingin dan tenteram yang ku nikmati


(AYMAN)

Rasa cinta agung yang ku miliki ini Tak mudah ditafsir dalam lirik puitis Sesekali aku tak tegar menahan rasa Sebak rindu mendengarkan namanya


(MAHDI)

Aku manusia biasa

Cinta bukan setulus bibir bicara

Namun secebis cintaku pada Nabiku Aku pahatkan menjadi cinta luar biasa


(RIDWAN)

Mendengar namanya rindu ini terus mekar Seperti pertama kali aku jatuh cinta


(AYMAN)

Andai milikku segala khazanah dunia Ku bayar sesiapa yang menyebut namanya Sesekali aku tak tegar menahan rasa Sebak rindu mendengarkan namanya


(MAHDI)

Aku hanyalah pendosa

Tiada amalanku yang istimewa

Namun wallahi segalanya tentang dirinya

Aku agungkan

Walau diri hanyalah manusia biasa

Cinta bukan setulus bibir bicara

Namun secebis cintaku pada Nabiku

Aku pahatkan menjadi cinta luar biasa



عليك صلی الله یا خیر خلق الله عليك صلى الله يا خير الأنام


(RIDWAN)

Aku manusia biasa

Cinta bukan setulus bibir bicara

Namun secebis cintaku pada Nabiku Aku pahatkan


(MAHDI)

Aku hanyalah pendosa

Ku ada hanya cinta kerna baginda

Agar ku di perhatiannya di alam sana

Untuk bersama sentiasa di sampingnya

Tuhan izinkan ku melihat wajah, kucup tangan

kekasih-Mu

Mendengar jawapan salamku dan selawatku

kepadanya

Walau memadai dalam mimpiku


(CHORUS)

Wallahi segala-galanya tentang dirinya

Aku agungkan menjadi cinta luar biasa









ARTIS: AIMAN SIDEK & HALIM AHMAD LAGU & LIRIK: AIMAN SIDEK 

Mendung awan berarak
Berpaksi pada Dia
Rapuh jiwa gelodak
Redup di depan Dia

Ranjau noda ditebak
Terhapus dengan sumpah
Rintik hujan menitis
Tunduk malu padaNya

Dia Dia Dia
Dia Dia Segalanya
Hanya cinta pada Dia

Hanya rindu pada Dia
Hanya kasih pada Dia
Dialah segalanya

Hanya cinta pada Dia
Hanya rindu pada Dia
Hanya kasih pada Dia
Dialah segalanya

Bridge
Dia yang utama
Dia yang sempurna
Dia segalanya
Hanya Dia








Hey Anta, Amil eh

(Hey awak, apa khabar?)

Khabarkan aku segala ceritamu

Hey Anta, Amil eh

(Hey awak, apa khabar)

Usah kau malu aku kan bersamamu

Ku tahu kau takut memendam rasamu dulu ku juga sepertimu


[Chorus]

Ya hubbi basma' sutak mush lihukmak ya hubbi (sayangku, aku cuma nak dengar luahanmu bukan menghukum mu sayangku)

Aku akan bersamamu


Ya hubbi basma' sutak mush lina'shak (Sayangku aku cuma nak dengar luahan kau

bukan pertikaikan kau)

Khuz Eidi

(Genggam tanganku)

Aku akan bersamamu


Hey Anta, Amil eh

(Hey awak, apa khabar)

Usah kau malu aku kan bersamamu

Ku tahu kau takut memendam rasamu dulu ku juga sepertimu


[Chorus]

Ya hubbi basma' sutak mush lihukmak ya hubbi (sayangku, aku cuma nak dengar luahanmu bukan menghukum mu sayangku)

Aku akan bersamamu


Ya hubbi basma' sutak mush lina'shak (Sayangku aku cuma nak dengar luahan kau

bukan pertikaikan kau)

Khuz Eidi

(Genggam tanganku)

Aku akan bersamamu


Tenteram yang kau tercari selama ini (adalah

dirimu)

