Kilauan Emas 2024 melabuhkan tirainya dengan kemenangan penuh inspirasi apabila Gie, seorang pejuang kanser payudara tahap tiga dinobatkan sebagai juara pertandingan berkenaan, malam tadi.
Peserta berusia 47 tahun dari Mersing, Johor itu berjaya mengalahkan finalis lain menerusi persembahan mantap yang memukau penonton dan barisan juri profesional.
Tepati ramalan!
Menyampaikan lagu Aku Pergi Tanpa Pesan nyanyian asal biduanita negara, Allahyarhamah Datuk Sharifah Aini, Gie berjaya mendapat standing ovation penonton termasuklah para juri.
Untuk persembahan kedua pula, Gie menyampaikan lagu duet bersama Sidi berjudul Jangan Menangis Sayang nyanyian asal oleh Safura dan Oney.
Terus mendakap tuah, Gie juga turut menggondol anugerah Emas Berkilau Of The Week.
“Terima kasih kepada keluarga dan peminat yang tidak jemu menyokong saya.
“Walaupun suami tidak dapat hadir tapi ayang sudah jadi juara abang!,” katanya dengan penuh emosi.
Apa nak dibuat dengan hadiah kemenangan?
Tidak pernah terbayang bakal menjejakkan kaki ke Tanah Suci, Gie bersyukur dikurniakan rezeki dan peluang itu selepas bergelar juara Kilauan Emas 2024.
“Selesaikan segala hutang dahulu, nanti nak pergi buat umrah pun hati jadi tenang. Tidaklah nanti orang kata kita pergi buat ibadah tapi hutang keliling pinggang.
“Tiada kata selain syukur menang pakej umrah, kalau nak pergi sendiri tak mampu sebab saya bukan orang senang.
“Memang dah lama teringin nak ke Mekah. Tak sangka pula antara hadiah saya menang adalah pakej umrah,” katanya
Naib juara, Sidi, pula menerima wang tunai RM10,000, trofi sumbangan Astro, pakej umrah serta pakej percutian 3 hari 2 malam di Garden Chalet.
Ina di tempat ketiga pula membawa pulang wang tunai 5,000 trofi sumbangan Astro, pakej eksklusif umrah dan pakej percutian 3 hari 2 malam di Garden Chalet.
Peserta di tempat keempat hingga keenam, iaitu Sue, Wan, dan Ron juga tidak pulang dengan tangan kosong.
Masing-masing menerima wang tunai RM3,000, sebuah trofi sumbangan Astro, dan pakej percutian 3 hari 2 malam di Garden Chalet.
Sumber:
https://gempak.com/kilauan-emas/
12 PESERTA KILAUAN EMAS 2024
ATIE - 49 Tahun (Jelebu, Negeri Sembilan)
BALQIS - 60 Tahun (Telipuk, Sabah)
BUDIN - 56 Tahun (Georgetown, Pulau Pinang)
DINO - 68 Tahun (Kulim, Kedah)
GIE - 47 Tahun (Mersing, Johor)
HAMID - 54 Tahun (Ipoh, Perak)
INA - 46 Tahun (Georgetown, Pulau Pinang)
MARIA - 49 Tahun (Setiu, Terengganu)
RON - 60 Tahun (Malim Nawar, Perak)
SIDI - 53 Tahun (Alor Setar, Kedah)
SUE - 46 Tahun (Ulu Kinta, Perak)
WAN - 49 Tahun (Alor Gajah, Melaka)
Tahniah untuk Gie, juara Kilauan Emas 2024 dan tahniah juga buat semua finalis dan peserta.
0 yang menasihati:
Post a Comment
Untuk kesudian membaca dan memberi berkata-kata - saya berterima kasih.