Salam. Hai. Saya Anem Arnamee. Terima kasih sudi datang, membaca mahupun berkongsi artikel blog ini. Maaf jika ada kekurangan & teguran amat dialu-alukan. Moga yang baik-baik selalu untuk kalian semua. Insya-Allah.

- Jika anda mahu sebarang kolaborasi/pengiklanan (review/ruang iklan) di blog ini boleh rujuk page ini.
- Jika ada pertanyaan lain, boleh mesej di facebook ANEM ARNAMEE atau e-melkan ke arnamee (at) gmail.com.

Bertrand Rhodict wakil tunggal Terjun Malaysia ke Olimpik Paris 2024


Malaysia Swimming pasrah hanya Bertrand Rhodict Lises (berumur 19 tahun pada tahun ini), layak ke Sukan Olimpik Paris mewakili kem terjun negara. 

Penerjun muda Bertrand Rhodict Lises muncul penerjun tunggal yang layak secara merit ke Sukan Olimpik 2024 menerusi acara 10 meter platform individu lelaki.

Beliau layak menerusi Kejohanan Dunia di Fukuoka, Jepun, tahun lepas. 

Sejak edisi 2000, Malaysia mempunyai sekurang-kurangnya tiga wakil dalam sukan terjun, manakala edisi London 2012 dan Rio 2016 masing-masing enam dan tujuh penerjun.

Selain Bertrand, hanya empat atlet lain yang telah layak iaitu pemanah recurve wanita Ariana Nur Dania Zairi, Nur Shazrin Latif (pelayaran wanita), Nur Aisyah Mohamad Zubir (berbasikal lebuh raya wanita), dan Johnathan Wong (menembak lelaki), manakala atlet-atlet lain masih dalam proses melayakkan diri.

Temasya Olimpik 1960 Rom dan 1988 Seoul mencatatkan penyertaan paling rendah bagi Malaysia apabila hanya masing-masing sembilan atlet negara beraksi, manakala 62 atlet beraksi di temasya Tokyo 1964. 








Selamat maju jaya buat Bertrand Rhodict dan semua atlet Malaysia untuk Olimpik dan kelayakan nanti. MALAYSIA BOLEH! 


Sumber: https://www.astroawani.com





0 yang menasihati:

Post a Comment

Untuk kesudian membaca dan memberi berkata-kata - saya berterima kasih.








Anem Arnamee © TERIMA KASIH ♥



click to te top