Tempoh hari, Khairul Aming ada mengumumkan projek rahsia setahun yang beliau simpan, iaitu pembukaan restoren pertamanya sendiri - Rembayung! Alhamdulillah. Tahniah Khairul Aming! Paling menarik perhatian ialah perbincangan mengenai makna dan maksud Rembayung itu sendiri oleh netizen dan ramai rakyat Malaysia.
Menurut perkongsian Puan Sri Diah yang juga merupakan konsultan penerbitan dan penulis - makna Rembayung:-
Ia istilah klasik dalam bahasa Melayu yang membawa maksud:
▪️Bayang-bayang yang terhasil daripada lindungan pokok, awan atau sesuatu objek. Boleh juga merujuk kepada naungan atau perlindungan.
Digunakan untuk menggambarkan tempat berteduh dalam ketenangan.
Contoh:
Di bawah rembayung kasih ibu.
Maksudnya di bawah naungan kasih sayang ibu.
▪️Ada satu lagi perkataan iaitu Lembayung. Apa beza dengan Rembayung?
Kedua-duanya memang nampak serupa, tapi sebenarnya ada perbezaan.
▪️Makna Lembayung:
Langit senja yang kemerahan atau jingga dan diigunakan secara puitis menggambarkan suasana menjelang malam.
Terdahulu; Khairul Aming mengumumkan pembukaan restoran pertamanya, 'Rembayung', dijangka beroperasi mulai Januari tahun depan dengan pelaburan sebanyak RM4 juta. Pengumuman dibuat di media sosial beliau pada 9 Disember 2025.
- Restoran tersebut menandakan peralihan KA dari dunia digital ke dunia perniagaan offline selepas 10 tahun, turut mengambil 50 anak muda tempatan bekerja tanpa mengetahui pemilik sebenar.
- Reaksi positif peminat dan warga maya terhadap konsep serta hidangan makanan ala kampung di Rembayung, dengan pelbagai ulasan baik daripada netizen, menunjukkan antusiasme yang tinggi terhadap pembukaan restoran ini.
Tiada Walk-In
Ringkasan Info Rembayung (dikongsikan dalam Live KA):
- Konsep by reservation sahaja (tiada walk-in)
- Parking sekitar kawasan Kampung Baru.
- Tempahan makanan menggunakan borang fizikal
- Surau disediakan, saiz kecil
- Mesra OKU
- Mesra kanak-kanak
- Julat harga sederhana (tak terlalu murah, tak terlalu mahal)
- Mudah akses dengan monorel & pengangkutan awam lain
- Tiada private event diterima buat masa ini
- Had masa dine-in: 1 jam 50 minit
- Semua staf warganegara Malaysia
- Kapasiti maksimum 250 orang pada satu-satu masa
- Fasa awal pembukaan: hanya 50% slot reservation akan dibuka dahulu.
Orang melihat Rembayung milik Khairul Aming hari ini lalu menyangka semuanya terjadi sekelip mata.
Namun ada satu bahagian yang ramai terlepas pandang:
Perjalanan dari dunia maya ke dunia nyata itu mengambil masa sepuluh tahun.
Sepuluh tahun sebelum sebuah restoran pun mula terasa masuk akal.
Sedekad memasak di depan kamera.
Sedekad mencuba, tersilap, membaiki dan memperelok.
Sedekad membina kepercayaan tanpa pernah meminta balasan.
Dia tidak tergesa-gesa membuka kafe pada tahun pertama.
Dia tidak memaksa lahirnya sebuah bisnes fizikal hanya kerana jumlah pengikutnya besar.
Dia menunggu sehingga hubungan dengan penontonnya benar-benar kukuh,
sehingga penonton bertukar menjadi komuniti, sehingga jenama itu mampu berdiri sendiri tanpa perlu diperkenalkan.
Sebab itulah apabila Rembayung diumumkan hari ini, sokongan mencurah-curah datang.
Bukan kerana hype,
tetapi kerana asas kepercayaan itu sudah lama terbina.
Sepuluh tahun kepercayaan. Sepuluh tahun konsisten.
Sepuluh tahun bekerja sebelum tiba detik yang tepat.
Ada sesuatu yang sangat indah tentang perjalanan itu.
Kadangkala langkah terbaik bukanlah bergerak laju.
Tetapi bersabar.
Biarkan usaha membina akar sebelum ia menjulang dahan.
Moga dipermudahkan, Khairul Aming! Tahniah sekali lagi.
Google Maps: https://maps.app.goo.gl/5W86vFgr4AbbYq2z7
48, Jalan Daud, Kampung Baru, 50300 Kuala Lumpur, Wilayah Persekutuan Kuala Lumpur
Laman Web Rasmi: https://rembayung.com/
Antara sumber berita








0 yang menasihati:
Post a Comment
Untuk kesudian membaca dan memberi berkata-kata - saya berterima kasih.