Salam. Hai. Saya Anem Arnamee. Terima kasih sudi datang, membaca mahupun berkongsi artikel blog ini. Maaf jika ada kekurangan & teguran amat dialu-alukan. Moga yang baik-baik selalu untuk kalian semua. Insya-Allah.

- Jika anda mahu sebarang kolaborasi/pengiklanan (review/ruang iklan) di blog ini boleh rujuk page ini.
- Jika ada pertanyaan lain, boleh mesej di facebook ANEM ARNAMEE atau e-melkan ke arnamee (at) gmail.com.

Bantuan Sara Diri Mahasiswa & Penuntut Negeri Perak

 


[BANTUAN SARA DIRI MAHASISWA PERAK]


Bantuan Sara Diri & Kecemasan Mahasiswa Perak telah dibuka untuk permohonan.

Apa kabo Yeop/Yong Mahasiswa Perak ??? Bantuan Sara Diri Mahasiswa kembali lagi ❗️

Untuk pengetahuan kome semua, Bantuan Sara Diri & Kecemasan Mahasiswa Perak atau nama asalnya dahulu “Skim Bantuan Sara Diri & Kecemasan Amanjaya” merupakan hasil cetusan sewaktu Persidangan Dewan Belia Perak Penggal Pertama dan merupakan resolusi usul dalam Persidangan Ketiga Majlis Perundingan Mahasiswa Perak (MPMP) pada tahun 2017.

Bantuan ini telah bermula pada tahun 2018 dan diteruskan hingga ke hari ini oleh Kerajaan Negeri Perak di bawah kelolaan Pejabat YB Pengerusi Jawatankuasa Pendidikan, Pengajian Tinggi, Belia & Sukan Negeri Perak.

Permohonan boleh dibuat melalui laman sesawang www.eheyns.com.my/bantuan-sara-diri/

Tarikh tutup permohonan pada 17 Mei 2024.

Kelayakan permohonan adalah tertakluk kepada terma & syarat yang telah ditetapkan.

"Spread Wisdom for Better Perak"

Gerakan Mahasiswa Perak(GMPk) / Majlis Perundingan Mahasiswa Perak (MPMP)

___

Sumber:

https://www.facebook.com/share/p/huFtkdfaQwj6Kiyk/?mibextid=oFDknk




0 yang menasihati:

Post a Comment

Untuk kesudian membaca dan memberi berkata-kata - saya berterima kasih.








Anem Arnamee © TERIMA KASIH ♥



click to te top