Resepi Baked Potato Skin

 



Baked potato skin

By Keroroyz Royz


Bahan-bahan buat Baked Potato Skin


  • 4 biji kentang saiz besar (russet potato)
  • 200g Sosej /isi ayam/daging panggang dicincang
  • 60g cendawan butang (panggang 3min 160c) dicincang
  • 4 sdm cream of mushroom soup / sos carbonara 
  • 1 cawan parutan keju cheddar utk ditabur
  • Garam secukup rasa




Cara membuat Baked Potato Skin

1. Bersihkan kentang dengan berus di bawah aliran air, kemudian keringkan dengan tuala & cucuk-cucuk dengan pisau/garfu pada kulit kentang

2. Lumurkan sdikit garam & minyak, gunakan Air Fryer/bakar dalam oven pada suhu 200c selama 45min. Jika rebus tak perlu lumurkan mnyak & garam. Rebus selama 45min juga 

3. Setelah kentang sejuk, potong separuh & ceduk keluar isinya sehingga menjadi seperti sampan, tinggalkan setebal 1/4 isi kentang, ketepikan isi kentang

4. Inti : Di dalam mangkuk yang sesuai lecek isi ubi kentang hingga halus. Tambahkan sup cendawan/sos carbonara, cendawan cincang, sosej/isi ayam & garam secukup rasa. Gaul rata

5. Masukkn inti ke dalam setiap sampan/kulit kentang. Jika ada lebihan sosej/inti ayam, taburkan keatas kentang. Akhir sekali taburkan parutan keju cheddar 

6. Panaskan panas pada suhu 170c dan bakar selama 5-6 minit sahaja atau hingga keju cair keperangan. Hidangkan bersama sour cream


📝 Russet potato lembut sikit dari kentang biasa. Jadi masa memasak lebih singkat dari guna kentang biasa. Boleh olah inti ikut selera memasing. Simpan dlm bekas kedap udara & frozenkan. Bangun pagi gunakan Air fryer/panaskan saja. SELAMAT MENCUBA. 



Resepi asal oleh:

Keroroyz Royz






1 yang menasihati

Untuk kesudian membaca dan memberi berkata-kata - saya berterima kasih.








Anem Arnamee 2024 © TERIMA KASIH ♥



click to te top