Showing posts with label ADHD. Show all posts
Showing posts with label ADHD. Show all posts


Saya mula kenal ADHD melalui kajian fiqh autisme, semasa menjawat jawatan Mufti dahulu. ADHD tidak berada pada spektrum autisme tetapi berkongsi beberapa persamaan simptom. 

Saya yakin ramai yang disahkan ADHD, berhadapan dengan kesukaran untuk khusyuk dalam solat. Ada cabaran tersendiri yang mungkin sukar difahami oleh yang tidak menghadapinya. 

Ada beberapa saranan saya kepada mereka yang ada ADHD untuk khusyuk dalam solat:

1. Terima ia dengan penuh redha. Allah SWT mencipta manusia dalam bentuk yg paling baik (ahsani taqwim). Ada kelebihan ADHDers berbanding yang lain.

2. Sebahagian ADHDers mudah lupa rakaat, surah dll kerana ada gangguan short-term & long-term memory. Malah, terlupa tunaikan solat. Ada yang menghabiskan masa yang amat lama untuk menyelesaikan solat. Saya sarankan guna alat bantu visual semasa solat.

3. Jika dengan menutup mata boleh membantu khusyu’, lebih afdhal menutup mata kerana ia lebih hampir kepada maqasid solat. Ada ADHDers yang “teruja” dengan corak dan warna-warni sejadah sampai lupa rakaat, bacaan solat dll.

[Kalau lupa al-Fatihah, lekatkan kertas/kad manila bertulisan surah al-Fatihah di hadapan. Kalau lupa rakaat, setiap kali selesai 1 rakaat, tanda di kertas dan letak di sebelah. Jika lupa solat, letak reminder di handphone. Itu contoh2nya] 

4. Anda tidak keseorangan. Cari rakan yang boleh sentiasa membantu anda. 

5. Tenang, berusaha sekadar mampu tetapi jangan berhenti berusaha. Jangan memaksa diri sehingga tertekan. Allah sentiasa melihat kesungguhan hamba-Nya.


Rahmat Allah itu luas.


[ADHD disahkan melalui diagnosis pakar. Bukan diagnosis sendiri. Mungkin ada yang sebenarnya berpenyakit waswas, pelupa, atau lebih teruk, pemalas. Itu tidak menjadikan sesorang itu ADHD.] 




Perkongsian 

https://twitter.com/drzul_albakri/





What is ADHD? How ADHD derived? When ADHD can be detected? Why is it happening? This info might help you to discover more on ADHD 🙂


Play By REKA Reka Zone 

#RekaSetia 





Sumbet gambar:

https://m.facebook.com/story.php?story_fbid=pfbid04wmpUe91ea8DYoRzDsrsPfd3ExsyMTWjeAfXThnCc1iu8CvuE9qhmkrJELSrxwjpl&id=208903852262&mibextid=Nif5oz

Amboi muka waktu menyanyi, feeling betul tau.
Anem cuma ada dua beradik. Anem along dan adik Hafiz. Hafiz berusia 21 tahun (2011), namun cara cakap persis kanak-kanak 5 tahun. Pelat alah, separa berdikari. Dia boleh mandi sendiri, namun kena diperhati. Boleh bersiap sendiri, namun sangat teliti. Jika dia manusia yang normal, pastinya dia metroseksual dari segi gaya. Oho, sangat pengemas orangnya.

Dia seorang yang sangat jujur. Terlalu. Tiada istilah ambil hati atau mahu bodek oleh Hafiz. Jika sesuatu itu bulat, maka bulatlah katanya (dah cikgu ajar demikian, demikianlah). Istimewanya dia, jika hari ini kamu marah atau pukul dia, esok atau hari ini juga dia sudah lupa yang kamu telah lukakan hati / badannya. Hafiz bukan Down syndrome (yang serupa atau lebih kurang rupa wajah itu), namun masih istimewa dari sisi kurang dia, tambahan pula dia seorang yang hyperactive [ADHD] serta sukar duduk diam .

Jika melintas jalan, bak ahli silap mata, dia melintas tanpa menoleh kiri kanan. Suaranya sering memecah keheningan. Sering dilihat mencari perhatian. Dia sememangnya dia, 'menangkap perhatian' adalah satu aset. Peramah adalah kelebihannya. Bukan sahaja demikian dirinya, malah dia juga ada sakit lainnya, kadangkala sering diserang sawan ketika tidur atau terlalu penat mahupun panas, alhamdulillah kini dah kurang kerap. Tulang belakang dia pun tak lurus betul. Dulu pernah patah kaki, namun kini lajunya lari, sehingga pernah johan berlari di sekolah khasnya.

Sejenak, along selalu fikir dik, jika manusia normal, diduga sakit bertubi, diserang kekurangan diri, dipandang jelik saban hari, dikata orang sana-sini, mampukah kita bertahan, mampukah kita berlagak persis tiada apa yang berlaku seperti kamu, dik ? Kerana itu sesungguhnya kamu istimewa, diduga di dunia, dengan rasa yang kamu sendiri saja mengetahuinya.

Along, abah dan emak, sering dihadiahkan dengan pesanan sabar yang jika dikumpul telah lebih jutaan ribu. Along dah memiliki adik selama lebih 20 tahun dah, kurang lebih kamu, kamu tetap adik along. Sesungguhnya kami syukur dan redha menerima semua ini, kerana ini adalah anugerah yang ALLAH pinjamkan sementara buat kami seisi.


Along berharap, Along bukan sahaja dapat menjadi anak mithali untuk abah dan emak, namun boleh jadi insan dan kakak solehah. Yang diharap mampu jaga adik dan dapat bimbing adik. Sesungguhnya along banyak kekurangan dik, banyak perkara yang gagal along buat, dan dengan rasa tak terdaya ini, along serahkan pada-NYA, dengan harapan Along mampu membahagiakan adik kini dan masa depan, insya-Allah, along akan terus berusaha. Along sayang adik along yang bernama Wan Hafiz ini. Kak long yang garang ni, sangat-sangat sayang Hafiz. Mohon kawan-kawan membaca juga sudi doakan saya, doakan kami. Terima kasih saya dahulukan.

Maaf , kadangkala akak tidak mampu menjadi seorang yang terbaik.
Sangat sedang berusaha jadi lebih baik lagi.

Apa pun semua ketentuan dari ALLAH juga. Jadi katanya, maka jadilah .

Maksud firman Allah : surah Yusuf , ayat 87:
"..... Dan janganlah kamu berputus asa dari rahmat serta pertolongan Allah. Sesungguhnya tidak berputus asa dari rahmat dan pertolongan Allah itu melainkan kaum yang kafir".
____________








Anem Arnamee 2026 © TERIMA KASIH ♥



click to te top