Showing posts with label Resepi. Show all posts
Showing posts with label Resepi. Show all posts

 


Resepi Rendang Daging Khairul Aming

Bahan-bahan:

4 biji bawang besar
2 ketul halia
8 batang serai
2 ketul lengkuas
8 ulas bawang putih
1 ketul kecil kunyit hidup
2-3 sudu cili kisar
⁠2 kilo daging
Garam & serbuk perasa
1 sudu biji ketumbar (ditumbuk)
1 sudu jintan putih (ditumbuk)
1 sudu jintan manis (ditumbuk)
2 kotak kecil santan
Gula melaka
Daun kunyit
8 helai daun limau purut
3 sudu kerisik
Air asam jawa










Resipi Rendang Ayam Khairul Aming menggunakan bahan kisar utama bawang merah, serai, halia, lengkuas, kunyit hidup, dan cili kering. Ia dimasak dengan 1 ekor ayam, santan, kerisik, daun limau purut, dan daun kunyit sehingga pecah minyak. Rasanya seimbang antara lemak santan, pedas, dan aroma daun kunyit yang kuat. 



(SUMBER: Faris Hazman https://x.com/i/status/1904116485737660740)

Berikut adalah butiran resipi Rendang Ayam Khairul Aming: 

Bahan Kisar:

4 biji bawang merah

4 batang serai

1 ibu jari halia

1 ibu jari lengkuas

4 ulas bawang putih

1 kunyit hidup

Segenggam kecil cili kering (direbus)

Sedikit air


Bahan Tumis & Masak:

1 ekor ayam (dipotong)

1 kotak santan (200ml)

2 sudu setengah kerisik

4 helai daun limau purut

2 helai daun kunyit (dihiris)

2 asam keping

Gula melaka, garam, dan serbuk perasa secukup rasa





Cara Memasak:

Kisar semua bahan kisar dan tumis sehingga pecah minyak.


Masukkan ayam dan gaul rata sehingga ayam berubah warna.


Masukkan santan dan asam keping. Biar mendidih.


Tambahkan kerisik, daun limau purut, dan daun kunyit.


Perasakan dengan gula melaka, garam, dan serbuk perasa.


Masak dengan api perlahan sehingga rendang kering dan pecah minyak.


Resipi ini sangat sesuai untuk hidangan raya atau juadah berbuka puasa. 


 


Hye What's up, Guys! Resepi Khairul Aming (KA) kali ini menyatukan ramai ahli keluarga dan rakyat Malaysia. Ramai berkumpul dan mencubanya. Seronok lihat ramai berkongsi kejayaan dan lucu serta manis kenangan masing-masing. Alhamdulillah. Untuk yang belum buat lagi, selamat mencuba! 

BAHAN KARAMEL
-1/2 cawan gula

BAHAN PUDING
-4 biji telur
-2 keping roti (buang bahagian tepi)
-2 cawan krimer sejat (susu cair)
-1/2 cawan krimer manis (susu pekat)
-1/2 cawan cream cheese
-1 penutup botol esen vanila
-1 sudu kecil garam

Cara buat Puding Karamel:
1. Kisar semua bahan
2. Masak gula karamel dalam pan non-stick, bila gula mencair hanya goyang-goyang tak perlu kacau dengan sudu
3. Masukkan gula karamel dalam loyang
4. Masukkan bahan puding perlahan-lahan, lapik dengan sudip supaya bahan tidak terjun deras
5. Tutup loyang dengan aluminium foil atau plastik
6. Kukus puding 45 minit api sederhana
7. Sejukkan puding dan simpan di peti sejuk beberapa jam.
8. Korek keliling puding dengan pisau supaya senang flip ke pinggan






Sumber Pelbagai. TERIMA KASIH, KA dan Semua. 



 RESIPI DAGING GORENG BELENGAS




Bahan-bahan:


1 kg daging

1 sudu besar serbuk kunyit

Bahan Tumisan:


10 ulas bawang putih

2 hiris halia

Bahan Sos:


10 sudu besar sos cili

4 sudu besar kicap manis

4 sudu besar sos tiram

1 sudu kecil lada hitam halus

Secukup rasa – Untuk menyeimbangkan rasa.

Sayur-sayuran:


1 batang lobak merah kecil – Dipotong panjang.

1 biji lada benggala – Warna hijau, merah, atau kuning, ikut pilihan.

