Soal jawab berkaitan Puasa Ganti dan Fidyah.
FAQ Ganti & FIdyah
Soal Jawab Puasa ganti dan Puasa Qada'
1- Bolehkah puasa ganti hari jumaat?
J: Puasa ganti pada hari jumaat adalah dibolehkan. Berbeza dengan puasa sunat, maka ini ada perbincangan yang lebih lanjut, saya ada tulis di sini: https://x.com/Muzuzxck/status/1660620647138230273?s=20
2- Bolehkah puasa ganti pada bulan Rejab & Sya'ban?
J: Boleh dan mesti kita percepatkan ganti puasa itu sebelum tibanya Ramadan akan datang
3- Adakah mesti diniatkan pada waktu malam atau waktu sahur untuk puasa ganti?
J: Ya, dalam mazhab Shāfiʿī, niat bagi puasa yang wajib mesti diniatkan pada waktu malam atau sebelum masuknya waktu subuh. Puasa ganti termasuk dari puasa yang wajib, maka mesti diniatkan pada waktu malam sebelumnya, paling akhir adalah sebelum waktu subuh masuk.
Berbeza dengan puasa sunat yang dibenarkan untuk kita berniat (jika masih belum buat perkara membatalkan) selagi masih belum masuk waktu zohor.
4- Bolehkah gabung puasa ganti dengan puasa hari Isnin atau sunat-sunat yang lain?
J: Boleh, namun lebih utama dan afdhal adalah DIASINGKAN antara puasa ganti dan sunat
5- Bolehkah berbuka puasa tanpa keuzuran ketika puasa ganti?
J: Tidak boleh berbuka puasa tanpa keuzuran ketika puasa ganti kerana termasuk puasa wajib, maka tidak boleh dibatalkan puasa wajib sewenangnya, bahkan dimasukkan dalam kategori dosa besar menurut Shaykh Zakariyyā al-Anṣārī.
6- Bolehkah puasa ganti selepas 15 Sya'ban?
J: Boleh dan mesti dia puasa ganti walaupun setelah 15 Sya'ban, tiada halangan buatnya.
Wallahu a'lam.
Rujukan dan pautan asal:
https://t.me/TheGardenofAlQuran
0 yang menasihati:
Post a Comment
Untuk kesudian membaca dan memberi berkata-kata - saya berterima kasih.