Masih ingatkah anda dengan '๐๐ฐ๐ธ๐จ๐ญ๐ช ๐๐ข๐ญ๐ข๐บ๐ด๐ช๐ข'?
Terengganu Muhammad Syukur Khamis, 19, yang mendapat julukan '๐๐ฐ๐ธ๐จ๐ญ๐ช ๐๐ข๐ญ๐ข๐บ๐ด๐ช๐ข' mula berjinak dalam bidang automotif dengan mengusahakan bengkel motosikal di Kampung Banggol Katong, di Kuala Terengganu.
Muhammad Syukur juga dikenali โbudak kerbauโ berkata bengkel berkenaan diusahakan bersama abangnya Muhammad Alias Khamis, 34, pada Jun lepas, setelah menamatkan kursus selama enam bulan dalam bidang Teknologi Motosikal di Pusat GiatMARA Kuala Telemong, Hulu Terengganu.
Beliau berkata minat terhadap motosikal berkuasa tinggi mendorongnya berkecimpung dalam bidang tersebut dengan cita-cita untuk memiliki sebuah bengkel yang canggih dan berteknologi tinggi suatu hari nanti.
"Bengkel ini sebenarnya telah dibuka empat tahun lepas. Tetapi selepas abang menjadi tenaga pengajar di GiatMARA Kuala Telemong, dia tidak sempat menguruskan bengkel kerana kekangan masa.
"Dia minta saya belajar membaiki dan ambil alih menguruskan bengkel. Bagaimanapun, dia tetap datang membantu pada waktu malam dan lebih fokus kepada motosikal berkuasa tinggi," katanya ketika ditemui di bengkelnya.
Berita penuh https://www.bernama.com/bm/am/news.php?id=2348985
๐ท Mohd Syafiq Ambak | BERNAMA
0 yang menasihati:
Post a Comment
Untuk kesudian membaca dan memberi berkata-kata - saya berterima kasih.