Pada tahun 2024, peristiwa Istiwa’ A’zam terjadi pada 27 atau 28 Mei sekitar jam 5.16 petang waktu Malaysia.
Satu lagi pula bakal berlaku sekitar 15 atau 16 Julai pada jam 5.28 petang waktu tempatan.
Sama-samalah kita menggunakan kesempatan yang ada untuk menyemak semula arah kiblat terutama di rumah masing-masing dengan tepat.
Begitu mudah sekali untuk dilakukan kerana ketika matahari berada tepat di atas Kaabah, bayang-bayang semua objek tegak akan menunjukkan arah yang bertentangan dengan kiblat. Waktu itu sebenarnya adalah saat yang tepat untuk mengesahkan arah kiblat di rumah kita.
Gambar |
Cara tepat ukur arah kiblat
Sebagai panduan untuk kita mengukurnya, dikongsikan beberapa langkah mudah boleh dilakukan apabila berlakunya Istiwa’ A’zam nanti:
1. Persiapan awal adalah dengan menentukan tarikh dan waktu peristiwa Istiwa’ A’zam di kawasan masing-masing menggunakan aplikasi atau jadual waktu solat.
2. Pilih lokasi yang lapang dan terbuka yang mana kita dapat mengamati bayang-bayang objek tegak tanpa gangguan. Pastikan di kawasan tersebut, matahari boleh kelihatan dengan mudah dan tidak terlindung.
3. Sediakan satu tiang atau tongkat yang lurus dan tegak 90 darjah sebagai penanda. Jika di rumah, pilih tiang tegak seperti tiang tingkap atau tiang pintu yang mana bayangnya kelihatan untuk dijadikan penanda.
4. Pastikan bayang-bayang tiang atau tongkat tersebut jelas kelihatan di atas permukaan yang rata tadi.
5. Tunggu sehingga jam 5.16 petang pada tarikh 27, 28 Mei atau 5.28 petang jika pada tarikh 15, 16 Julai.
6. Pada waktu yang ditentukan, perhatikan bayang-bayang yang dihasilkan oleh tiang atau tongkat tersebut.
7. Gunakan bayang-bayang itu dan unjurkan garisan bayang-bayang tersebut ke arah matahari bagi menandakan arah kiblat dengan tepat.
Sama-sama kita lakukan apabila tiba saatnya nanti. Oleh yang demikian, dapat kita memastikan ibadah solat yang dikerjakan adalah sah dan diterima oleh Allah SWT.
Sesungguhnya, peristiwa Istiwa’ A’zam itu bukan hanya memastikan kesahihan arah kibat, tetapi juga mengingatkan kita tentang kebesaran ciptaanNya.
Kesedaran dan pemahaman yang baik dalam fenomena itu akan membantu Muslim menghadap kiblat yang benar dan tepat, di samping meningkatkan kesempurnaan ibadah dikerjakan.
Sumber: https://www.astroawani.com/berita-malaysia/semak-arah-kiblat-kediaman-masing-masing-472010
0 yang menasihati:
Post a Comment
Untuk kesudian membaca dan memberi berkata-kata - saya berterima kasih.