Resepi Rendang Daging Khairul Aming (2 Kilo)
Resepi Resepi Rendang Ayam Khairul Aming (1 Ekor Ayam)
Resipi Rendang Ayam Khairul Aming menggunakan bahan kisar utama bawang merah, serai, halia, lengkuas, kunyit hidup, dan cili kering. Ia dimasak dengan 1 ekor ayam, santan, kerisik, daun limau purut, dan daun kunyit sehingga pecah minyak. Rasanya seimbang antara lemak santan, pedas, dan aroma daun kunyit yang kuat.
(SUMBER: Faris Hazman https://x.com/i/status/1904116485737660740)
Berikut adalah butiran resipi Rendang Ayam Khairul Aming:
Bahan Kisar:
4 biji bawang merah
4 batang serai
1 ibu jari halia
1 ibu jari lengkuas
4 ulas bawang putih
1 kunyit hidup
Segenggam kecil cili kering (direbus)
Sedikit air
Bahan Tumis & Masak:
1 ekor ayam (dipotong)
1 kotak santan (200ml)
2 sudu setengah kerisik
4 helai daun limau purut
2 helai daun kunyit (dihiris)
2 asam keping
Gula melaka, garam, dan serbuk perasa secukup rasa
Cara Memasak:
Kisar semua bahan kisar dan tumis sehingga pecah minyak.
Masukkan ayam dan gaul rata sehingga ayam berubah warna.
Masukkan santan dan asam keping. Biar mendidih.
Tambahkan kerisik, daun limau purut, dan daun kunyit.
Perasakan dengan gula melaka, garam, dan serbuk perasa.
Masak dengan api perlahan sehingga rendang kering dan pecah minyak.
Resipi ini sangat sesuai untuk hidangan raya atau juadah berbuka puasa.
Resepi Puding Karamel Khairul Aming (Caramel Puding)
Rembayung; restoren pertama Khairul Aming
- Restoran tersebut menandakan peralihan KA dari dunia digital ke dunia perniagaan offline selepas 10 tahun, turut mengambil 50 anak muda tempatan bekerja tanpa mengetahui pemilik sebenar.
- Reaksi positif peminat dan warga maya terhadap konsep serta hidangan makanan ala kampung di Rembayung, dengan pelbagai ulasan baik daripada netizen, menunjukkan antusiasme yang tinggi terhadap pembukaan restoran ini.
- Konsep by reservation sahaja (tiada walk-in)
- Parking sekitar kawasan Kampung Baru.
- Tempahan makanan menggunakan borang fizikal
- Surau disediakan, saiz kecil
- Mesra OKU
- Mesra kanak-kanak
- Julat harga sederhana (tak terlalu murah, tak terlalu mahal)
- Mudah akses dengan monorel & pengangkutan awam lain
- Tiada private event diterima buat masa ini
- Had masa dine-in: 1 jam 50 minit
- Semua staf warganegara Malaysia
- Kapasiti maksimum 250 orang pada satu-satu masa
- Fasa awal pembukaan: hanya 50% slot reservation akan dibuka dahulu.
Google Maps: https://maps.app.goo.gl/5W86vFgr4AbbYq2z7
48, Jalan Daud, Kampung Baru, 50300 Kuala Lumpur, Wilayah Persekutuan Kuala Lumpur
Laman Web Rasmi: https://rembayung.com/
Antara sumber berita
Keretapi Sarong 2024 Bangga Malaysia
Dah ready sarong belum?
#keretapisarong24 kembali lagi dengan tema "Bangga Malaysia" pada 14 September ini (Sabtu).
Maklumat lanjut boleh ke: https://www.locco.com.my/keretapisarong/
Pakaian:
Tradisional (pelbagai etnik boleh) dan tak lari daripada tema Bangga Malaysia.
(Boleh rujuk: https://x.com/Fawaa___)
ASAL USUL KERETAPI SARONG
Tahukah Anda …?
Keretapi Sarong bermula sebagai flash mob pada 2017 dengan hanya 50 peserta, dan sekarang dah berkembang jadi acara tahunan besar-besaran!
Dari KL hingga ke London, ribuan rakyat Malaysia turun padang pakai sarong sambil naik tren. Sarong bukan sekadar pakaian tradisional – tetapi, simbol perpaduan kita.
Lebih menarik, acara ini galakkan penggunaan pengangkutan awam, kurangkan jejak karbon.
Tradisi, gaya dan semangat Malaysia, semuanya dalam satu acara!
