Feidin Juara terbuka Jepun 2024 (Japan Open 2024)

Goh Sze Fei dan Nur Izzuddin Rumsani telah menang di final Terbuka Jepun 2024 hari ini (25 Ogos). Kedua-duanya menewaskan pemain nombor empat dunia dan penyandang juara, pemain Korea Selatan Kang Min Hyuk-Seo Seung Jae, 21-19, 21-15.

Kali terakhir beregu lelaki Malaysia memenangi Terbuka Jepun adalah pada tahun 2002 melalui gandingan Chan Chong Ming/Chew Choon Eng. 

Kali terakhir kita ke final pula menerusi Koo Kien Keat / Tan Boon Heong (pada 2012). 

Dengan kemenangan mereka, pemain badminton beregu lelaki memenangi hadiah AS$62,900 (RM275,226) pada Siri Super 750 Badminton World Tour, yang terbesar dalam kerjaya mereka setakat ini.

Semalam (24 Ogos), Persatuan Badminton Malaysia (Badminton Association of Malaysia) mengesahkan pasangan beregu lelaki negara Goh Sze Fei dan Nur Izzuddin Rumsani telah memutuskan untuk menjadi profesional. BAM menghormati keputusan mereka dan telah bersetuju untuk membebaskan mereka secara rasmi pada 1 September 2024.





Selepas meninggalkan BAM, Feidin/Dinfei menyertai team Victor. 


Sumber:

https://x.com/Scoopdotmy/

https://x.com/NewsBFM/

https://x.com/theone_xyz/

https://x.com/craigansibin/




0 yang menasihati:

Post a Comment

Untuk kesudian membaca dan memberi berkata-kata - saya berterima kasih.








Anem Arnamee 2024 © TERIMA KASIH ♥



click to te top