Showing posts with label STR. Show all posts
Showing posts with label STR. Show all posts

 



YAB Dato’ Seri Anwar Ibrahim, Perdana Menteri dan Menteri Kewangan hari ini mengumumkan beberapa bantuan tunai bagi membuat persiapan menjelang Aidilfitri✨


💰Bayaran STR Fasa 2 diawalkan kepada 10 Mac 2026, melibatkan peruntukan RM1.3 bilion kepada lebih 5 juta penerima STR.


🗓️Bayaran Bantuan Khas Kewangan 2026 pula akan disalurkan pada 13 Mac 2026 kepada:

✅ RM500 kepada penjawat awam Gred 15 ke bawah, termasuk lantikan kontrak.

✅ RM250 kepada pesara Kerajaan serta veteran berpencen dan tidak berpencen.

✅ RM500 kepada lebih 70,000 imam, bilal, tok siak, noja, marbut serta guru KAFA dan guru Takmir.


Usaha ini mencerminkan komitmen Kerajaan MADANI dalam memastikan kebajikan rakyat terus dipelihara, khususnya menjelang musim perayaan.











Sumbangan Tunai Rahmah (STR) Fasa 2 akan disalurkan mulai 24 Mac 2025 (Isnin), seminggu sebelum Hari Raya Aidilfitri.

Hampir 9 juta penerima yang terdiri daripada 60% rakyat dewasa Malaysia bakal mendapat bantuan sehingga RM650.

Semak status kelayakan STR dan rujuk soalan lazim (FAQ) di Portal Rasmi STR 

🔗 bantuantunai.hasil.gov.my

SIARAN MEDIA MOF BERKENAAN 8.5 JUTA BAKAL MENERIMA SUMBANGAN TUNAI RAHMAH (STR) FASA 2 SEBELUM AIDILFITRI




Sumber:

https://x.com/MOFmalaysia/














Sumbangan Tunai Rahmah Fasa 3 📣

Pembayaran STR Fasa 3 akan disalurkan mulai 29 Ogos 2024 (Khamis) kepada penerima sedia ada.

Penerima baharu dan rayuan pula akan menerima bayaran mulai 18 September 2024 (Rabu).




*Untuk bujang, baki akan diberi pada fasa 4. Kemaskini akan dimaklum kemudian. 

Maklumat lanjut: bantuantunai.hasil.gov.my

Sumber:

https://x.com/JaPenWPKL/





Alhamdulillah. Telah diumumkan bahawa Sumbangan Tunai Rahmah (STR) fasa 2 akan mula diberi pada Rabu 3 April 2024, manakala Bantuan Kewangan Khas Aidilfitri (BKKA) akan mula diberi pada Jumaat - 5 April 2024. 

Pembayaran Sumbangan Tunai Rahmah (STR) Fasa 2 akan bermula pada 3 April 2024 (Rabu). Seramai 8.4 juta rakyat bakal menerima bayaran STR Fasa 2 antara RM100 hingga RM650 mengikut kelayakan masing-masing. 

Selain itu, PM kita - Datuk Seri Anwar Ibrahim juga bantuan khas kewangan Aidilfitri membabitkan:

1) RM500 untuk semua Penjawat Awam Gred 56 ke bawah termasuk lantikan kontrak.

2) RM250 untuk pesara Kerajaan termasuk veteran berpencen dan veteran tidak berpencen.

InsyaAllah bantuan ini akan disalurkan seawal 5 April ini. Moga ia bermanfaat.



Sumber: https://twitter.com/beritartm/status/1774804677986517198?t=JtNk4u7Fh_NA7jrbIwiRqA&s=19

https://twitter.com/anwaribrahim/status/1774607572701761796?t=kHz24nWowUtFKs1bp1ZDxQ&s=19





Kadar Bantuan

Menurut Belanjawan 2024 yang dikeluarkan oleh Kementerian Kewangan, berikut adalah jumlah bantuan STR 2024:


Pendapatan Isi Rumah : Kurang daripada RM2,500 sebulan

RM2,500 : 5 Anak Atau Lebih

RM2,000 : 3 – 4 Anak

RM1,500 : 1 – 2 Anak

RM1,000 : Tiada Anak



Pendapatan Isi Rumah : RM2,501 – RM5,000

RM1,250 : 5 Anak Atau Lebih

RM1,000 : 3 – 4 Anak

RM750 : 1 – 2 Anak

RM500 : Tiada Anak




Warga Emas Bujang

RM600

Bujang (Pendapatan durang daripada RM2,500)

RM350

PERMOHONAN SUMBANGAN TUNAI RAHMAH (STR) 2024


Pendapatan bulanan

Isi rumah: Dibawah RM5,000

Warga emas: Dibawah RM5,000

Bujang: Dibawah RM2,500


Boleh mohon disini - bantuantunai.hasil.gov.my


Q&A berkaitan Sumbangan Tunai Rahmah (STR) - 2024



Untuk Fasa 4 (2023):




SUMBANGAN TUNAI RAHMAH (STR) 2024 : PEMOHON YANG PERLU DAN TAK PERLU MEMBUAT KEMAS KINI PERMOHONAN STR


https://twitter.com/HASiL_Malaysia/status/1722493373532242279?t=nxAl5ABsX41l0ohAZZ9YWg&s=19












Anem Arnamee 2026 © TERIMA KASIH ♥



click to te top