Lirik lagu Jangan Risau - Aniq Muhai ft Adnin Roslan





Ku mula pening kepala lagi

Fikiran kusut ku kembali

Memikirkan itu dan ini

Masih tak ku jumpa solusi


Duit harta ku tak banyak mana

Jodoh pula tak kunjung tiba

Takut-takut tak sempat nikah

Ajal pula datang menjelma


Aku tak tahu

Apa kan berlaku

Risau dan buntu

oh bantu diriku

ku Takut tak mampu

hadapi semua itu

kerna aku tertanya-tanya

apa yang ada di hujung cerita


Kau perlu tenang Jangan risau

Senyumlah usah risau

Andainya engkau risau

Yakinlah tuhan itu ada

Tenang-tenang

Melangkah dengan tenang 

Tenang kau pasti menang

Yakinlah tuhan bersamamu


Suara-suara bisikan hadir

Agarku takut dan risau lagi

Ku perlahan-lahan meninggalkan tawa

Bayangan kegagalan menjelma


Sebenarnya ku tak menangis

Kerna sakit yang tak mampu ku tepis

Tapi aku menangis hanya kerana

ku tak kenali siapa diriku sebenarnya


Kini mentari hilang sinar mengejar dunia

Ku cari erti apa tujuan aku dicipta

Diriku pening 

Kepala runsing

Kembali ku sujud 

Minta panduan dari yang maha esa


Walau diri penat dan kini aku lelah

berlari mengejar dunia semua fana

Jatuh rebah bangkit semula

Walau apa pun ku cuba


Kau perlu tenang Jangan risau

Senyumlah usah risau

Andainya engkau risau

Yakinlah tuhan itu ada

Tenang tenang

Melangkah dengan tenang 

Tenang kau pasti menang

Yakinlah tuhan bersamamu


Di dalam sebuah pelayaran hidup

Akhirnya ku mula fahami

Ku perlu sangka baik

Pada takdir ilahi

Tak perlu takut lagi

Pada sesuatu yang masih belum terjadi





0 yang menasihati:

Post a Comment

Untuk kesudian membaca dan memberi berkata-kata - saya berterima kasih.








Anem Arnamee 2024 © TERIMA KASIH ♥



click to te top