Perbezaan Zakat Pendapatan dan Zakat Simpanan

Gambar

Mungkin masih ada lagi yang tertanya-tanya perbezaan di antara Zakat Pendapatan dan Zakat Simpanan. Jadi mari kita lihat perkongsian Tuan Faisal Rahim ini. Boleh membantu dan bermanfaat. 

APA PERBEZAAN ZAKAT PENDAPATAN DAN ZAKAT SIMPANAN?


ZAKAT PENDAPATAN


1. Zakat pendapatan dikenakan atas semua jenis pendapatan yang diperolehi dalam satu tahun berkenaan.

2. Ada EMPAT (4) jenis harta pendapatan yang perlu digabungkan, iaitu:

(a) Penggajian (gaji bulanan + elaun + bonus),

(b) Hasil bebas atau freelance.

(c) Hasil Al-Mustaghalat (sewa rumah, kereta, janaan dari aset kita)

(d) Hasil Pemberian (pusaka, takaful, menang hadiah dsb).

3. Semua harta ini secara asasnya WAJIB dizakatkan TANPA adanya HAUL (tak perlu tunggu setahun dimiliki).

4. Semua harta tersebut juga perlu membuat TOLAKAN HAD AL-KIFAYAH (tolakan diri, isteri, anak-anak dll) dalam tahun semasa sebelum dizakatkan.


ZAKAT WANG SIMPANAN


1. Zakat yang dikenakan ke atas semua jenis simpanan kita. Sama ada simpanan akaun biasa (wadiah), akaun mudharabah, akaun emas, simpanan di luar negara, simpanan dalam bentuk takaful (cash value tahunan), simpanan dalam tabung ayam, bawah bantal dan apa sahaja bentuk simpanan.

2. Wang Simpanan ini perlu digabungkan dengan 

(a) Wang Pelaburan dan 

(b) Emas Perhiasan melebihi 'uruf 800 gram (yang ditukarkan ke dalam harga semasa) dan 

(c) Emas Bukan Perhiasan (biar pun tak mencapai nisab 85 gram) yang ditukarkan ke dalam harga semasa (RM).

3. Semua harta di atas perlu dizakatkan jika cukup Haul dan Nisab (Harga 85 gram Emas ; RM23,035).

4. Bagi Wang Simpanan yang disimpan dari LEBIHAN PENDAPATAN bulanan yang telah pun dikeluarkan zakatnya (Zakat Pendapatan) , maka syarak menghendaki ia dikecualikan daripada kiraan zakat simpanan pada tahun berkenaan.

Maksudnya:

Sila buat tolakan atas semua simpanan pada tahun semasa yang telah dizakatkan agar tidak berlaku zakat dua kali.

5. Tiada Tolakan Had al-Kifayah (diri, isteri, anak-anak dll) dikenakan atas Zakat Wang Simpanan.

6. Zakat Wang Simpanan dikenakan pada saat haul tiba (biasanya pada penghujung tahun atau Ramadan - kita pilih) dengan melihat kepada JUMLAH BAKI Wang Simpanan kita.


(Dan ia digabungkan dengan pelaburan dan emas sebagaimana yang diterangkan sebelum ni - cara kira zakat emas.)


Sedikit Nota:

Dalam kiraan zakat hanya ketua keluarga perlu buat tolakan untuk anak-anak sebab ia jadi tanggungjawab beliau.

Namun kalau isteri yang jadi ketua keluarga (sebab suami sakit, tak kerja dll), maka isteri boleh buat tolakan.

Kaedah sama macam LHDN yang tak boleh amik dua-dua pasangan atau tolakan untuk ibu bapa.


*****

Moga bermanfaat. Terima kasih buat Tuan Faisal Rahim atas perkongsian beliau. 

0 yang menasihati:

Post a Comment

Untuk kesudian membaca dan memberi berkata-kata - saya berterima kasih.








Anem Arnamee 2024 © TERIMA KASIH ♥



click to te top