All the best untuk Palestin yang berjaya ke top 16 #AsianCup2023 Cup2023 . Kuat mental dan semangat mereka semua ya walaupun negara mereka dilanda perang. Tahniah! Lepas ini mereka akan bertemu penyandang juara dan juga tuan rumah edisi Piala Asia kali ini - Qatar! Semoga berjaya! 🇵🇸
Sebelum ini, peminat bola sepak tanah air pernah dihidangkan dengan filem “Ola Bola” yang memaparkan semangat juang pemain bola sepak negara yang pernah mengharumkan nama Malaysia apabila layak ke Sukan Olimpik Moscow, Rusia pada 1980.
Terkini Afdlin Shauki mengarahkan filem baharu ‘Harimau Malaya’ yang diilhamkan daripada kelayakan Piala Asia AFC pasukan kebangsaan.
Diilhamkan daripada 'true events', Harimau Malaya: The Untold Journey akan tertumpu kepada pasukan bola sepak negara dan perjalanan untuk layak ke Final Piala Konfederasi Bola Sepak Asia (AFC) selepas 42 tahun.
Harimau Malaya kali terakhir melayakkan diri pada edisi 2007 sebagai salah satu daripada empat negara tuan rumah.
Menurut Afdlin, filem itu akan diceritakan dari empat perspektif — peminat tegar tempatan dikenali sebagai Ultras Malaya, Persatuan Bola Sepak Malaysia (FAM), pemain serta jurulatih.
Filem itu, dengan bajet RM5 juta, akan memulakan sesi penggambaran utama pada akhir bulan ini selepas dua bulan berada dalam pra-produksi dan dijangka ditayangkan di pawagam menjelang April tahun depan.
Filem itu akan memfokuskan kepada peristiwa yang berlaku di sebalik tabir dalam FAM berikutan peletakan jawatan bekas jurulatih, Tan Cheng Hoe pada Januari 2022, yang kemudiannya digantikan oleh ketua jurulatih Harimau Malaya, Kim Pan-gon.
Keempat-empat perspektif itu akan berakhir semasa perlawanan akhir kelayakan Piala AFC di mana Harimau Malaya berjaya memastikan kemenangan menentang Bangladesh untuk layak ke final Piala AFC.
Filem ini menampilkan barisan bintang tempatan yang hebat seperti Tony Eusoff, Namron, Kavin Jay, Syafiq Kyle, Vanidah Imran dan Sophia Albarakbah.
Video Motaz Azaiza tanggalkan vest wartawannya itu simbolik betul. Banyak dunia tahu tentang 🍉 daripada dia dan kawan-kawan. Perjuangannya akan disambung oleh kawan-kawan lain juga. Moga dipermudahkan perjuangan mereka. Dunia takkan lupa. Moga Allah berkati. :')
Bebehari lepas Motaz dah sampai Qatar.
Tapi macam apa Motaz cakap, semoga perpindahan dia ke Qatar ini jadi asbab dia boleh "work more" dan bantu Gaza capai ceasefire dari luar pula.
Insya-Allah. Kalau kita jadi dia mesti berbaur perasaan. Moga dipermudahkan seterusnya buat dia dan kawan-kawan wartawan lain juga.
Dua orang hebat dalam satu gambar
Benar. Dunia takkan lupa. Kami sentiasa bersama Palestin.
Orang ramai dinasihatkan tidak perlu panik susulan kenyataan saintis dari United Kingdom yang mengeluarkan amaran terjadinya solar storm.
Apa itu Ribut Suria?
Ribut suria (solar storm) terjadi apabila matahari meletus. Biasanya meletus dalam dua bentuk — nyalaan suria (solar flare) & Coronal Mass Ejection (CME).
Apabila meletus, ia melepaskan sinaran tenaga magentik dan plasma yang tinggi.
Antara bencana sebenar yang boleh buatkan Bumi gelap berpanjangan, tak kira siang dan malam ini bukan bencana ribut suria (solar storm), tetapi letusan gunung berapi.
Peristiwa ribut suria paling dahsyat pada tahun 1859 pun, aurora hanya mampu jejak 21° utara iaitu pada garisan negara seperti Burma dan Mexico.
