Lirik lagu Kau Tetap Dalam Anganku - Reedzwan (Cover)

Lagu asal oleh Azie. Dinyanyikan semuala oleh Reedzwan. 



Sekilas ku teringat

Detik-detik yang lepas

Indahnya perkasihan

Semacam ku rasakan

Tak sanggup rasanya

Sesaat ditinggalkan


Dan seboleh-bolehnya

Ku ingin mengikutmu

Walau ke lurah dalam

Aku sanggup tenggelam

Demi kerana sayang

Apa jua kurela

Jiwa dan raga


Engkau saja yang sentiasa

Bermain di fikiran

Tiap masa dan ketika

Tak terlintas di hati ini

Untuk curang kepadamu

Oh kekasih


Aku berharap pendirian engkau juga

Sama-sama pertahankan kesetiaan

Walau diacu belati tajam mengugutku

Cinta aku kasih aku tetap untukmu

Himgga ke mati

Hanya itu mampu ku beri


Tersentak lamunan

Bila diri ini disentuh

Oleh seseorang

Ku cuba damaikan

Hati yang kian berkocak

Agar perasaan sedihku ini

Tidak nampak


Di pusara ini

Ku sedia berdiri

Bersama doa-doa

Tak putus kuhulurkan

Itulah tanda kasih... kasih

Kasih yang sebenar


Wajah dan senyum mu

Sentiasa kuangankan

Aduhai sayang….




0 yang menasihati:

Post a Comment

Untuk kesudian membaca dan memberi berkata-kata - saya berterima kasih.








Anem Arnamee 2024 © TERIMA KASIH ♥



click to te top