Akhiruzzaman penuh pancaroba
Pelbagai dugaan datang menoda
Insan durjana makin durhaka
Tak kira di mana mereka berada
Ada yang ingkari perintah Tuhan
Kata-kata Rasul dipermainkan
Halal dan haram tiada perbezaan
Suruhan Tuhan tiada diamalkan
Halal haram tiada perbezaan
Suruhan Tuhan tiada diamalkan
Sungguh kejam insan kini
Tidak kira wahyu Ilahi
Kesesatan di sanubari
Kemungkaran tiada terperi
aaaaaa...aaaaaa...
Akhiruzzaman penuh pancaroba
Pelbagai dugaan datang menoda
Insan durjana makin durhaka
Tak kira dimana mereka berada
Sungguh kejam insan kini
Tidak kira wahyu Ilahi
Kesesatan di sanubari
Kemungkaran tiada terperi
Senjata dicipta penuh kecanggihan,
Insan tak berdosa menjadi sasaran,
Akibat berjuta manusia terkorban,
Dunia merana siang dan malam
Akibat berjuta manusia terkorban,
Dunia merana siang dan malam
aaaaa...aaaaaa...
0 yang menasihati:
Post a Comment
Untuk kesudian membaca dan memberi berkata-kata - saya berterima kasih.