- Tema Hari Kebangsaan 2024 & Hari Malaysia (Kemerdekaan ke-67)

 


Jemput semua ke Dataran Putrajaya pada 31 Ogos 2024 bermula 7.00 pagi untuk bersama-sama menyambut Sambutan Hari Kebangsaan ke-67 tahun ini. Nikmati pelbagai persembahan dan pertunjukan menarik, kibarkan Jalur Gemilang dengan bangga, raikan detik bersejarah ini dengan penuh semangat patriotik. Jumpa anda di sana‼️



PENJELASAN LOGO

Logo Malaysia MADANI dijadikan sebagai logo rasmi HKHM pada tahun ini kerana reka bentuk logo ini yang berteraskan Malaysia Madani dan Menghasilkan corak simbolik tangan yang sedang diangkat, untuk melafazkan ikar Rukun Negara’.

Logo ini mengandungi warna-warna asas Jalur Gemilang yang bertepatan dengan maksud tema yang dipilih pada tahun ini.

PENJELASAN TEMA

Malaysia MADANI merupakan tunjang kepada kemakmuran dan kemajuan negara Malaysia melalui dukungan enam (6) nilai teras utama.

Jiwa Merdeka adalah penzahiran kepada kebebasan rakyat Malaysia daripada sebarang elemen negatif dalam menginterpretasikan semangat patriotisme dan cinta negara melalui pelbagai cara meliputi aspek pemikiran, integrasi sosial

dan ekonomi seterusnya membentuk satu kesatuan rakyat yang kukuh, harmoni dan progresif.

Malaysia MADANI: Jiwa Merdeka merupakan perlambangan kesepaduan secara holistik negara yang maju dan progresif

menaungi rakyat yang berbilang kaum, bersatu hati dan teguh jati dirinya.

Untuk muat turun logo dan media berkaitan hari kebangsaan dan kemerdekaan ke-67 ini: https://www.merdeka360.my/web/media/



Anda semua dijemput hadir ke Dataran Putrajaya 31 Ogos ini. 


0 yang menasihati:

Post a Comment

Untuk kesudian membaca dan memberi berkata-kata - saya berterima kasih.








Anem Arnamee 2024 © TERIMA KASIH ♥



click to te top