Mengenali ciri individu toksik & Tempat Kerja Toksik?


Individu yang toksik:

Individu yang toksik ini, kehadiran mereka memberi aura negatif kepada persekitaran termasuk di tempat kerja.

❗️Mereka ini merasakan diri mereka lebih superior (lebih baik) dan merendah rendahkan keupayaan orang lain.

❗️Sikap tidak profesional mereka selalu mencetuskan konflik walaupun untuk perkara perkara kecil. 

❗️ Apabila melihat orang lain lebih maju mereka tidak senang hati dan mahu lihat orang gagal. 

Percayalah, dimana mana sahaja wujud individu dan persekitaran toksik.

 Apa yang membezakan adalah bagaimana anda berhadapan dan menanganinya. 

Langkah terbaik adalah tidak terjerat dengan provokasi mereka. Apabila anda marah, sedih dan lemah adalah satu kegembiraan buat mereka.

Minimal kan kontak dengan mereka. Hanya berurusan jika ada perkara penting melibatkan kerja. Kekal profesional

Cuba untuk kekal positive, cari circle yang boleh dipercayai. Cari rakan sekerja yang mempunyai isu yang sama untuk dijadikan tempat berkongsi rasa. 

Lakukan aktiviti yang menyeronokkan semasa & selepas bekerja. 


Persekitaran tempat kerja toksik

Sekiranya tempat kerja anda mempunyai ciri² persekitaran yang TOKSIK

✔️ Cari rakan sekerja yang mempunyai isu yang sama untuk dijadikan tempat berkongsi rasa

✔️ Lakukan aktiviti yang menyeronokkan selepas waktu kerja seperti bersenam di gym

✔️ Buat senarai tugasan untuk terus fokus

✔️ Pastikan segala perkara didokumenkan. Simpan segala bukti

✔️ Bangkitkan isu kepada penyelia, pengarah, Persatuan kebajikan, organisasi atau Jawatankuasa Keselamatan Tempat Kerja 

✔️ Jika tiada pilihan atau solusi, isi borang pindah atau cari pekerjaan lain


Paling penting untuk survived dalam persekitaran toksik tempat kerja adalah memiliki rakan sekerja yang boleh anda percayai untuk ventilate, untuk berkongsi suka duka dan membantu di waktu susah dan senang. 

Buat batasan yang jelas antara kehidupan kerja dan kehidupan pribadi Anda. Pastikan Anda memiliki waktu dan ruang yang cukup untuk memulihkan diri dari pengaruh negatif majikan dan persekitaran toksik tempat kerja. 


Jangan biarkan diri anda dibuli sebegini. Pekerjaan yang toksik sangat tidak baik. Buat aduan kepada jabatan berkenaan atau kesatuan kerja anda.

Luahkan perasaan anda kepada kaunselor agar ia tidak terpendam dan terus memberikan kesan negatif kepada emosi dan fizikal anda.


Sumber:

https://twitter.com/health_malaysia/







0 yang menasihati:

Post a Comment

Untuk kesudian membaca dan memberi berkata-kata - saya berterima kasih.








Anem Arnamee 2024 © TERIMA KASIH ♥



click to te top