1 batang lada merah – Dihiris nipis.

5 batang cili padi hijau – Dibelah dua.

1 lada hijau – Dihiris nipis.

½ biji bawang Holland besar – Dihiris memanjang.

Kacang buncis atau kacang panjang – Ikut suka dan kesediaan.

Cara Penyediaan:


1. Hiris nipis daging tenderloin, kemudian rebus bersama serbuk kunyit sehingga empuk.


2. Panaskan sedikit minyak dan tumis bawang putih yang telah dihiris bersama halia sehingga naik bau dan wangi.


3. Setelah bawang putih dan halia wangi, masukkan daging yang telah direbus tadi dan goreng seketika hingga sedikit garing.


4. Tambahkan sos cili, kicap manis, sos tiram, dan lada hitam ke dalam kuali. Gaul rata kesemua bahan sehingga sebati dan sos meresap ke dalam daging.


5. Masukkan lobak merah, lada benggala, lada merah, cili padi, lada hijau, bawang Holland, serta kacang buncis atau kacang panjang.


6. Gaul rata dan biarkan semua bahan masak bersama sehingga sayuran sedikit lembut namun masih rangup.


7. Tambahkan secukup rasa jika perlu, kacau sekali lagi sehingga semua bahan sebati dengan sempurna.


Sumber:

Facebook Makcik Ratu

Laman web MyResepi







Siap Puding Awan Nano by Mr. Ali harini. Gabungan santan, air kelapa & bunga telang

Resepi Puding Awan by Mr. Ali ☁️

( version video ada di ig & tt mr ali)

📍Bahan - Bahan 

BAHAGIAN SANTAN ( awan ) 

- 200 ml santan

- 1 cawan air (250 ml)

- 1 cawan air kelapa

- sedikit garam

- 5 gram serbuk agar agar

- 1/2 cawan gula ( 100g) 


BAHAGIAN JELLY BUNGA TELANG

- 10 kuntum bunga telang ( dibasuh)

- 1 cawan air panas 

- 1 liter air 

- 1/2 cawan gula ( 100g)

- 10g serbuk agar agar 





📍CARA - CARA

BAHAGIAN AWAN ( santan ) 

- sebatikan semua bahan hingga mendidih. 

- matikan api dan letak dalam acuan awan

- sejukkan 30 minit di dalam peti 


BAHAGIAN JELLY BUNGA TELANG

- sebatikan semua bahan dan kacau hingga mendidih

- tuang lapisan pertama dalam 2-3 senduk dan tunggu selama 1-2 minit baru letak beberapa ketul awan

- biarkan di luar

- masukkan bunga telang dan letak 1 cawan air panas dan tutup mangkuk anda selama 1 jam utk dapat air bunga telang ( ni buat awal sekali sebelum buat bahagian jelly)

- masukkan air bunga telang ke dalam lebihan adunan jelly .

- tuang beberapa senduk dan letak beberapa ketul awan. Biarkan ia mengeras di suhu bilik dan ulang step sama sampai habis adunan.

- sejukkan 2 jam dalam peti dan dah siap! 


Selamat Mencuba! 

- mr. ali


Facebook Muhammad Ali


Tahun Baru Cina mesti kita akan mula jumpa banyak biskut-biskut raya, kan? Paling mendapat sambutan mestilah biskut yang berkacang.🍪🥜



Speaking of, #akakadmin pun ada resipi biskut kacang pistasio yang sedap. Korang boleh buat guna Seri-Aji® Tepung Goreng Pisang, sekejap je dah setel.✔️✔️

Kalau bawa untuk potluck ofis waktu CNY nanti mesti ramai yang impressed.😎

Nak buat untuk makan saja-saja pun apa salahnya~






Sumber: Facebook Sedapedia 





Memandangkan Tahun Baru Cina dah dekat, inilah masa paling sesuai untuk explore makanan budaya Cina.🥢🍄🥕 

Luo Han Zai adalah hidangan vegetarian yang tinggi protein dan serat sebab menu ni guna variasi sayur yang banyak khasiat. Nak kekalkan kebaikan sayur, kenalah kurangkan sodium dalam masakan. Jangan risau, AJI-NO-MOTO® boleh bantu untuk enhance rasa umami.🤗 

Kalau korang dah try nanti komen kat bawah, tau? 






