Showing posts with label Bernama News. Show all posts
Showing posts with label Bernama News. Show all posts

Tragedi di Gerik, Perak pada 11 Mei 2025 telah menganggu emosi seluruh negara yang menangis di Hari Ibu. Seekor anak gajah mati dilanggar lori, manakala ibunya enggan berganjak, setia menunggu di lokasi kejadian sehingga lebih lima jam.



Gajah bukan sahaja haiwan pintar, malah penuh empati. Induk dan anak gajah hidup dalam kumpulan matriaki rapat dan saling menjaga, membantu yang lemah serta menunjukkan kesedihan apabila kehilangan. 






Haiwan mungkin tidak memahami kematian sama seperti manusia tetapi gajah secara spesifik sering memperlihatkan apa yang tampak bagi manusia sebagai gejala kesedihan dan duka apabila berhadapan dengan kematian.

Insiden tragis seperti ini bukan yang pertama dan mungkin bukan yang terakhir. Mari kenali serba sedikit sifat mamalia daratan terbesar di Asia ini. Semoga penyelesaian dalam mengurangi konflik antara manusia dan haiwan dapat segera kita capai.







 

Kemaskini perkembangan kebakaran saluran gas di Putra Heights




Satu letupan kuat menggegarkan kawasan perumahan di Putra Heights mengakibatkan beberapa rumah terjejas.

Petronas Gas Bhd mengesahkan kebakaran berlaku di saluran paip utamanya berhampiran Putra Heights, Puchong, Selangor pada 8.10 pagi tadi.

Empat rumah ibadat, termasuk tiga masjid dan satu kuil, menjadi tempat perlindungan sementara bagi mangsa kebakaran (antaranya Masjid Al-Falah USJ 9, Masjid Nurul Iman, Puchong serta Kuil Sri Maha Kaliamman).



Setakat 1.55 tengah hari, radius kebakaran saluran paip gas bocor di Jalan Putra Harmoni Putra Height, Subang Jaya semakin berkurangan.

Ketua Pengarah JBPM Datuk Nor Hisham Mohammad berkata kebakaran sudah berkurangan namun pihaknya masih memantau di lokasi kejadian.








📸 JBPM Selangor 



Dua ekor anjing berjaya diselamatkan Ketua Pengarah Jabatan Bomba dan Penyelamat Malaysia (JBPM) Datuk Nor Hisham Mohammad dalam kebakaran saluran paip gas bocor di Jalan Putra Harmoni Putra Height, Subang Jaya.

Seramai 112 mangsa dan 49 rumah terjejas dalam insiden itu dengan 63 orang dihantar ke Hospital Cyberjaya, Serdang dan Putrajaya untuk menerima rawatan lanjut.

Selain itu, 49 lagi mangsa menerima rawatan awal di Kuil Sri Maha Kaliamman, Subang Jaya.

📸 JBPM 


[TERKINI]

📌 Tiada kematian setakat ini dalam kebakaran saluran paip gas di Jalan Putra Harmoni, Putra Heights pagi tadi.

📌 Kebakaran saluran gas:Seramai ⁠41 daripada keseluruhan 145 mangsa sudah discaj daripada hospital setakat 4 petang tadi.

📌 Kebakaran saluran paip gas: Semua mangsa yang dirawat berada dalam keadaan stabil, tiada dimasukkan ke ICU.

📌 Kebakaran saluran gas: Terdapat mangsa alami melecur tahap dua dan tiga.






Sebanyak 190 unit rumah rosak dalam kebakaran saluran paip gas di Jalan Putra Harmoni, Putra Heights, Subang Jaya.

Kebakaran sejak pagi tadi dipadamkan sepenuhnya pada 3.45 petang.




🔹Kebakaran saluran gas: 

📌Bantuan tunai RM5,000 untuk pemilik rumah terjejas, RM2,500 kepada mangsa 

📌Kerajaan Persekutuan, Kerajaan Negeri dan Petronas ambil tanggungjawab perbaiki, ganti sepenuhnya perumahan yang rosak

📌Penduduk yang kediamannya terkesan belum dibenarkan pulang ke rumah mereka buat masa ini

- PM Datuk Seri @anwaribrahim 



Laluan Lebuhraya Utara-Selatan Hubungan Tengah (ELITE) berhampiran Putra Heights ditutup sementara susulan kejadian kebakaran saluran paip gas.





Mendoakan urusan semua para petugas dan mangsa di Putra Heights dipermudahkan.















Awas! Orang ramai dinasihatkan untuk lebih peka dan waspada tanda awal tanah runtuh.

https://x.com/bernamadotcom/status/1828411107364770015?s=19





 Masih ingatkah anda dengan '𝘔𝘰𝘸𝘨𝘭𝘪 𝘔𝘢𝘭𝘢𝘺𝘴𝘪𝘢'?


Terengganu Muhammad Syukur Khamis, 19, yang mendapat julukan '𝘔𝘰𝘸𝘨𝘭𝘪 𝘔𝘢𝘭𝘢𝘺𝘴𝘪𝘢' mula berjinak dalam bidang automotif dengan mengusahakan bengkel motosikal di Kampung Banggol Katong, di Kuala Terengganu.

Muhammad Syukur juga dikenali ‘budak kerbau’ berkata bengkel berkenaan diusahakan bersama abangnya Muhammad Alias Khamis, 34, pada Jun lepas, setelah menamatkan kursus selama enam bulan dalam bidang Teknologi Motosikal di Pusat GiatMARA Kuala Telemong, Hulu Terengganu.

Beliau berkata minat terhadap motosikal berkuasa tinggi mendorongnya berkecimpung dalam bidang tersebut dengan cita-cita untuk memiliki sebuah bengkel yang canggih dan berteknologi tinggi suatu hari nanti.



"Bengkel ini sebenarnya telah dibuka empat tahun lepas. Tetapi selepas abang menjadi tenaga pengajar di GiatMARA Kuala Telemong, dia tidak sempat menguruskan bengkel kerana kekangan masa.

"Dia minta saya belajar membaiki dan ambil alih menguruskan bengkel. Bagaimanapun, dia tetap datang membantu pada waktu malam dan lebih fokus kepada motosikal berkuasa tinggi," katanya ketika ditemui di bengkelnya.


Berita penuh https://www.bernama.com/bm/am/news.php?id=2348985


📷 Mohd Syafiq Ambak | BERNAMA



Obesiti atau kegemukan adalah masalah serius dalam kalangan masyarakat di Malaysia dan dunia. 1 daripada 2 dewasa di Malaysia (11 juta rakyat) mengalami berat badan berlebihan dan obesiti. 









Sumber:

https://www.instagram.com/p/C_zszA_PqdM/?igsh=MW1sbTJlaW01YWs2Zg==











🦦 Memerang di Malaysia 


🦦 Walaupun dilihat comel namun memerang tidak boleh diburu atau dijadikan haiwan peliharaan


Sumber:

https://www.instagram.com/p/C_2yBv4vHUa/?igsh=MTZkMmo0cDV6aGhyMA==














Anem Arnamee 2026 © TERIMA KASIH ♥



click to te top