Mulakan nafas baru dengan rasa cukup dan bersyukur


[Chorus]

Ya hubbi basma' sutak mush lihukmak ya hubbi (sayangku, aku cuma nak dengar luahanmu bukan menghukum mu sayangku)

Aku akan bersamamu


Ya hubbi basma' sutak mush lina'shak (Sayangku aku cuma nak dengar luahan kau

bukan pertikaikan kau)

Khuz Eidi

(Genggam tanganku) 

Aku akan bersamamu


Hey anta Amil eh

(Hey awak, Apa khabar)






Khaulah Al-Azwar - 

PU Fendi, Shidee Khayran, Alil, Ustaz Fadhil Rahman.


Lirik lagu


Kau lahir dari darah pahlawan terbilang

Warisi kehebatan ayahmu Al-Azwar

Kentalnya jiwamu

Di balik hijab yang menutup


Dengan seragam hitam

Kau menggempur musuh

Hingga tak disangka

Hadirmu bak sang pria


Tangkasnya gerakmu

Berjuang sepenuh tenaga


Kaulah srikandi bernama Khaulah

Keberanianmu tiada tandingan

Pengorbanan demi meraih kemuliaan


Kaulah wanita agung dalam sejarah

Menjadi kebanggaan seluruh umat

Inspirasi buat kami generasi akhir ini


Kaulah srikandi bernama Khaulah

Keberanianmu tiada tandingan

Pengorbanan demi meraih kemuliaan


Kaulah wanita agung dalam sejarah

Menjadi kebanggaan seluruh umat

Inspirasi buat kami generasi akhir ini


Kau lahir dari darah pahlawan terbilang

Warisi kehebatan ayahmu Al-Azwar

Kentalnya jiwamu

Di balik hijab yang menutup






Sejarah telah membuktikan bahawa kejatuhan sesebuah masyarakat dan empayar bermula dari kerosakan akhlak dan rapuhnya nilai moral masyarakatnya. Jangan kita ulangi lagi kesilapan ini. Biarkan segalanya tinggal hanya sebagai sejarah untuk kita pelajari agar ia tidak menjadi hakikat kemusnahan di masa kini.

Ayuh kita UBAH! Ayuh kita kembali kepada #FITRAH

Kerana setiap dari kita layak menerima peluang kedua.



LIRIK LAGU FITRAH


Sejarah ini

Bukan retorika

Benarkan yang tertulis

Dihukum karna dosa yang terhina

Bukti dari ilahi


Sang Utusan dihina tak dihirau

Bertahun tiada erti

Diperintahkan tuk berlalu pergi

Bersama yang sejati


(PRE-CHORUS)

Tinggalkan tinggalkan

Jangan pernah menoleh kembali

Setelah kau sampaikan

Pada yang membisu

Biarkan biarkan

Zulmat nafsu tiada erti

Tiada masa untuk ditangisi


(CHORUS)

Oh, Fajar kelam

Tak bisa melihat dunia

Yang tenggelam

Naluri akal menghilang


Terang Bintang

Tak mungkin

akan terpadam

tanpa ada cahaya


Jangan biar dosa itu kekal disini

sejarah mungkin ulang kembali

Tak mampu ku hadapi


(VERSE 2)

Nada kejahilan dihembus nafsi

Noda berulang lagi

Siulan kebebasan meragut diri

Berentakan kewarasan yang hakiki


Agama terus dipersenda

Fitrah cinta selingkuh dusta

Kerana perbuatan songsangmu itu musnah dunia

Ini bukan

Ini bukan mimpi

Ini yang terjadi

Jangan dibiarkan jangan teruskan

Pohon ampunan s’gala dosa kepadaNya


(BRIDGE)

