Biodata Khairul Aming (KA) - founder Sambal dan Dendeng Nyet



Khairul Aming atau nama sebenarnya Khairul Amin Kamarulzaman, lahir di Kelantan pada 25 September 1992. 

Beliau pernah bersekolah di SMK Ismail Petra di Kelantan, sebuah negeri di Timur Laut Semenanjung Malaysia. 

Sebelum bergelar pempengaruh (influencer), beliau mendapat ijazah dalam kejuruteraan mekanikal di Universiti Vanderbilt di Nashville, Tennessee, Amerika Syarikat.

Menurut Khairul Aming, dia mula mengumpul duit dan berjaya membeli sebuah kamera DSLR (Digital Single Lens Reflex) pertamanya pada usia 21 tahun.

"Daripada situ aku improve ilmu videografi dan aku menang tempat pertama untuk International Travel Video Contest dekat USA," katanya.

Selepas habis belajar dan mendapatkan keputusan cemerlang di Amerika Syarikat pada usia 22 tahun, beliau pulang ke Malaysia dan dapat tawaran bekerja dalam bidang minyak dan gas.

Ketika berusia 24 tahun, Khairulaming keluar dari bidang kejuruteraan dan bertukar pekerjaan dalam sektor logistik.

Malah beliau pernah berkerja dengan Petronas Carigali.

Dalam bidang ni, banyak perkara yang dipelajari seperti urusan perniagaan dan juga kewangan.

Di usianya 25 tahun, beliau berhasrat untuk cari side income dengan mula berjinak-jinak menjual makanan siap pek, baju dan template resume tapi tak buahkan sebarang hasil. 



Kegagalan dalam perniagaan yang dilakukan sebelum ni tak patahkan semangat Khairulaming.

Beliau kemudiannya buat video masakan dan memuat naik di Rasapop.

Perkembangan positif Rasapop buat Khairulaming ambil keputusan untuk jual produk sendiri iaitu sambal.

"Waktu umur 26 tahun, channel 'Rasapop' boom sampai setengah juta pengikut jadi aku buat keputusan untuk jual produk sendiri. Hari-hari balik kerja naik LRT pergi Kampung Baru beli botol dan lada, buat R&D (reseacrh and development), jual.

"Aku ingatkan berjaya... rupanya tak. Semua gagal. Semua saving aku hilang, page 'Rasapop' pun jatuh views, dan aku kena start balik daripada scratch (awal)," kongsinya.


Tapi, rancangannya gagal lagi kerana perniagaan serta duit simpanan mula berkurang. Malah, pengikut Rasapop pun semakin hilang.

Khairulaming terpaksa mula semula dari bawah. 

"Pada umur 28 tahun, hidup aku berubah lagi sekali sebab aku ingatkan dengan kejayaan yang ada ni, aku boleh ubah hidup keluarga aku, ayah aku.

"Tapi umur dia (ayah) tak panjang, kami berpisah di sini dan aku ambil keputusan untuk keluar daripada bidang oil and gas," kongsinya.

Sehinggalah beliau beralih ke Instagram dan tiktok untuk membuat konten masakan dan sekaligus mengukuhkan personal branding.

Dengan aktif membina "personal branding" beliau yang unik seperti 30 hari 30 masakan ketika bulan puasa. 

Pemilihan niche yang kita pakar dalam satu bidang membuatkan kredibiliti kita meningkat di mata pengguna media sosial.

Tagline “Hey, Whats Up Guys?" yang mudah ingat membuatkan kita mesti kenal ini Khairulaming. 

Khairulaming kini mempunyai dua buah kilang untuk menghasilkan Sambal Nyet gara-gara permintaan yang terlalu tinggi.

Untuk tahun 2023 sahaja, Sambal Nyet Khairulaming berjaya dijual sebanyak RM 20 juta. Sememangnya pencapaian yang sangat mengagumkan. 

Selepas 3 tahun Sambal Nyet dilancarkan di pasaran, Khairulaming ambil keputusan untuk keluarkan produk kedua beliau iaitu Dendeng Nyet Berapi dan ia laris dijual 80 ribu unit dalam masa 3 minit 39 saat sahaja (mencatatkan jualan sebanyak RM 1.2 juta)!

Terkini, di Shopee - dalam masa 2 minit, 40 ribu dendeng terjual dengan sales sebanyak RM 599,600. 

Khairulaming buat RND selama setahun sebelum betul-betul keluarkan produk kedua beliau ini. 

Masa menang anugerah Creator of The Year, 

dalam ucapan Khairul Aming siap pesan 

“Kepada anak muda yang nak jadi content creator, teruskan pembelajaran walaupun nak jadi content creator. Kena ingat, jadi content creator bukan sekadar untuk viral.

Untuk relevan lama dalam industri, perlu banyak pengetahuan, critical thinking, problem solving, ada adab, ada common sense. Habiskan pelajaran dan jadilah pelapis content creator yang bagus, yang boleh majukan negara kita Malaysia.”

"Sekarang Sambal Nyet dah ada dua kilang. Selain itu aku nak jumpa anda semua yang support aku selama ni, aku nak banyakkan meet up.

"Untuk reward diri sendiri, pada umur 30 tahun ni aku nak banyakkan travel... aku nak explore dunia luar dan nak buat banyak content yang best.

"Terima kasih guys kerana menjadi sebahagian daripada perjalanan dan aku nak berterima kasih kepada diri aku sebab tak give up untuk mencapai impian," kongsinya.



12 perkara kita boleh belajar daripada kejayaan Khairul Aming:

- Jadi seorang yang memberi nilai dan manfaat
- Jadi original
- Jangan berputus asa (gagal, bangkit semula) 
- Kongsikan cerita anda (sebagai nasihat, motivasi) 
- Tidak perlu (terlalu) bersuara (hal tak berkaitan) 
- Kejayaan sebenar memerlukan masa 
- Menguasai kemahiran menyelesaikan masalah 
- Jangan menolak pendidikan formal (habiskan belajar dan sedar ilmu itu penting) 
- Jangan viral hal yang bukan-bukan
- Jadilah influencer yang baik dan bertujuan
- Selalu berkongsi ilmu dan rezeki (tidak kedekut)
- Jaga perkataan dan pergaulan (membina hubungan baik dengan kawan-kawan dan pembeli) 

0 yang menasihati:

Post a Comment

Untuk kesudian membaca dan memberi berkata-kata - saya berterima kasih.








Anem Arnamee 2024 © TERIMA KASIH ♥



click to te top