Resepi Cream Puff





Resepi: Bahan-bahan buat Cream Puff


Bahan-bahan untuk krim kastard: 

1 ¼ cawan/313ml susu full cream

2 biji kuning telur/1 biji telur

1/4 cawan/55g gula

1 sudu besar/8g tepung gandum/tepung kastard

3 sudu besar/24g tepung jagung

¼ sudu kecil garam

1 sudu kecil esen vanila

2 sudu besar/28g unsalted butter/marjerin pon boleh

1 cawan/240g non-dairy whipping cream/fresh cream


Cara-cara

Masak semua bahan Kastard ke dalam periuk dan kacau dengan api perlahan sehingga pekat. Tutup bahagian atas dgn plastik. Sejukkan ke dalam chiller.

Putar whipping cream sehingga kental dan masukkan kastard. Mixer sebati. 


Bahan-bahan untuk choux pastry:

1 cawan/250g air

¼ cawan/56g butter/marjerin 

¼ sudu kecil garam

1 sudu kecil esen vanila

1 sudu besar/12g gula

1 cawan/125g tepung gandum

3 hingga 4 biji telur saiz B 

NOTA: Boleh gandakan resepi choux pastry, sebab cream tu banyak cukup untuk 2 adunan.


Cara-cara buat Creampuff

Didihkan air, marjerin/butter dan gula sampai menggelegak. Pastikan butter semua dah cair elok. Kemudian masukkan tepung gandum. 

Kacau laju-laju sampai terhasil kerak nipis keliling kuali. Masa ini bancuhan tadi akan jadi mcm doh tau. Tutup api.

Biarkan sampai sejuk atau suam-suam kuku.

Masuk telur satu persatu, mix sebati.

Paipkan dalam tray, bakar suhu 200-220c dm 30 minit. Ikut oven masing-masing ya. 

Nak tahu creampuff jadi ke tak, pastikan berongga di dalam dan bila masak tak kecut semula. Kena try & error oven masing-masing.

Sejukkan, gunting dan paipkan filling tadi. Nak cantik boleh tabur snow powder tapi bukan gula aising ya. 


Sumber: Tuan Adriana Arissa



0 yang menasihati:

Post a Comment

Untuk kesudian membaca dan memberi berkata-kata - saya berterima kasih.








Anem Arnamee 2024 © TERIMA KASIH ♥



click to te top