Jangan lupa malam ini kita beramai-ramai solat sunat gerhana bulan. Jika mampu, tidur dahulu, kemudian bangun semula untuk dapat fadhilat tahajjud. Tak perlu tengok gerhana pun boleh, asalkan yakin ada di tempat anda.
Saya nyatakan cara solat dan kelebihannya di bawah 👇
Kaifiyyat solat gerhana bulan
1- Lafaz niat :
أُصَلِّي سُنَّةَ الخُسُوفِ رَكعَتَيْنِ للهِ تعالى
Usolli sunnatal kusufi rok’ataini lillahi ta’ala
2- Niat :
“Aku solat sunat gerhana dua rakaat kerana Allah”
3- Membaca surah al-Fatihah
4- Membaca surah yang panjang seperti surah al-Baqarah. Jika tidak, bacalah surah yang paling panjang yang dihafal
5- Melakukan ruku’ yang panjang, dibacakan tasbih yang banyak
6- I’tidal
7- Baca surah al-Fatihah
8- Baca surah yang sedikit pendek berbanding surah sebelumnya
9- Melakukan ruku’ yang panjang tetapi lebih pendek dari sebelumnya
10- I’tidal
11- Melakukan sujud yang panjang, dibaca padanya tasbih yang banyak
12- Duduk antara dua sujud
13- Sujud dengan sujud yang lebih panjang
14- Laksanakan rakaat kedua seperti rakaat pertama
15- Tahiyyat akhir
16- Salam
Nota :
- boleh dilakukan sama ada bersendirian atau berjemaah
- selepas solat, sunat bagi imam memberi peringatan supaya beristighfar
- sunat lain ketika gerhana antaranya bersedekah, berdoa, bertakbir, takutkan azab Allah
Semua ini berdasarkan hadith sahih (HR Bukhari : 1044, kitab al-Kusuf)
- Nabi ﷺ larang dari kita mempercayai perkara karut sepertimana dahulu, ada yang menyatakan gerhana ini berlaku kerana kematian anak lelaki Nabi ﷺ iaitu Ibrahim, maka terus Nabi ﷺ menyatakan gerhana tidak berlaku kerana kematian seseorang, apabila kita lihat gerhana, maka beribadah kepada Allah kerana ia amaran dari Allah.
Fenomena Gerhana Bulan Penuh akan dapat disaksikan pada 7 – 8 September 2025, bermula pukul 11.28 malam hingga 4.55 pagi waktu Malaysia. Fasa Gerhana Bulan Penuh:
• 🌑 Fasa Penumbra bermula: 11.28 malam
• 🌓 Fasa Separa bermula: 12.26 pagi
• 🌕 Fasa Penuh bermula: 1.30 pagi
• 🌕✨ Fasa Penuh Maksima: 2.11 pagi
• 🌕 Fasa Penuh berakhir: 2.53 pagi
• 🌓 Fasa Separa tamat: 3.56 pagi
• 🌑 Fasa Penumbra tamat: 4.55 pagi
🌕 Fenomena Gerhana Bulan Penuh pada 7 - 8 September 2025 akan berlaku 2.7 hari sebelum Bulan berada pada kedudukan yang dekat dengan Bumi (perigee) iaitu pada jarak 364,773 km dengan saiz sebanyak 33.4 arc minit. Gerhana Bulan berlaku apabila Bumi berada pada kedudukan di antara Matahari dan Bulan menyebabkan bayang-bayang Bumi menutupi Bulan. Bulan akan kelihatan berwarna merah/jingga Ketika kemuncak Gerhana Bulan Penuh. Ini disebabkan oleh pembiasan cahaya Matahari oleh atsmosfera Bumi. Gerhana ini juga dikenali sebagai Blood Moon.
🌍 Gerhana penuh ini boleh disaksikan di Eropah, Afrika, Asia, Australia, dan New Zealand. Di Malaysia, keseluruhan fasa dapat dilihat dengan jelas (bergantung kepada keadaan cuaca), sama ada dengan mata kasar, binokular atau teleskop.
Keseluruhan gerhana kali ini (tidak termasuk fasa gerhana penumbra) akan mengambil masa selama 3 jam 30 minit dan fasa Gerhana Bulan Penuh akan terjadi selama 1 jam 22 minit.
2 - Taip nombor kad pengenalan anda (IC) di ruangan kosong tersebut.
3 - Setelah selesai, klik enter atau tekan pada button Semakan Status.
Tadaa!!! Jika layak, anda dah boleh gunakan di kedai terpilih (yang ada status atau tulisan "MyKasih boleh digunakan di sini"). Sah pada tarikh tertera sahaja.
Boleh semak senarai lokasi kedai yang terpilih dalam program ini berhampiran anda di laman web ini:-
- Apabila dah sah layak, dan tahu nak ke kedai mana yang boleh guna MySara, bolehlah pergi pilih barang yang nak dibeli. Di pasaraya terpilih, akan ada catatan atau tanda mereka letak barang mana ada dalam senarai (harus diingat tak semua barang ada dalam senarai).
Senarai Barang MyKasih Yang Boleh Guna Bantuan SARA RM100
- Kemudian ketika bayar, maklum nak guna MySara/MyKasih melalui IC. Mereka di kaunter akan semak dulu, dan akan tolak duit dengan scan itu. Baki boleh digunakan di kedai lain atau hari lain dalam tempoh masa dibenarkan (sehingga hujung tahun ini).
Kalau nak memudahkan, untuk semak baki yang tinggal, status, lihat senarai kedai terpilih dan barang boleh rujuk aplikasi MyKasih.
Start 31 Ogos - akhir bulan 12.
*Kalau ada baki lain tu tandanya dia penerima mykasih yang terima RM100 setiap bulan (itu lain, itu bantuan STR, bukannya yang sumbangan one off).
Nota: Apabila terlalu ramai orang menggunakannya dalam masa serentak, kadangkala sistem akan down dan ada masalah, kadangkala makan masa berhari. Jadi mohon bersabar dan digalakkan guna atau pergi kedai di luar waktu puncak (bukan waktu ramai orang). Moga bersabar dan dipermudahkan buat semua.