Showing posts with label istiwa ad'zam. Show all posts
Showing posts with label istiwa ad'zam. Show all posts

Fenomena matahari tegak di atas Kaabah

Di Malaysia, arah kiblat ditentukan menerusi panduan azimuth (darjah) iaitu ke arah barat laut dengan nilai arah sekitar 291 darjah hingga 293 darjah andai melibatkan kawasan Semenanjung, manakala di Sabah dan Sarawak pula adalah sekitar 290 darjah hingga 292 darjah.

Barangkali kita kurang sedar bahawa setiap tahun, umat Islam diberikan peluang istimewa untuk menyemak dan memastikan arah kiblat masing-masing dengan tepat.

Ia dilakukan menerusi peristiwa Istiwa’ A’zam. Ketika itulah, kedudukan matahari berada tepat di atas Kaabah. Ia memungkinkan penentuan arah kiblat dengan cara yang mudah dan tepat dilaksanakan melalui bayang-bayang objek tegak.

Ketahuilah bahawa Istiwa’ A’zam merupakan salah satu fenomena astronomi yang dinantikan oleh umat Islam seantero dunia yang berlaku dua kali pada setiap tahun.




Bila istiwa Adzam 2024?

Pada tahun 2024, peristiwa Istiwa’ A’zam terjadi pada 27 atau 28 Mei sekitar jam 5.16 petang waktu Malaysia.

Satu lagi pula bakal berlaku sekitar 15 atau 16 Julai pada jam 5.28 petang waktu tempatan.

Sama-samalah kita menggunakan kesempatan yang ada untuk menyemak semula arah kiblat terutama di rumah masing-masing dengan tepat.

Begitu mudah sekali untuk dilakukan kerana ketika matahari berada tepat di atas Kaabah, bayang-bayang semua objek tegak akan menunjukkan arah yang bertentangan dengan kiblat. Waktu itu sebenarnya adalah saat yang tepat untuk mengesahkan arah kiblat di rumah kita.

Gambar

Cara tepat ukur arah kiblat

Sebagai panduan untuk kita mengukurnya, dikongsikan beberapa langkah mudah boleh dilakukan apabila berlakunya Istiwa’ A’zam nanti:

1. Persiapan awal adalah dengan menentukan tarikh dan waktu peristiwa Istiwa’ A’zam di kawasan masing-masing menggunakan aplikasi atau jadual waktu solat.

2. Pilih lokasi yang lapang dan terbuka yang mana kita dapat mengamati bayang-bayang objek tegak tanpa gangguan. Pastikan di kawasan tersebut, matahari boleh kelihatan dengan mudah dan tidak terlindung.

3. Sediakan satu tiang atau tongkat yang lurus dan tegak 90 darjah sebagai penanda. Jika di rumah, pilih tiang tegak seperti tiang tingkap atau tiang pintu yang mana bayangnya kelihatan untuk dijadikan penanda.

4. Pastikan bayang-bayang tiang atau tongkat tersebut jelas kelihatan di atas permukaan yang rata tadi.

5. Tunggu sehingga jam 5.16 petang pada tarikh 27, 28 Mei atau 5.28 petang jika pada tarikh 15, 16 Julai.

6. Pada waktu yang ditentukan, perhatikan bayang-bayang yang dihasilkan oleh tiang atau tongkat tersebut.

7. Gunakan bayang-bayang itu dan unjurkan garisan bayang-bayang tersebut ke arah matahari bagi menandakan arah kiblat dengan tepat.

Sama-sama kita lakukan apabila tiba saatnya nanti. Oleh yang demikian, dapat kita memastikan ibadah solat yang dikerjakan adalah sah dan diterima oleh Allah SWT.

Sesungguhnya, peristiwa Istiwa’ A’zam itu bukan hanya memastikan kesahihan arah kibat, tetapi juga mengingatkan kita tentang kebesaran ciptaanNya.

Kesedaran dan pemahaman yang baik dalam fenomena itu akan membantu Muslim menghadap kiblat yang benar dan tepat, di samping meningkatkan kesempurnaan ibadah dikerjakan.



Sumber: https://www.astroawani.com/berita-malaysia/semak-arah-kiblat-kediaman-masing-masing-472010

“Pada zaman dulu, ahli falak syarie menggunakan rubu’ mujjayab, sejenis alat pengukur tradisional yang berfungsi secara manual.

“Namun, seiring peredaran masa alat ukuran lebih canggih iaitu teodolit yang lebih mudah dan tepat digunakan kerana bersifat elektronik,” kata USTAZ Hardi Sadali. 

“Mengikut hitungan, matahari akan berada tepat atas Kaabah atau disebut sebagai Istiwa’ A’dzam iaitu semua bayang sesuatu objek tegak kelihatan menghala ke arah Kaabah.

Istiwa Ad'zam merupakan satu peristiwa di mana kedudukan Matahari berada tepat di atas Kaabah. Apabila Istiwa Adzam berlaku semua bayang objek yang tegak akan menunjukkan ke arah Kaabah. Ia berlaku 2 kali setahun. 

Kepada anda semua yang ingin mengetahui dan menyemak kedudukan arah kiblat, jangan ketinggalan untuk menyemak pada tarikh tersebut.
Berikut merupakan panduan menyemak arah kiblat yang boleh digunakan:
 
1.Pastikan kayu yang digunakan adalah tegak 90 darjah di atas permukaan yang rata.
2.Pastikan bayang-bayang kayu tersebut jelas kelihatan di atas permukaan yang rata tadi.
3.Pastikan matahari mudah dilihat dan tidak terlindung di kawasan tersebut.
4.Dari hujung bayang ke kayu itulah Arah Kiblatnya.

Jom kita semak! 









Anem Arnamee 2025 © TERIMA KASIH ♥



click to te top