Salam. Hai. Saya Anem Arnamee. Terima kasih sudi datang, membaca mahupun berkongsi artikel blog ini. Maaf jika ada kekurangan & teguran amat dialu-alukan. Moga yang baik-baik selalu untuk kalian semua. Insya-Allah.

- Jika anda mahu sebarang kolaborasi/pengiklanan (review/ruang iklan) di blog ini boleh rujuk page ini.
- Jika ada pertanyaan lain, boleh mesej di facebook ANEM ARNAMEE atau e-melkan ke arnamee (at) gmail.com.

Lirik lagu Harum Setangkai Doa - Inteam (Tribute to SS)



HARUM SETANGKAI DOA


Sebak menyusuri perjalanan duka

Sepi bertamu jadi teman bisu paling setia

Derap kenangan yang diukir bersama

Mewangi di laman persaudaraan kita


Sunyi dibatasi alam yang berbeza

Angin bertasbih di antara nisan di pusara

Takdir dan ketentuan pun berbicara

Memisahkan, mengasingkan jasad dan nyawa


Tiada lagi derai tawa

Tiada lagi teman bersenda

Pemergianmu tiada terduga

Menghadap-Nya Tuhan Maha Pencipta


Begitulah kehidupan

Kan bertemu pengakhiran

Perjalananmu mengharap redha

Diiringi harum setangkai doa


Kelahiran, kematian

Diserta dengan tangisan

Hujung hayatnya seorang insan

Berakhir di suatu persinggahan



Al-Fatihah buat Allahyarham Suhaimi Saad dan semua yang telah pergi meninggalkan kita. Moga mereka diampunkan Tuhan dan ditempatkan di kalangan mereka yang beriman. 

1 yang menasihati

  1. Anonymous9:00 PM

    Terima kasih lirik n lagu yg sngt menusuk hati.

    ReplyDelete

Untuk kesudian membaca dan memberi berkata-kata - saya berterima kasih.








Anem Arnamee © TERIMA KASIH ♥



click to te top