Apa yang perlu dibawa untuk join acara Keretapi Sarong ini? Antaranya:-
- Mini perfume
- Mini Fan
- Payung lipat/payung baba nyonya
- Bendera Malaysia, ini tempat tertentu sahaja dia bagi free
- Powerbank
- Tisu for lap peluh
- Tumblr/botol air (penting)
- Duit/digi cam/camera/tripod
Rakan strategik utama dan media rasmi
Selain di Lembah Klang, di negeri lain juga ada dianjurkan acara Keretapi Sarong ini.
Sumber gambar: https://x.com/MaticMY
KERETAPI SARONG KELATE
Pantai Ndo, Tumpat
KERETAPI SARONG JOHOR (JB)
X HAB HAB HOORAY
Persada International Convention Centre, JB
KERETAPI SARONG KUANTAN, PAHANG
Kuantan Street Art
KERETAPI SARONG BUKIT MERTAJAM, PULAU PINANG
KERETAPI SARONG ALOR SETAR, KEDAH
Stesen Keretapi Lama
KERETAPI SARONG IPOH, PERAK
Stesen Keretapi, Ipoh
Biodata Khairul Aming (KA) - founder Sambal dan Dendeng Nyet
Khairul Aming atau nama sebenarnya Khairul Amin Kamarulzaman, lahir di Kelantan pada 25 September 1992.
Beliau pernah bersekolah di SMK Ismail Petra di Kelantan, sebuah negeri di Timur Laut Semenanjung Malaysia.
Sebelum bergelar pempengaruh (influencer), beliau mendapat ijazah dalam kejuruteraan mekanikal di Universiti Vanderbilt di Nashville, Tennessee, Amerika Syarikat.
Menurut Khairul Aming, dia mula mengumpul duit dan berjaya membeli sebuah kamera DSLR (Digital Single Lens Reflex) pertamanya pada usia 21 tahun.
"Daripada situ aku improve ilmu videografi dan aku menang tempat pertama untuk International Travel Video Contest dekat USA," katanya.
Selepas habis belajar dan mendapatkan keputusan cemerlang di Amerika Syarikat pada usia 22 tahun, beliau pulang ke Malaysia dan dapat tawaran bekerja dalam bidang minyak dan gas.
Ketika berusia 24 tahun, Khairulaming keluar dari bidang kejuruteraan dan bertukar pekerjaan dalam sektor logistik.
Malah beliau pernah berkerja dengan Petronas Carigali.
Dalam bidang ni, banyak perkara yang dipelajari seperti urusan perniagaan dan juga kewangan.
Di usianya 25 tahun, beliau berhasrat untuk cari side income dengan mula berjinak-jinak menjual makanan siap pek, baju dan template resume tapi tak buahkan sebarang hasil.
Kegagalan dalam perniagaan yang dilakukan sebelum ni tak patahkan semangat Khairulaming.
Beliau kemudiannya buat video masakan dan memuat naik di Rasapop.
Perkembangan positif Rasapop buat Khairulaming ambil keputusan untuk jual produk sendiri iaitu sambal.
"Waktu umur 26 tahun, channel 'Rasapop' boom sampai setengah juta pengikut jadi aku buat keputusan untuk jual produk sendiri. Hari-hari balik kerja naik LRT pergi Kampung Baru beli botol dan lada, buat R&D (reseacrh and development), jual.
"Aku ingatkan berjaya... rupanya tak. Semua gagal. Semua saving aku hilang, page 'Rasapop' pun jatuh views, dan aku kena start balik daripada scratch (awal)," kongsinya.
Tapi, rancangannya gagal lagi kerana perniagaan serta duit simpanan mula berkurang. Malah, pengikut Rasapop pun semakin hilang.
Khairulaming terpaksa mula semula dari bawah.
"Pada umur 28 tahun, hidup aku berubah lagi sekali sebab aku ingatkan dengan kejayaan yang ada ni, aku boleh ubah hidup keluarga aku, ayah aku.
"Tapi umur dia (ayah) tak panjang, kami berpisah di sini dan aku ambil keputusan untuk keluar daripada bidang oil and gas," kongsinya.
Sehinggalah beliau beralih ke Instagram dan tiktok untuk membuat konten masakan dan sekaligus mengukuhkan personal branding.
Dengan aktif membina "personal branding" beliau yang unik seperti 30 hari 30 masakan ketika bulan puasa.
Pemilihan niche yang kita pakar dalam satu bidang membuatkan kredibiliti kita meningkat di mata pengguna media sosial.
Tagline “Hey, Whats Up Guys?" yang mudah ingat membuatkan kita mesti kenal ini Khairulaming.