Pulang Kembali padanya

Bersaksi pada kebenaran yang menghukumya

Jiwa


Jangan kau lupa Jangan kau alpa

Kisah mereka

Ada cerita

Cinta direka sama mereka

Ditipu oleh nafsu yang palsu

Yang kudus kini pula anggap tipu

An-nafs sudah rakus

Bagai dubuk haus

Menanti merapus

Akan mula hapus

Azab Al-Muntaqim, bakal dikirim Perdaya oleh Syaitan ni Rajim








JANJI DULU


Sayang ingat janji dulu

Cinta itu kau dan aku

Detik terbina sebuah rumah tangga

Syurga yang didamba


Sayang ingat janji dulu

Cinta ini bahtera

Kitalah yang kemudi kemanakah

Hala dan tujunya


Biar pahit dugaan melanda

Namun hati kan tetap setia

Pada janji yang terikat terpateri

Utuh sampai mati


Sayang ingat janji dulu

Hidup ini satu cerita

Tidak hanya bahagia kan dirasa

Jua sebaliknya


Biar pahit dugaan melanda

Namun hati kan tetap setia

Pada janji yang terikat terpateri

Utuh sampai mati


Keranaku selalu sayang kamu

Keranaku selalu perlukanmu

Tetaplah berdoa Tuhan kekalkanlah

Cintakan selamanya


Seandainya diri terkhilaf dan terlupakan janji

Selalulah di sisi

Jangan dijauhi


Biar pahit dugaan melanda

Namun hati kan tetap setia

Pada janji yang terikat terpateri

Utuh sampai mati


Keranaku selalu sayang kamu

Keranaku selalu perlukanmu

Tetaplah berdoa Tuhan kekalkanlah

Cintakan selamanya








Lirik lagu Kun Qowiyyan - Aniq Muhai


VERSE:

Kamu

mengapa membisu?

ku tahu kau cuba untuk bertahan Oh namun

ku rindu senyumanmu

Yang telah lama hilang di wajahmu


PRE-CHORUS:

ia hanya gerhana

bukannya tenggelam matahari

begitulah derita

yang kau lalu bukan selamanya


CHORUS:

Lepaskan semua

Beban yang terbuku di dada

Biarlah masa

yang berjalan kan mengubat luka

la la la la la la tahzan

kun qowiyyan ya habibi

berilah ruang dirimu bahgia


RAP 1:

Sungguh aku rasa bagai tak berguna Ku tiada harapan lagi tuk berubah

Kerna aku teruk

Berlagak acah hero

Kadang sombong dan ego!


RAP 2:

Ku sedar diri

Ku hanya manusia yang jijik

X

Tak layak ke syurga orang menghukum ku neraka sana sini

Ku give up!

Kini yang mata ku lihat hanya gelap

Punah musnah

cita-cita

Putus-asa

Lebih baik sahaja andai aku mat*

SHHHH!


RAP 3:

Jangan rasa begitu

usah hina dirimu

Harapan takkan hilangx5

Oh no..

Andai kau mula cintai dirimu!


CHORUS

Lepaskan semua

Beban yang terbuku di dada

Biarlah masa

yang berjalan kan mengubat luka

la la la la la la tahzan

kun qowiyyan ya habibi

berilah ruang dirimu bahgia




Lirik lagu CintaMu 

- Amer BinYusoff, Abdul Rahim Inteam & Syed Yassin



Kerinduan ini

Semakin menyala bila aku fahami

Segala yang telah terjadi

Dan yang akan aku lalui


Setiap hembusan nafasku

Dan kerdipan mata ini

Di dalam cinta-Mu

Huuu.. 