Sumber asal: Facebook Sedapedia


Resepi lain daripada Smart Cooking:

https://smartcooking.com.my/ms/recipe/tauhu-sos-labu-makanan-laut/








Semalam masa tengok ramalan cuaca cakap harini panas sampai petang. 🌤 Tapi hujan pula masa #akakadmin tengah fikir pasal lunch tadi. So terpaksalah tukar plan memasak, sebab hari hujan paling best ada sup panas. 🤤 Tak tahulah orang lain macam mana, tapi #akakadmin suka sup yang penuh dengan rasa rempah, tapi tak masin. Sebab tu #akakadmin akan guna AJI-NO-MOTO® untuk rasa sempurna. Korang pun boleh cuba resipi #akakadmin ni nanti kalau teringin hirup sup ayam.👩🏻‍🍳

Bahan-bahan buat sup ayam



Cara penyediaan sup ayam


Perkongsian asal melalui Facebook SEDAPEDIA. 



SUP ABC

Kalau anak-anak tak sihat, korang biasa masakkan apa? 👩🏻‍🍳 #akakadmin selalunya buat Sup Sayur Campur ni sebab dia ada macam-macam tekstur dalam tu dari sayur-sayur dan ayam. Memang berselera they all makan. Khasiat pun banyak, senang nak bagi diorang cepat sihat. Cuma kena pastikan kandungan garam dikurangkan dengan AJI-NO-MOTO®. Simpan resipi ni, ya~ (Perkongsian asal di Facebook SEDAPEDIA) 


Bahan-bahan




Cara menyediakan sup sayur campur




Berikut merupakan perkongsian facebook SEDAPEDIA. 5 jenis makanan untuk bantu reda dan kurangkan selesema. 




SERAI


HALIA


SUP AYAM


MADU


BAWANG PUTIH


 

Moga lekas sembuh, semua! Insya-Allah.




 




RESEPI MEE REBUS HAJI WAHID
============================
BAHAN-BAHAN :
✔ 2 kilo mee kuning, dicelur
✔ 1/2 kilo daging, dihiris halus ataupun tetel
✔ 4 biji keledek, direbus dan dikisar
✔ 1 cawan tauchu, dicuci dan dikisar
✔ 3 ulas bawang putih, dikisar
✔ 3 biji bawang merah, dikisar
✔ 1 inci halia, dikisar
✔ 1/2 cawan udang kering, dikisar
✔ 3 batang serai, dititik
✔ 1 inci lengkuas, dititik
✔ 5 sudu makan rempah kari daging
✔ garam, gula dan serbuk perasa secukupnya
✔ minyak untuk menumis

BAHAN TABURAN TEPUNG UDANG KERING
✔ 1/2 cawan udang kering, dikisar
✔ 80g tepung gandum
✔ ¼ camt serbuk kunyit
✔ garam
✔ air secukupnya
✔ minyak untuk menggoreng

BAHAN HIASAN
✔ tauhu yang digoreng, dipotong kecil
✔ daun sup, dimayang
✔ bawang goreng
✔ telur rebus, dibelah dua
✔ lada hijau, dipotong bulat
✔ taugeh, dicelur
✔ limau kasturi, dibelah dua

=================
CARA-CARA PENYEDIAAN
=================

CARA TEPUNG UDANG KERING
✔ Campurkan kesemua bahan-bahan dan gaul rata.
✔ Cara menggoreng ada teknik sikit. Bancuhan tepung direnjis pada minyak dan goreng adunan sehingga garing. Angkat dan toskan. Minyak kena banyak untuk menggoreng tepung ini.

CARA MASAK KUAH
✔ Panaskan minyak dalam periuk.
✔ Masukkan serai dan lengkuas yang telah dititik.
✔ Kemudian tumis bawang putih, bawang merah, halia dan udang kering yang telah dikisar hingga naik bau.
✔ Masukkan rampah kari kacau rata, kemudian masukkan tauchu dan keledek yang telah dikisar bersama dengan daging. (selalu tauchu dan keledek yang dikisar kita letakkan air untuk senang dikisar) jadi tak payah tambah air takut kuahnya tak pekat.
✔ Masukkan garam, gula dan serbuk perasa.

CARA HIDANGAN.
✔ Hidangkan mee yang telah dicelur bersama taugeh.
✔ Tuangkan kuahnya dan kemudian hiaskan dengan tahu goreng, daun sup, bawang goreng, telur rebus, lada hijau, limau kasturi dan tak lupa juga taburan tepung udang kering.

