Lirik lagu Berantakan - Aswan Anwar & Mahdi Rabithah




Aswan:

Hari itu ombak ganas bergelora

Tibanya tak diduga 

Dan ku tak waspada

Sejauh jelajahku di laut dunia

Dakwa ku mahir sudah

Berlayar tanpa resah 


Aswan:

Rupanya masih muda

Membaca hikmah tersirat

Kala gelisah itu

Tertangkap mataku pada 


Aswan:

Berantakan mega

Di ruang udara

Merelakan lintasnya sinar suria

Mungkin kerana ini 

Berantakannya hati

Untuk merelakan sinar

Harapan dari Tuhanku 


Mahdi:

Gelora ombak nan tenang

Tak mungkin menjadikan ku mahir menongkah arus lautan


Aswan:

Jika diturut perasaan

Lebih aman saja aku berada di pelabuhan

Mahdi:

Namun bukan itu maksud pelayaranku

Aswan:

Apalah erti hujung nafasku

Tak kesampaian 

Aswan& Mahdi

destinasi cintaku oo.. 


Aswan:

Berantakan mega

Di ruang udara

Merelakan lintasnya sinar suria

Mungkin kerana ini 

Berantakannya hati oo..

CHORUS:

Untuk merelakan sinar

Harapan dari Tuhanku


Mahdi:

Selama ini

Berantakannya hati

Pandanganku terhijab emosi

Kerana aturan-Nya

Tak pernah tersalah

Namun ku gagal fahami

Bahasa cinta Ilahi

Aswan:

Kerana aturan-Nya

Tak pernah tersalah

Namun ku gagal fahami

Bahasa cinta Ilahi




0 yang menasihati:

Post a Comment

Untuk kesudian membaca dan memberi berkata-kata - saya berterima kasih.








Anem Arnamee 2024 © TERIMA KASIH ♥



click to te top