Hukum Puasa Sunat Selepas 15 Syaaban


Perihal dan hukum berpuasa sunat selepas 15 Syaaban


1- Secara umumnya, berpuasa sunat adalah dibolehkan 

2- Berpuasa pada 16 - 30 Sya'ban adalah diharamkan berpuasa sunat padanya. Syeikh Dr Muhammad al-Zuhaili nyatakan : 

يحرم إفراد النصف الثاني من شعبان بالصيام تطوعا 

"diharamkan bertunggalan dalam berpuasa sunat pada separuh kedua bulan Sya'ban" 


3- Namun jika seseorang itu sudah biasa berpuasa sebelum itu, maka dibenarkan baginya berpuasa sunat walau setelah 15 Sya'ban. Di dalam kitab yang sama : 

أما إذا وافق عادة للصائم أو وصل صيامه بما قبل النصف الثاني من شعبان فيصح 

"adapun jika berselari adat seorang yang berpuasa atau telah sampai puasanya kepada separuh kedua dari bulan Sya'ban, maka puasanya sah" 


4- Adapun bagi puasa qadha yang mana hukumnya adalah wajib, maka tiada masalah untuk meneruskannya kerana puasa itu wajib diganti 

5- Sebahagian ulama' menyatakan tidaklah haram untuk kita berpuasa sunat pada 16 - 30 Sya'ban, cuma makruh. Namun apabila ulama' berkhilaf tentang suatu hukum antara makruh dan haram, maka utama kita meninggalkannya 


Wallahu a’lam 


Sumber:

https://t.me/TheGardenofAlQuran


0 yang menasihati:

Post a Comment

Untuk kesudian membaca dan memberi berkata-kata - saya berterima kasih.








Anem Arnamee 2024 © TERIMA KASIH ♥



click to te top