Okey, selamat mencuba

Resepi Pembuka Selera
/


 


Resepi Puding Pisang Bersos Kastard 😋

Ni saya jual, paling laku, tapi time PKP ni saya tak jual, jadi ramai tanya, saya share resepinya ya. Selamat mencuba.

Bahan-bahan:

pisang nangka di goreng dgn sedikit Planta.
sos kastard
1 tin susu cair
1/2 tin air
1 biji kuning telur
2 Sb tpg kastard
2 Sb gula pasir
sehelai daun pandan disimpul

masak semua bahan sehingga pekat.
dh suam masukkan ke dlm peti ais.
letakkan pisang yg digoreng tadi kedlm piring, tuang kn sos kastard tdi dan taburkan sedikit kismis.
bahan hiasan terpulang pada masing2.

Credit : Linda Zaid


https://www.facebook.com/share/y1tXqJnw7ZeWSmut/



Boleh buat kek ni malam raya nanti and makan dengan family. Kat luar gebu and dalam masih moist. Senang je nak buat. 

Sumber: https://twitter.com/FarisHzmn/











RESEPI LOADED POTATO BOWL ALA KFC


Bahan kentang putar:

1 kg kentang

100 gm butter (dipotong dadu)

100 ml whipping cream

50 ml air

Lada hitam

Garam secukup rasa


Cara memasak:

1. Rebus kentang sampai ia lembut.

2. Selepas itu, campurkan semua bahan-bahan di atas tadi, gaul sehingga butter cair.


Bahan ayam:

Ayam bahagian dada (dipotong dadu)

Tepung bestari


Cara memasak:

Bancuh tepung dengan air selepas itu goreng ke dalam minyak panas.


Bahan topping:

Jagung rebus

Serbuk keju yang dibancuh dengan air panas

Mayonis


Cara letak dalam bowl:

1. Mula-mula, letak kentang putar. Kemudian, letak sos keju dan mayonis dan ulang kembali dengan letak kentang untuk dibuat secara berlapis.

2. Akhir sekali, baru letak jagung, ayam goreng dan curahkan lagi sos keju dengan mayonis.


Siap dan sedia untuk dihidangkan. Selamat mencuba!


Kredit resepi: Tyra Manan

Naemah Kamaruddin




Ini resipi yang dah include sup, begedil, nasi impit, suhun goreng, kacang, sambal kicap dan lain-lain toppings. Boleh buat untuk menu hari raya nanti 🥹


 



Gambar:

https://twitter.com/FarisHzmn/





Berikut adalah perkongsian resepi Nasi Tomato oleh Mei & Mok di twitter (@prettylupins). 

Makan dengan ayam merah & papadom pun sedap! Bolehlah buat menu raya. Katanya. Terima kasih Mei sudi berkongsi! ✨


RESEPI NASI TOMATO


NASI:

  • 2 pot beras (cuci bersih, ketepikan dlm periuk nasi)
  • 2 biji tomato (1 potong dadu, 1 blend)
  • 1/2 tin susu cair 
  • 2 helai daun pandan (simpul)
  • 2 tbsp butter
  • 1 tbsp bawang merah kisar
  • 1 batang kayu manis
  • 2 biji buah pelaga
  • 2 batang serai (ketuk)


Cara-cara buat nasi tomato:

1. Cairkan butter. Tumis bawang hingga keperangan.

2. Masukkan semua bahan lain kecuali susu. Tumis 3-5 minit.

3. Masukkan bahan tumis, susu dan garam ke dalam periuk nasi. Kacau sebati dan masak nasi seperti biasa. Tambah air secukupnya utk beras.

**kalau pakai beras basmathi rendam dulu 30 minit.


Cara buat ACAR TIMUN MENTAH

  • 1 batang timun (hiris)
  • Bawang merah (hiris)
  • Lobak (hiris)
  • Cili merah (hiris)
  • 3tbsp cuka makan
  • 1tbsp gula
  • Garam


Satukan dan gaul semua bahan. Biarkan 15 minit sebelum makan.


