RESEPI LOADED POTATO BOWL ALA KFC
Bahan kentang putar:
1 kg kentang
100 gm butter (dipotong dadu)
100 ml whipping cream
50 ml air
Lada hitam
Garam secukup rasa
Cara memasak:
1. Rebus kentang sampai ia lembut.
2. Selepas itu, campurkan semua bahan-bahan di atas tadi, gaul sehingga butter cair.
Bahan ayam:
Ayam bahagian dada (dipotong dadu)
Tepung bestari
Cara memasak:
Bancuh tepung dengan air selepas itu goreng ke dalam minyak panas.
Bahan topping:
Jagung rebus
Serbuk keju yang dibancuh dengan air panas
Mayonis
Cara letak dalam bowl:
1. Mula-mula, letak kentang putar. Kemudian, letak sos keju dan mayonis dan ulang kembali dengan letak kentang untuk dibuat secara berlapis.
2. Akhir sekali, baru letak jagung, ayam goreng dan curahkan lagi sos keju dengan mayonis.
Siap dan sedia untuk dihidangkan. Selamat mencuba!
Kredit resepi: Tyra Manan
0 yang menasihati:
Post a Comment
Untuk kesudian membaca dan memberi berkata-kata - saya berterima kasih.