Ringkasnya:
1. Kejadian ribut suria ini biasa saja. Memang kerap berlaku.
2. Aurora hanya dapat dilihat, tipikalnya, di negara-negara utara dan selatan hemisfera Bumi, bukan di khatulistiwa.
3. Untuk aurora sampai ke khatulistiwa, ia memerlukan ribut suria yang teramat kuat sehingga mampu menjahanamkan satelit. Kalau betul ia terjadi, sepatutnya sudah ada berita amaran pasal ini
Ribut Suria boleh berinteraksi dengan medan magnet dan atmosfera planet dan objek-objek angkasa yang lain.
Zarah-zarah yang terbebas daripada Matahari bergerak sejauh 150 juta km kearah Bumi sebelum ditarik oleh dua medan magnet Bumi di kutub utara dan selatan.
Bumi mempunyai medan magnet yang melindungi penghuninya daripada angin suria berbahaya seperti Ribut Suria. Tanpa medan magnet, Bumi akan kering kontang dan tidak dapat dihuni seperti planet Marikh.
Untuk kemunculan semula, Pasar Boco kali ini diadakan dalam skala kecil. Meraikan rakan penerbit yang bersama kita dari 2008 sehingga kini. Mengembalikan nostalgia pasar buku yang telah melahirkan banyak penerbit besar, pengkarya puisi & muzik.
Pasar Boco adalah sebuah pasar buku, seni & kraf (terakhir kali aktif 2016). Kini kami, Rumah Ripta bertanggungjawab untuk kembali mengendalikannya dengan memfokuskan kepada buku, puisi & muzik (sebagai permulaan).
Senarai Pedagang Pasar BOCO.
Terdiri daripada penerbit buku & percetakan. Turut serta jualan kopi, manisan & kunyah-kunyah, juga cenderahati
Doa secara spesifik, adakah dibolehkan atau tidak?
Apakah pula maksud "doa berlebihan"?
Jom kita baca perkongsian Ustaz Muzuza
Allah menyatakan :
ادْعُوا رَبَّكُمْ تَضَرُّعاً وَخُفْيَةً إِنَّهُ لا يُحِبُّ الْمُعْتَدِينَ
"Berdoalah kepada Tuhanmu dengan berendah diri dan suara yang lembut. Sesungguhnya Allah tidak menyukai orang-orang yang melampaui batas" (al-A'raf: 55)
Ulama' mentafsirkan "melampaui batas" di sini adalah dalam konteks berdoa. Melampaui batas dalam berdoa bererti melebihi batas seperti meminta kedudukan para nabi.
Begitu juga termasuk dalam melampaui batas adalah meminta dengan terlalu khusus atau mungkin kita boleh bahasakan sebagai "cerewet". Hal ini berdasarkan riwayat anak Abdullah ibn Mughaffal yang berdoa :
"Ya Allah, aku memohon istana putih di sebelah kanan syurga jika aku masuk ke syurga"
Lalu Abdullah ibn Mughaffal menegur anaknya supaya meminta syurga dan dijauhkan dari neraka kerana beliau mendengar Nabi ﷺ bersabda :
"Ya Allah, perbanyakkan hartanya dan anak pinaknya, dan berkatilah baginya apa yang Engkau kurniakan padanya" (HR Bukhari)
Maka sebaiknya, kita berdoa secara umum tetapi dalam masa yang sama tidak pula lewah atau tidak bersungguh. Insya Allah adab berdoa ini kita cuba untuk terapkan.
Tahniah Malaysia! Akhirnya dapat juga bawa pulang 1 mata daripada Qatar setelah seri dengan pasukan 23 (turun 2 lepas seri dengan Malaysia) terbaik dunia, Korea Selatan 3 sama. Malaysia kini dalam ranking 132 (sebelum ini 136) terbaik dunia.
Malah, gol Malaysia terhasil setelah 17 tahun! Gol pertama Malaysia dijaringkan oleh Faisal Halim dari angle cantik bahagian tepi. Diikuti jaringan penalti melalui Arif Aiman dan jaringan minit akhir oleh Romel Morales! Walaupun kita tak dapat ke pusingan seterusnya, namun ini adalag permulaan. Kita tak pulang dengan tangan kosong.
Walaupun semuanya dibalas semula termasuk penalti oleh pemain Antarabangsa dan popular Son Heung-min, namun ternyata kita bukanlah pasukan yang bolrh dipandang rendah. Tahniah sekali lagi Harimau Malaya. Anda kebanggaan kami.
Moga berjaya buat Malaysia untuk Kelayakan Piala Asia 2027/Piala Dunia FIFA 2026 pula nanti.
Highlights goals (jaringan Malaysia 3 dan Korea Selatan 3)