**Timun tu nak buang kulit atau tak nak terpulang ya.


RESEPI AYAM MASAK MERAH

  • Ayam (gaul kunyit garam, digoreng)
  • 2 batang serai (ketuk) 
  • 3tbsp bawang merah kisar
  • 2 bawang putih (ketuk) 
  • 3 tbsp cili kering kisar
  • Rempah 4 sekawan
  • Sos cili
  • Sos tiram
  • Tomato - potong
  • Daun ketumbar 
  • Air


1. Gunakan baki minyak goreng ayam, tumis bawang, serai & 4 sekawan hingga naik bau.

2. Masukkan cili kering. Tumis hingga pecah minyak.

3. Masukkan sos cili dan sos tiram. Tambahkan air. Kacau dan masukkan ayam goreng. Biarkan masak mendidih hingga kuah pekat.

4. Tambahkan garam, tomato & tabur dah ketumbar. Kacau & siap!


Sekali lagi, terima kasih Mei! 


Resepi Badak Berendam




RESIPI RAMADAN

PENCUCI MULUT


Badak Berendam


SENARAI BAHAN

• 2 cawan kelapa parut 

• 1/2 cawan gula melaka

• 3 sudu gula putih

• Garam

• 1 sudu tepung gandum

• 2 kotak kecil santan

• 1/3+2 cawan tepung pulut

• 1+4 helai daun pandan

·Pewarna makanan


CARA MEMASAK

1. Campurkan kelapa, gula melaka, gula dan sedikit garam, hidupkan api lalu gaul. Tambah tepung gandum lalu masak hingga lumat. 2. Kuah: Campurkan santan dengan 2 cawan air dan 1/3 cawan tepung pulut. Gaul sebati lalu hidupkan api. Tambahkan sehelai pandan lalu masak hingga pekat.

3. Kisarkan 4 helai daun pandan dengan 2 cawan air lalu tapis. Campurkan 2 cawan tepung pulut dengan 1 sudu garam lalu tuangkan kisaran sikit-sikit. Uli lalu warnakan ikut cita rasa.

4. Bentukkan bebola kecil, letak inti di tengah dan tutupkan. Rebus hingga terapung sendiri. Hidangan sedia dihidang dengan kuah.



Gambar oleh:  Faris Hazman



 Resepi Aiskrim Oreo Homemade Sedap



Sangat jimat berbanding beli kat kedai tau.


Bahan A:

- 1 1/2 gelas susu cair (saya guna susu Full Cream)

- 1/2 tin susu pekat (ikut kemanisan masing2)

- 1 sudu besar ovalette

- 1 sudu teh esen vanilla


Bahan B:

- 1 paket oreo


Caranya:

- Campurkan kesemua bahan A tadi dan blend sampai gebu

- Asingkan krim oreo dan hancurkan biskutnya sahaja. Ketuk pakai lesung batu pun boleh tapi tak perlu hancurkan sangat sampai lumat ya

- Tuangkan hasil blend tadi ke dalam bekas ais krim (baru la fefeeling ais krim) dan masukkan biskut oreo yang telah dihancurkan. Gaul bagi sebati

- Serbuk-serbuk oreo yang ada, taburkan atas ais krim

- Masukkan ke dalam freezer sampai beku

- Siap!


Selamat mencuba.


Sumber: resepi mama


Kredit:

aneka resepi makanan




Here, I have shared 4 ideas on simple and cheap snacks you can make at college 🥳🥳 




Ingredients for pizza bread:

1. Plain bread

2. Egg

3. Sausages

4. Crabsticks

5. Mozzarella

6. Mayonnaise/Chilli sauce/Ketchup






Ingredients for Loaded Potato Bowl:

{Mashed potato}

1. 2 potatoes

2. 2 tbsp unsalted butter

3. Salt & black pepper

4. 1/3 cup milk

{chicken popcorn}

1. Marinated chicken breast

2. Bestari kentucky flour

3. Some mayonnaise and cheese sauce.



Ingredients for Sausage Rolls:

1. Plain bread

2. Cheese slice

3. Egg

4. Breadcrumbs




Ingredients for Cheesy Twisted Bread:

1. Plain paratha

2. Sausages

3. Mozzarella cheese

4. Mayonnaise

5. Chilli sauce

6. Egg (for egg wash)


#studenthacks #recipeforstudents #simplerecipe #easysnackideas #collegestudent

https://www.facebook.com/share/p/hhjDpeRmerHE7cvE/?mibextid=xfxF2i

Kredit SentiasaLapar via Lemon8








Anem Arnamee 2026 © TERIMA KASIH ♥



click to te top