Hye What's up, Guys! Resepi Khairul Aming (KA) kali ini menyatukan ramai ahli keluarga dan rakyat Malaysia. Ramai berkumpul dan mencubanya. Seronok lihat ramai berkongsi kejayaan dan lucu serta manis kenangan masing-masing. Alhamdulillah. Untuk yang belum buat lagi, selamat mencuba!
BAHAN KARAMEL
-1/2 cawan gula
BAHAN PUDING
-4 biji telur
-2 keping roti (buang bahagian tepi)
-2 cawan krimer sejat (susu cair)
-1/2 cawan krimer manis (susu pekat)
-1/2 cawan cream cheese
-1 penutup botol esen vanila
-1 sudu kecil garam
Cara buat Puding Karamel:
1. Kisar semua bahan
2. Masak gula karamel dalam pan non-stick, bila gula mencair hanya goyang-goyang tak perlu kacau dengan sudu
3. Masukkan gula karamel dalam loyang
4. Masukkan bahan puding perlahan-lahan, lapik dengan sudip supaya bahan tidak terjun deras
5. Tutup loyang dengan aluminium foil atau plastik
6. Kukus puding 45 minit api sederhana
7. Sejukkan puding dan simpan di peti sejuk beberapa jam.
8. Korek keliling puding dengan pisau supaya senang flip ke pinggan
SumberL Pelbagai. TERIMA KASIH, KA dan Semua.






0 yang menasihati:
Post a Comment
Untuk kesudian membaca dan memberi berkata-kata - saya berterima kasih.