Biodata Johan Jojo Ghazali (Atlet Muay Thai)

Baru-baru ini, fighter Muay Thai Negara, Johan Ghazali (17 Tahun), hanya memerlukan masa 36 saat (Round 1) untuk melakukan K.O ke atas Edgar Tabares dari Mexico dalam aksi One Fight Night di Bangkok. 

Usia dan pengalaman Tabares yang lebih 10 tahun dari Jojo gagal membantunya kerana Jojo lebih bersedia dalam pertarungan ini. 

Tahniah Johan Ghazali!

Anak muda hebat dan berbakat

Anak kacukan Malaysia dan Amerika Syarikat yang berbakat ini telah memulakan latihan Muay Thai secara serius pada usia seawal 9 tahun.

Jojo yang kini mewakili Kelab Muay Thai Rentap di Sarawak merupakan anak kedua daripada 4 beradik dan kedua ibu bapanya pula memang aktif dalam sukan Muay Thai ini.

Jojo juga merupakan seorang pemuda yang amat komited dan sanggup mengorbankan masa remajanya demi mendapat kejayaan dalam sukan yang diminatinya ini.



Biodata Johan Ghazali

Nama penuh: Muhammad Johan Ghazali Zulfikar

Nama gelaran: Jojo

Ketinggian: 170 cm

Tarikh Lahir: 11 November 2007

Pendidikan: Sebelum ini Jojo bersekolah di SMK St Thomas, Kuching.

Nama Bapa: Zulfikar

Nama Ibu: Jennana Johnson

Kejayaan besar: Berjaya tumpas 2 lawan dengan KO dalam One Championship.


Sumber berita:

https://www.iloveborneo.my

http://sarawaknews.com







0 yang menasihati:

Post a Comment

Untuk kesudian membaca dan memberi berkata-kata - saya berterima kasih.








Anem Arnamee 2024 © TERIMA KASIH ♥



click to te top