Resepi Kuih Apam Nasi

RESEPI APAM NASI By SYA. NOTA JANGAN LUPA BACA SAMPAI HABIS.


Bahan-bahan Buat Apam Nasi


Bahan A

1 1/2 cawan air

1 cawan nasi 

3/4 cawan gula 


Bahan B

1 cawan tepung gandum

1 cawan tepung beras (cap golden coin@gelang)

1  sudu besar yis


Cara-cara buat Kuih Apam Nasi

- Blend bahan A. Kemudian campur dengan bahan B.

- Kacau-kacau, masukkan ke dalam beberapa bekas dan letak pewarna

- Perap 30minit (rapping) masukkan dalam acuan yang dah disapu minyak - kukus dengan api yang sederhana selama 10 minit .

- Kemudian kukus kelapa parut ambil yang putih, letak garam - gaul. 

- Kukus sekejap dalam 5 minit untuk bagi tahan lama. 


NOTA

* Resepi ini dapat 35 biji

* Keluarkan kuih semasa panas untuk bagi senang tanggal dari acuan

* Pastikan acuan kena minyak, kalau tak nanti dia melekat d3kat celah-celah itu, tapi jangan letak minyak banyak sangat. 

* Untuk bagi kuih Macam dalam gambar tu, ambil adunan putih letak SIKIT SAHAJA kat dalam acuan, lepas itu masukkan adunan yang berwarna. 

* Panaskan air kukusan terdahulu sebelum masukkan adunan ke dalam acuan untuk menggelakkan adunan yang dah dimasukkan dalam acuan itu menaik, lalu melimpah apabila air kukusan separuh panas naik wap baru masukkan adunan ke dalam acuan.


Terima kasih Puan Sya halalkan resepi ini. Moga Sya dimurahkan rezeki. Insya-Allah.

 

Kredit: Sya Amiruddin


Post asal:

https://www.facebook.com/groups/1093924847726367/permalink/1702004003585112/







0 yang menasihati:

Post a Comment

Untuk kesudian membaca dan memberi berkata-kata - saya berterima kasih.








Anem Arnamee 2024 © TERIMA KASIH ♥



click to te top