Khairulaming kini mempunyai dua buah kilang untuk menghasilkan Sambal Nyet gara-gara permintaan yang terlalu tinggi.
Untuk tahun 2023 sahaja, Sambal Nyet Khairulaming berjaya dijual sebanyak RM 20 juta. Sememangnya pencapaian yang sangat mengagumkan.
Selepas 3 tahun Sambal Nyet dilancarkan di pasaran, Khairulaming ambil keputusan untuk keluarkan produk kedua beliau iaitu Dendeng Nyet Berapi dan ia laris dijual 80 ribu unit dalam masa 3 minit 39 saat sahaja (mencatatkan jualan sebanyak RM 1.2 juta)!
Terkini, di Shopee - dalam masa 2 minit, 40 ribu dendeng terjual dengan sales sebanyak RM 599,600.
Khairulaming buat RND selama setahun sebelum betul-betul keluarkan produk kedua beliau ini.
Masa menang anugerah Creator of The Year,
dalam ucapan Khairul Aming siap pesan
“Kepada anak muda yang nak jadi content creator, teruskan pembelajaran walaupun nak jadi content creator. Kena ingat, jadi content creator bukan sekadar untuk viral.
Untuk relevan lama dalam industri, perlu banyak pengetahuan, critical thinking, problem solving, ada adab, ada common sense. Habiskan pelajaran dan jadilah pelapis content creator yang bagus, yang boleh majukan negara kita Malaysia.”
"Sekarang Sambal Nyet dah ada dua kilang. Selain itu aku nak jumpa anda semua yang support aku selama ni, aku nak banyakkan meet up.
"Untuk reward diri sendiri, pada umur 30 tahun ni aku nak banyakkan travel... aku nak explore dunia luar dan nak buat banyak content yang best.
"Terima kasih guys kerana menjadi sebahagian daripada perjalanan dan aku nak berterima kasih kepada diri aku sebab tak give up untuk mencapai impian," kongsinya.
Beli produk sambal dan dendeng Khairul Aming di sini - https://shope.ee/9A0Pd0VsFZ
Sumber:
https://twitter.com/richardker/
https://twitter.com/ameydeen_/
https://twitter.com/thepatriotsasia/
Keputusan penuh pemenang Tiktok Awards MY (Malaysia) 2023
Pada 27 Ogos 2023 lalu telah berlangsungnya Anugerah Tiktok Malaysia (Tiktok Awards MY) dengan gilang gemilang di TV3. Dihostkan oleh Sherry Alhadad, Izzue Islam dan Amelia Henderson.
Berikut adalah pemenang untuk 13 anugerah dipertandingkan.
🏆 TikTok Shop Creator of the Year
💫 Anas Zahrin💫
🏆 Best of Foodie
👩🍳 Syifa Jamill 👩🍳
Congratulations Kkhalish 💪
🏆 Best of Sports
🏆Best of Gaming
🎮 Sultan Riq 🎮
🏆 Best of Education
📚 cikgu Sir Asai 📚
🏆 Best of Beauty and Fashion
💄 Shahira Azlan 💄
"Saya nak ambil kesempatan untuk bagi satu ucapan untuk anak-anak muda di luar sana yang nak jadi content creator, adik-adik yang masih bersekolah teruskan pembelajaran. Walaupun awak nak jadi content creator, awak kena ingat jadi content creator bukan sekadar untuk viral okay?Untuk relevan lama dalam industri yang awak perlukan banyak pengetahuan - critical thinking, problem solving, ada adab, ada common sense, okay? Jadi habiskan pembelajaran dan jadilah pelapis content creator yang bagus yang boleh majukan negara kita Malaysia, okay? Selamat hari merdeka semua. Terima kasih. Assalamualaikum."
- Khairul Aming
Resepi Daging Dendeng Khairul Aming
Menurut Khairul Aming, ramai yang request resepi daging dendeng ini. Perfect untuk makan hari raya nanti. Tapi kalau nak masak terus malam ni pun boleh jugak sebab sedap.
Bahan-bahan Daging Dendeng:
1 kg daging (direbus 45 minit)
4 btg serai Halia sebesar ibu jari
4 biji bawang merah
6 ulas bawang putih Segenggam cili kering yang direbus
3 helai daun limau 1 cawan kicap manis Garam 6 cili padi merah
Gula
Ajinomoto
Sedikit asam jawa
![]() |
| Klik gambar untuk resepi lebih jelas |
Sumber gambar: https://twitter.com/FarisHzmn




































.jpeg)
















