Alhamdulillah, tahun 2019 telah masuk 62 tahun Malaysia merdeka. Untuk tahun ini, tema Hari Kebangsaan adalah "Sayangi Malaysiaku Malaysia Bersih". Manakala lagu tema sambutan kemerdekaan tahun ini bertajuk "Kita Punya Malaysia " nyanyian kumpulan Bunkface.
Logo Sayangi Malaysiaku
Update 2019: Tema kemerdekaan (ke-62) 2019 adalah SAYANGI MALAYSIAKU MALAYSIA BERSIH.
Menteri Komunikasi dan Multimedia, Gobind Singh Deo berkata simbol rakyat melakukan gerakan mengangkat tangan dengan satu bentuk hati di hadapan dipilih menjadi logo rasmi. Menurutnya, logo itu membawa maksud rakyat Malaysia berbilang bangsa hidup dalam kepelbagaian yang harmoni, bersatu padu, dan terpahat perasaan sayang kepada negara.
"Logo berkenaan adalah hasil ciptaan Nik Zulkifli Nik Hitam, juga yang dipilih Tun Dr Mahathir pada 25 Julai lalu."
"Kami menganjurkan pertandingan terbuka kepada rakyat Malaysia untuk melukis logo Hari Kebangsaan 2018 dan sebanyak 632 logo diterima sebagai penyertaan.
"Perdana Menteri turut meluangkan masa memilih logo dan lagu rasmi yang dinyanyikan kumpulan Bunkface untuk sambutan Hari Kebangsaan tahun ini," katanya. - Sumber berita: Jabatan Penerangan Malaysia.
Senarai logo dan tema Hari Kebangsaan Malaysia sejak 1976:
Lagu Tema Hari Kemerdekaan Malaysia ke 61 yang bertemakan Sayangi Malaysiaku.
LIRIK LAGU KITA PUNYA MALAYSIA - BUNKFACE
31 Bulan 8, 57
Perjuangkan pertahankan tanah airku
Impian aku gemilang baru
Satu suara laungkan (Merdeka!)
Bangkit semua demi negara
Selamanya...
Kita Merdeka
Sayangi Malaysiaku
Sayangi Malaysiaku
Tanah Airku (Ini Kita Punya)
Sayangi Malaysiaku
Sayangi Malaysia
Satu Suara Laungkan (Merdeka!)
Jangan lemah bangunlah
Buat baru semula
Percayalah hari ini
Kita punya
Impian aku gemilang baru
Satu suara laungkan (Merdeka!)
Bangkit semua demi negara
Selamanya...
Kita Merdeka
Sayangi Malaysiaku
Sayangi Malaysiaku
Tanah Airku (Ini Kita Punya)
Sayangi Malaysiaku
Sayangi Malaysia
Satu Suara Laungkan (Merdeka!)
Merdeka x3
Kita Merdeka
Sayangi Malaysiaku
Sayangi Malaysiaku
Tanah Airku (Ini Kita Punya)
Sayangi Malaysiaku
Sayangi Malaysia
Satu Suara Laungkan (Merdeka!)
Sayangi Malaysiaku
Sayangi Malaysia
Satu Suara Laungkan (Merdeka!)
Ini Kita Punya