Biodata Puteri Khareeza (penyanyi dan pelakon)



Puteri Khareeza dilahirkan dan dibesarkan di Kampung Datuk Keramat, Kuala Lumpur dan merupakan anak bongsu daripada 2 beradik. Beliau sedang melanjutkan pengajian ijazahnya dalam jurusan Undang-undang di Universiti Teknologi MARA (UiTM) (2024, tahun akhir). 

Biodata Puteri Khareeza:

Nama penuh: Puteri Aszfaryna Khareeza binti Arif 

Tarikh Lahir: 17 April 1998 (umur 26)

Asal: Kampung Datuk Keramat, Kuala Lumpur, Malaysia

Status: Sudah Berkahwin (pada 24022024) dengan seorang ahli perniagaan bernama Mohd Shukor Kamaruddin (berumur 35 tahun).

Pendidikan: Ijazah Jurusan Undang-Undang, Universiti Teknologi MARA (UiTM)

Pekerjaan: Pelakon, penyanyi, penulis lirik

Tahun aktif: 2008–2011

                        2019–kini

Media sosial: Instagram @puterikhareeza 

                         Tiktok @puterikhareeza 


Latar Belakang Puteri Khareeza 


1. Menyanyi sejak usia tujuh tahun.

2. Mendapat pendidikan di Sekolah Menengah Kebangsaan (SMK) Pandan Jaya, Selangor.

3. Aktif dalam bidang hiburan sejak tahun 2008. 

4. Bakat seni Puteri turut dikesan melalui pertandingan nyanyian, Bintang Kecil RTM sewaktu berusia 7 tahun (2008).

5. Watak lakonan pertamanya adalah sebagai Fatin dalam Kapten Boleh (2009).

6. Merupakan pemenang naib juara pertandingan Idola Kecil Musim 3 (2010), bersaing dengan penyanyi-penyanyi muda berbakat besar seperti Elica Paujin, Harris Alif dan Hadi Mazlan.

7. Sewaktu kecil dia pernah mengangkat tagline yang berbunyi "Puteri selalu steady".

8. Kebolehannya yang lain merangkumi dalam bidang tarian dan bermain piano.

9. Mencontohi mutu lakonan aktor Remy Ishak dan Nabila Huda yang dijadikan sebagai rujukan dan idolanya.

10. Berjaya meloloskan diri ke peringkat akhir Lagu Cinta Kita musim ketiga (LCK3) 2021 bersama rakan duet, Pasya (Faizul Ashraf) lantas meraih tempat ketiga.

11. Menyumbangkan suara dalam runut bunyi drama bersiri, Melur Untuk Firdaus  (2022) berjudul Duka Sebalik Tawa dan berjaya mendapat 3.5 juta tontonan di laman Youtube. Kini telah menyanyi untuk beberapa runut bunyi lain termasuk untuk filem Anak Perjanjian Syaitan 2 - lagu bertajuk Murka Atau Cinta. 

12. Juga bergerak secara berkumpulan bersama band Venus yang dikenali dengan lagu-lagu popular seperti Sakitnya Hati dan Maafkan Aku. Band ini terdiri daripada Puteri (vokalis), Adi (pemain gitar), Ayoy (pemain bes), Hafis Dot (pemain dram) dan Lan (pemain gitar utama).

13. Puteri pernah menggantikan Hafiz Suip bagi menyanyikan lagu Takluk Cinta pada Separuh Akhir Muzik Muzik (SFMM) Ke 37.

14. Pernah ditampilkan sebagai model dalam muzik video lagu nyanyian usahawan kosmetik yang viral, Ahmad Iqbal Zulkefli berjudul Hujan.



Sedikit Trivia berkaitan Puteri Khareeza:

Puteri tidak minum air manis sejak bertahun dan hanya minum air putih atau air masak. Mengidamkan watak hantu/seram, dan berjaya mendapatnya pada 2023. Kini jika ditanya ingin berlakon dengan siapa - pelakon lelaki pilihannya adalah Beto Kusyairi dan Syafiq Kyle. Manakala penyanyi, beliau teringin berduet dengan Judika. 


REALITI TV


IDOLA KECIL 3

Puteri Khareeza ialah salah seorang daripada 10 peserta Idola Kecil musim ketiga yang turut disertai oleh Harris Alif, Hadi Mazlan dan Elica Paujin. Beliau dinobatkan sebagai naib juara di belakang Harris. 

LAGU CINTA KITA 3

Pada tahun 2021, Puteri Khareeza digandingkan bersama Pasya Fauzi sebagai pasangan duetnya dalam Lagu Cinta Kita musim ketiga. Mereka mendapat tempat ketiga. 

BIG STAGE 2023

Pada tahun 2023, Puteri Khareeza terpilih sebagai salah seorang daripada 13 peserta Big Stage musim kelima. Beliau mendapat tempat keenam. 


Lagu Popular Puteri


Filemografi


Drama

• 2009: Kapten Boleh (Fatin, Astro Ceria) 

• 2019: Diari Ramadhan Rafique Reunion (Zara, TV3)

• 2020: Alergi Mamat Romantik (TV Okey)

• 2021: Hari Kita Jatuh Cinta (Aishah, Awesome TV)

• 2022: Air Mata Allisya (Maria, TV9)

• 2023: 

  • Kau? C.E.O Aku? (Hanim, TV1)
  • 4 Musim Cinta (Erin TV Okey) 
  • Segenap Takdir (Azlin TV3) 
  • Melastik Ke Hatimu 2 (Syasya TV3) 
  • Nak Dengar Cerita Hantu? (Aira, UNIFI TV) 
• 2024: 
  • Wanita Syurga (TBA) 
  •  Racun Rihanna (TBA) 

Telefilem

• 2023: Hari-Hari Terakhir Seorang Pendosa (Che Dah, TV3)

• 2024: Pelangi Yang Indah (TBA) 

Filem:

• 2024 - Lentera Dosa (TBA) 


Diskografi


Lagu Solo

• 2022: "Duka Sebalik Tawa" (OST Melur Untuk Firdaus)

• 2023: 

  • Helah (OST Haloba) 
  • Murka Atau Cinta (OST Anak Perjanjian Syaitan 2) 

Lagu Berkumpulan (VENUS) 


  • Sakitnya Hati (2020)
  • Maafkan Aku (2022)
  • Oh Angin (2023) 
  • Ria Ramadhan (2024)  (TBA) 

Anugerah dan Pencalonan

• 2023: Anugerah Bintang Popular Berita Harian ke-35 

(Top 5 BBNU Wanita Popular) 


Semoga maju jaya buat Puteri Khareeza. Moga ada rezeki untuk lagu Puteri lebih dikenali dan lakonan Puteri lebih berjaya lagi. Insya-Allah. Jangan putus asa! Steady! 



Sumber:

https://www.azhan.co

https://iluminasi.com/

https://ms.wikipedia.org/







0 yang menasihati:

Post a Comment

Untuk kesudian membaca dan memberi berkata-kata - saya berterima kasih.








Anem Arnamee 2024 © TERIMA KASIH ♥



click to te top