رَضِتُ بِااللهِ رَبَا وَبِالْاِسْلاَمِ دِيْنَا وَبِمُحَمَّدٍ نَبِيَا وَرَسُوْلاَ

رَضِتُ بِااللهِ رَبَا وَبِالْاِسْلاَمِ دِيْنَا وَبِمُحَمَّدٍ نَبِيَا وَرَسُوْلاَ


Kau tak pernah jauh

Maha Mendengar, Melihat, Mengasihi

Kau hidupkan jiwa ini

Dengan rahmat-Mu kusyukuri


Setiap hembusan nafasku

Dan Kerdipan mata ini

Di dalam cinta-Mu


رَضِتُ بِااللهِ رَبَا وَبِالْاِسْلاَمِ دِيْنَا وَبِمُحَمَّدٍ نَبِيَا وَرَسُوْلاَ

رَضِتُ بِااللهِ رَبَا وَبِالْاِسْلاَمِ دِيْنَا وَبِمُحَمَّدٍ نَبِيَا وَرَسُوْلاَ


Dambakan cinta-Mu

Duhai Tuhanku

Ampuni seluruh dosa-dosaku

Sungguhku bermohon kurniakanlah padaku cahaya

Kasihilah aku selamanya


Himpunkanlah kami

Bersama Baginda Nabi terpuji

Di Syurga nanti


Dan izinkan kami walau sekali

melihat wajahnya

Walaupun hanya dalam mimpi

Di dunia

Di dunia


رَضِتُ بِااللهِ رَبَا وَبِالْاِسْلاَمِ دِيْنَا وَبِمُحَمَّدٍ نَبِيَا وَرَسُوْلاَ


Aku redha Allah Tuhanku

Agama islam agamaku

Nabi Muhammad Nabi juga rasulku


Aku redha Allah Tuhanku

Agama islam agamaku

Nabi Muhammad Nabi juga rasulku


رَضِتُ بِااللهِ رَبَا وَبِالْاِسْلاَمِ دِيْنَا وَبِمُحَمَّدٍ نَبِيَا وَرَسُوْلاَ


Cahayamu

Nabi Muhammad Nabiku


 صَلَى اللهُ عَلَيْهِ وِسَلَم 




Berkaitan Zikir Radhitubillah

http://lautan-biru.blogspot.com/2020/05/4-amalan-pada-waktu-pagi-dan-waktu.html















Kasihmu Guru -

Ustaz Huri, Shidee Khayran, Toha, Safari


Guru mithali guru yang sejati

Ibarat cahaya terang menerangi

Tulus kasih sayangmu

Curah keringat bakti

Untuk kami


Kau beri senyuman

Walau keletihan

Tak jemu mendidik

Anak-anak bangsa

Demi masa hadapan

Jadi insan berguna

Untuk agama


Oh guru

Takkan dilupa

Jasa pengorbananmu

Hingga kami

Mampu melangkah mengejar impian


Oh guru

Kami berdoa

Agar Tuhan merahmatimu

Hingga kini

Namamu terus subur di hati


Kau guru mithali guru yang sejati

Ibarat cahaya terang menerangi

Tulus kasih sayangmu

Curah keringat bakti

Untuk kami


Kau beri senyuman

Walau keletihan

Tak jemu mendidik

Anak-anak bangsa

Demi masa hadapan

Jadi insan berguna

Untuk agama


Oh guru

Takkan dilupa

Jasa pengorbananmu

Hingga kami

Mampu melangkah mengejar impian


Oh guru

Kami berdoa

Agar Tuhan merahmatimu

Hingga kini

Namamu terus subur di hati






Single Saksi Syahadah nyanyian Awla telah dipertandingkan di Anugerah Pencinta Nasyid IKIM 2020 dan mendapat tempat ketiga dalam APNI 2020.


Saksi Syahadah

Tiada bahasa gambarkan rasa
Sayang di sayang
Padamu permata ayah bonda 

Dengarkanlah pesanan, titipan, amanah cinta
Jadi cahaya untuk selamanya
Jalan ini hamparan yang terbentang
Penuh liku merintang

Medan ini bersadur kesamaran
Menuju pengakhiran
Akal, budi dan janji yang dijaga
Tetap teruji jua
Iman, ilmu dan amal kan diduga
Takwalah perisainya

Anak…
Kau ditimang-timang duniawi
Semoga…
Berindah-indah di syurgawi

Teguh jiwa menolak habuan dusta  
Jangan khianati
Sekecil amanah kan dihitung

Berkatalah yang benar walaupun pedih dan payah
Biar sempurna saksi syahadah. 











Anem Arnamee 2025 © TERIMA KASIH ♥



click to te top